RSS Feed

i'm NOT single..^_^

Posted by Alrasya^Syidah



Tanggal 9 Oct 2010 tepat jam 3.00petang (bajet cam tgk jam ja waktu tu..hahah)..aku sudah pun menjadi tunangan org....story sikit sebelum jam 3petang tu apa yg berlaku..~_________~
Awal2 pagi dah bangun,hahah..kalau x jangan harapla nak bangun awal pas smbhyg subuh terus sambung tidoq,tapi d sebabkan rasa XCITED bercampur NERVOUSE,aku dah x terasa nak tidoq pas smbyg subuh..

Jam dah hampir kul 11am tapi batang idung org nak makeup aku pun x nampak g..huh..bikin hangin ja..janji kui 10.30...makcik2 aku ada yg dah bertandang kat umah aku..adesss..aku masih g berseluar track ngn tshirt..camna nih...agak stress gak la waktu tu...pas seploh minit org tu pun dtg..bwk la barang2 makeup dia..lam ati aku duk berdoa..apa la yg nak jadi ngn muka aku nnt..harap2 jgn la jadi cam wayang cina..adess.
Hampir 1 jam gak la dia makeover kan diri aku nih....dan akhirnya TAARAAA...siap.. terkesima aku tgk perubahan aku..aku kah ini..hahah..pas ucapan MACEH kat org tu dia pun angkat kaki dari umah aku..

Tunggu punya tunggu datang gak rombongan pihak lelaki..jenuh gak la duk tggu..berpeluh jugak la aku menanti..huh..Perghh...terasa diri ini cam artis POPULAR beb..sinaran flash camera banyak..nasib baik dyaorg  x bwk pen n kertas suruh aku sign..kalau x memg dah tangkap feeling yg aku nih artis popular..hahah..memang syok gila ah..tapi kena cover gak..*__*cover ayu..hikhik..

Sesi membatalkan air sembyg..opss..sesi meyarungkan cincin pun bermula...perghh menggigil tangan..bukan tgn aku yg gigil tapi tgn bakal kak ipar aku yg gigil masa sarungkan cincin kat aku..heheheh..Mungkin dia pun terasa aura nervouse kot...Terasa sebak bila jari aku di sarungkan cincin..aku dah jadi tunangan org..buat yg masih duk menunggu aku tu..hahha...
SORRY I'M NOT SINGLE ^___^..

Tetiba ja aku makin nervouse..nak senyum pun dah terasa kekok..hahah..lenguh mulut2 nak senyum sbb bnyk sgt senyum untuk dyaorg snap pic..adess..terasa semakin nervouse bila nampak en.Nunang bwk bunga..hahah..itu pun setelah sesi paksa-memaksa dari aku..hahah..*__^ noty kah aku??? biar aku sendiri yg jawap..." X " ^__^ nak gak merasa suasana romantika de amour..

Anyway...sangat2 happy on that day...gila happy

ku layangkan tinta di alam maya....

Posted by Alrasya^Syidah


Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.....Terpanggil aku untuk menulis sebuah tinta khasnya untuk dirimu bakal teman hidup ku..bakal tunangku..pelengkap hidupku, pembimbingku, imam kepadaku,insyaallah jika di izinkan allah..dia akan menjadi bakal suamiku.. ketua keluargaku serta bapa kepada anak-anakku nanti.., coretan tinta yg lahir dari sudut hati ini. Hanya untukmu.. Yang Allah telah jadikan aku dari tulang rusukmu..Ku panjatkan kehadrat ALLAH SWT..Syukur alhamdulillah..kerana menemukan kita..Sesuatu yang tak pernah ku duga, aku akan menjadi bakal tunang pada seorang insan yg bukannya berasal & menetap dari daerah kelahiran ku..

Bakal Tunangku,
Bersedialah untuk menerima diriku yang penuh kekurangan & kelemahan ini yang di ciptakan selayaknya dari tulang rusukmu yang bengkok. Sesungguhnya saat ini hati ini masih terus menanti. Sabar itu memberi erti. Hati ini hanya mampu berkata dalam diam. Tidak perlu mengungkapkan semua itu sekarang kerana diri ini memahami yang itu semua akan mengundang rasa yang kurang enak di dalam hati.Waktu akan terus berlalu dan saat itu akan tiba tidak lama sahaja lagi..Moga nanti diri ini akan menjadi permaisuri yang berada di dalam hati abang hingga ke akhir hayat. Dan menjadi isteri yang solehah seperti yang diidamkan tiap suami…
Sekarang aku adalah tanggungjawab ibu&bapaku sehingga aku di nikahi mu.



Bakal Suamiku,
Aku akan menjadi tanggungjawabmu, penemanmu yang setia, pelengkap segala kekuranganmu, penghias indah duniamu, mengandung & melahirkan zuriat2 mu, menjaga hartamu, maruah & nama mu. Kamulah bakal sumber syurgaku & sebaliknya akulah dosamu jika aku tidak menjalan syariat yang telah di tetapkan. Maka dengan itu, bimbinglah aku agar aku mampu menjadi sumber syurga untuk anak-anak kita.
Maafkan aku jika kau bukan yang pertama yang bertakhta di hati ini. Maafkan aku. Aku tak berniat nak membiarkan dia yang bukan untukku berada dalam hatiku. Ia datang tanpa dapat aku mengawalnya.. Maafkan aku kerana sudah tersalah memberi cinta pada orang lain, sedangkan cinta ini, hati ini hanya layak untukmu.. Hanya milikmu.. Cintailah aku agar aku menjadi wanita yg kuat di sisimu..Bimbinglah aku agar aku akan mampu tersenyum menjadi bidadari syurga, bukannya menjadi kayu api untuk membakar dirimu di neraka.

Bakal Pembimbingku..
Aku tak mengharapkan kesempurnaan darimu. Aku tak mengharapkan paras rupa sehebat nabi Yusuf, aku tak mengharapkan harta bertimbun darimu, biarlah ianya semua bersederhana. Apa yang paling penting aku harapkan ialah agamamu. Itu yang paling aku harapkan. Kelak nanti, kau yang akan membimbingku, anak-anakku menuju ke Jannah. Kau ibarat nakhoda kapal, jika nakhoda itu tak dapat mengemudi kapal dengan baik, maka akan karam kapal itu. Jika kau tak mendidik keluarga kita dengan ajaran agama sebaiknya, kelak musnahlah kehidupan anak-anak kita




My Love..
Uniknya detik perkenalan kita..Dulu,terdetik rasa takut dan gusar di dalam hati ini kerana dirimu tidak pernah kutemui...Hanya Doa' yang dititipkan setiap kali selepas solat... Moga moga kehadiranmu adalah anugerah paling bermakna di dalam hatiku...Kelihatannya lucu bagi ramai orang, bagaimana kedua insan yang belum pernah bertemu boleh bercinta. Tetapi diri ini menyerahkan sepenuhnya kepada Allah akan urusan ini. Telah kuingatkan diriku, di setiap doa' dan sujudku, seandainya dirimu adalah milikku... dekatkanlah.Jika bukan, maka jauhkanlah... tetapi ternyata perjalan urusan ini semakin dimudahkan Allah..
SYUKUR ALHAMDULILLAH...Moga keyakinan kita padaNya makin kuat dan keputusan ini bukanlah sesuatu yang silap. Yakinlah pada rasa hati abang..

Bakal Suamiku,
Doa'kan diri ini di dalam solat malammu.... Moga keyakinan kita padaNya makin kuat dan keputusan ini bukanlah sesuatu yang silap. Yakinlah pada rasa hatimu....

Jagalah iman dan amalmu, semoga waktu yang dinanti akan menjelma nanti.Banyakkanlah berdoa' dan bertawakkal pada Allah swt.Semoga terus berada di dalam redhaNya.

Aku di sini,
Aku tahu kau memerlukanku.. Dan aku juga memerlukanmu.. Aku masih menunggumu.. Sabar menanti.. Kita sama-sama memerlukan antara satu sama lain..

**Dari hati yang tulus ikhlas.. hanya untukmu..
Bakal Zaujahmu,
~Syidah Baseline~
~Syahrun Alim~

mcm kena ja ngn aku..huh..heheh

Posted by Alrasya^Syidah

Bila kita keluar lepak sama sama
Lelaki lain senyum kat ayang, abang rileks tadak apa apa
Memang jeles tu ada tapi abang tetap bangga
Maklum la, marka lawa semua orang dok senyum dan perhati saja

Tapi tatkala kita lepak lepak berdua
Abang senyum kat pompuan lain, ayang dah naik murka
Mula mengata abang gatal, itu ini tak sedar diri la
Padahal senyum tu kan satu sedekah, salah ka abang buat pahala?
Semasa kita keluar makan berdua
Lelaki lain meja sebelah, dengan ayang dia cuba bermain mata
Abang cool dan steady makan pun rileks saja
Takat bermain mata, tadak gugat apa apanya

Tapi semasa kita berdua tengah makan
Abang terkenyit mata kat pompuan sebelah, ayang dah hempuk pinggan
Mula la mengata abang itu ini memang dasar jantan
Padahal mata abang masuk habuk, ayang langsung tak kesian

Bila kita keluar minum berdua
Tepon ayang SMS masuk bertalu talu, abang langsung apa tak kata
Memang la tensen, tapi abang pikir benda baik dan positif saja
Mungkin ada hal penting yang ada orang nak tanya

Tapi sewaktu kita dok minum berdua
Tepon abang SMS masuk, ayang dah masam mencuka
Mula dok sibuk tanya sapa la, nak apa la
Padahal SMS tu cuma notis dari servis provider saja

Bila kita dok borak kat telefon malam malam berdua
Ayang cerita itu ini, abang dengar dan kata OK saja
Dan bila kita dok borak malam malam kat tepon lama lama
Abang pun bukan kemain buka macam macam cerita
Tapi kadang kadang abang heran awat ayang diam saja
Alehaiii....rupa rupanya ayang dah membuta

Tapi walau apa pun yang ayang kata
Abang sikit tak amik hati punya
Walau kadang kadang perangai ayang buat abang gila
Buat masa ni, dalam hati abang cuma ayang yang ada

Tapi kalau pompuan lain nak kat abang pula
Ha! Ha! Ha! Babai ayang...!! Baru padan muka
Opss!!! Abang cuma melawak gurau gurau saja
Please laa...jangan merajuk lama lama..


sekali teringat plak...^_^

Posted by Alrasya^Syidah

Tangisan sanubari telah terhenti
Kala suram suria memancar sinarnya
Pertemuan seindah bayangan firdausi
Menjadi zikir kasih yang suci

Lukisan dua jiwa menjadi satu
Terkenang detik bertemunya kau dan aku
Santun berhikmah mengingatkan diri
Hidup dan mati hanya untuk Ilahi

Mengenggam janji cinta ini
Bertemu kasih tanpa jasad
Bicara tanpa suara
Hanya tulisan bahasa indah

Mengeratkan antara kita
Hinggalah ke akhirnya
Kau ku sanjung kerna pengorbanan
Bagai puteri di kayangan

Tika ku lesu hadapi hidup
Kau hembuskan nafas semangat
Penawar hati

nota kaki: tetiba ja tingat pertemuan antara aku & mucuk..

ENTRY TAK BERTAJUK *_*

Posted by Alrasya^Syidah

Few days my lifes bit sucks..seriously sucks..x tau ah camna aku nak decribe it..huh..dalam erti kata lain JIWA KACAU KEPALA TING TONG..
asyik mimpi benda yg sama ja..org yg sama..huh..
syoohh syoohh..
Rileks dowh..
away..

hensem + ngokngek = senget...

Posted by Alrasya^Syidah

Hari yang indah makin gelap..gelap x bererti malam akn melabuhkan tirainya..cewaaahh..ayat x bleh blah langsung..huhu...gelap sbb ari nak ujan..patient makin lama makin ramai..aku ingatkan bila ujan kurangla sikit patient..haishhh..tetiba ada la seorang lelaki yg agak hensem..
(bukan agak lagi dah..memang hensem pun)..
melangkah masuk & menuju ke arah aku..hahah..ayat kemain SKEMA lagi aku susun..

Setelah d soal selidik bak pak polisi, aku pun dapatla INFO yg dia nih nak jumpa doct, kiranya dia nih patient la..Hasil dari soal selidik aku dia nih org arab..huh,patutlah hensem..Lepas aku ambik keterangan dia aku pass dia kat member aku, suruh member aku yang settle. Bukannya aku x nak settle tp masih ada keja tertangguh yg blom aku settlekan..

Pas settle keja aku, aku pun ambik balik posisi aku kat kaunter..Rasa semacam ja..huh..patutla..patient tu duk tgk aku..dah tgk tu sudahlah..tetiba senyum plak..aku pun senyumla balik..haishh,aku senyum bukan bermksd gatai..satg ada ja otak2 yg NAKAL berpikiran aku senyum gatai..aku senyum sebab senyum itu 1 sedekah..heheh..lgpun x kan la aku nak wat muka sploh sen depan patient2 lak kan..huhu..IMPOSSIBLE!~

Aku duk usyar mamat tu x wat apa..asyik duk tgk aku ja..aku pun bangun nak g lah kat dia..
WHAT!!!! AKU G KAT DIA...WAHHH..MOTIFFFF????
Aku pun bagi kat dia sehelai kertas & sebatang pen... "Excuse me sir,can u help me to fill up this form" wahh kemain lagi aku duk susun ayat.. "this is survey form"...
"Yes, sure" jawap dia ringkas...huh..
Pas dia isi form tu, dia panggil aku..dia bg semula kertas(survey form) & pen kat aku...dia hulurkan sekeping kertas keras dalam erti kata lain name card..."pls ring me when u free"..wahhh motif aku nak call dia...huh....Dah tu siap mintak numb tepon aku..
WAHHH...Macam hebat sgt.. X MUNGKIN AKU BAGI..hhahah..biarlah dtg sehensem mana pun kalau bukan warganegara MALAYSIA..x hingin aku..hahah..bukannya aku nih prasan lawa, aku tau ja yg aku nih x lawa (manis tu ada la)...tapi nk bg numb tepon kat org lain.. x akan sama sekali aku bagi...

Satg sian plak kat family aku nnt duk iklan kan lam surat khabar...pulanglah anakanda ke pangkuan keluarga...hahahhaah..^_^ ..


Nota kaki: Jangan mudah percaya pada orang yg baru d kenali..
biarpun sehensem & sekaya mana org tu.. ^_^ ...

AKU SUDAH BERTUNANG

Posted by Alrasya^Syidah


Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.


Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.
"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"
Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."
"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."
"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."
Ibu angguk perlahan.

Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang
aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."

Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.
"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

"Bila enti menikah?"
Aku tiada jawapan khusus.
"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.
"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.

"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!" Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..."
Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.
"Insyirah, jom makan!"
Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.
"Tafaddal, ana puasa."
Sahabiah juga semakin galak mengusik.
"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"
"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."

Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.
.......................................

"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."

"Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar."

"Ya Allah, tenangnya..."

"Moga Allah memberkatinya...."

Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.

Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.

Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.

Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.

Dalam sedar tidak sedar...
Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.
"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."

Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...
"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"
Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."

"Allahuakbar..." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..."

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.

"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."

** Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.**


~ Kullu nafsin za'iqatul maut ~

Maafkan aku teman

Posted by Alrasya^Syidah


Kerana dia seorang sahabat, Yang hanya manusia biasa....
Jangan diharapkan sempurna, Kerana kita juga tidak sempurna


GILA HAPPY

Posted by Alrasya^Syidah

Actually aku nih x pandai sgt pun nak karang mengarang tentang kisah diri aku pd umum, lebih2 lagi cam skrg nih..2 alam..hahah 1 alam realiti, 1 lagi alam maya..wahhhh..alam maya cam penuh mistik plak....^_^..whateverlah..

Tengahari td kat tempat keja aku asyik duk tingat nk UPDATE blog aku nih..wat keja x khusyuk..hahah..bukan MAKAN GAJI BUTA plak..aku wat ja keja cuma pikiran aku agak TING TONG (jiwa senget) sket ari nih..

Gila happy aku dapat cuti ahad lepas..selalunya aku kena keja half day tiap ari ahad, tp supervisor aku ngn baik ati bg aku cuti..mula2 wat muka ala2 koala bear (protes la konon) sbb bg cuti tnpa bertnya kat aku dulu..hahah..ingat besar sgt ka pangkat aku sampai dia nak kena tnya aku kan..whatever...sebnarnya lepas ja dia bgtau aku cuti ari ahad,semua organ2 lam bdn aku cam jantung, peparu, pankreas semua meloncat kegembiraan sbb aku d beri cuti..

Mana x epi ari sabtu MUCUK datang penang..

Tarikh: 3 July 2010
Jam kat dinding: 2am
Lokasi kejadian: Lam bilik

Pusing kiri pusing kanan..mata x nk gak pejam di tambah plak ngn perut aku yg makin memulas cam mesin basuh baju n kepala aku yang makin ting tong sbb aku ngantuk sesgt tp x leh tdoq..perut aku plak
x abis2 buat hal..di samping ati yg x sabaq2 tggu kehadiran MUCUK..
actually tiap kali mucuk nk mai penang kompom ah aku x uleh tdoq, pastu akan senyum sensorang..cam biasa ah..suka berangan..hahah..sawan apa kah itu?? dah..dah..dah..jgn duk pk @pun dok cuba suai padankan sawan yg seswai ngn aku..

Cuaca cam biasa ja..tiap kali kitaorg nk jumpa mesti cuaca jd cam nih..


   HUJAN D PAGI ARI
----------------------------->>>>>>>>>>>>>>

mungkinkah cuaca ni telah d set kan tiap kali bila kitaorg jumpa..
(berfikir sambil menongkat dagu n atas kepala ada awan2 putih d samping tanda soal) hahah..gila ah..

Tapi apa2 pun memang aku happy sesgt jumpa MUCUK ari tu..dapat mkn hingga kenyang..penuh terus ruang dalam perut aku setelah d isi ngn DOUBLE FILLET O FISH, FUNFRIES, Sedikit suapan daging MCDULUXE dari mucuk, PIZZA HUT... wahhhhh
GILA HEBAT!!!!!!...

Aktiviti yg paling aku suka...g snap PIX..wahhh..maceh too my dear cousin IZZATI sbb snap pix kitaorg..
wahhahah..dah rupa COVER NOVEL la plak..credit to IZZATI :)

Thanks to my heart of jantung pisang tanduk kambing biri-biri..MY MUCUK coz membuat ari tu terasa sgt bermkna...










cerita menyayat hati

Posted by Alrasya^Syidah

Dengan berbekal image yg aku selongkar lam google akhirnya aku memilih image lam ujan nih..heheh..agar korang semua lebih menghayati cerita yang amat menyayat hati,hempedu,limpa,peparu.. kita sesama LAYANZZZ

petang itu....

" Abg...tlg dtg umah segera, URGENT!!!!! ". Hakim baca sms sepantas kilat. Terus call balik phone Ina. Tak berjawab. Hakim cemas. Tak pernah Ina hantar sms macam tu. Hakim kelam kabut hidupkan enjin kereta. Dia risaukan kekasih tersayangnya itu. Macam-macam dalam kepalanya waktu itu.

Dia kenal Ina sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Keluarganya berjiran dengan keluarga Ina. Dari kecik mereka bermain bersama, kalau main masak-masak dia sanggup bertumbuk dengan Farok semata-mata nak jadi bapak kerana Ina mesti jadi mak. Pernah Farok cakap dia pondan sebab sentiasa bermain dengan Ina waktu Farok dan Saleh ajak main askar-askar. Dia ajak jugak Ina main askar-askar tapi Ina cakap budak pompuan mana boleh main permainan kasar-kasar macam tu. Sebab itulah dia sukakan Ina, lembut, penyayang dan penuh ciri-ciri keperempuanan.

Bila masuk sekolahpun, dia dan Ina berbasikal sama-sama ke sekolah. Walaupun Farok dan Saleh selalu kutuk bila dia tak mahu 'Racing BMX' dengan depapun dia tak kisah. Dia rela dikutuk oleh kawan-kawan daripada meninggalkan Ina kayuh basikal sorang-sorang.

Dia pernah kena belasah sampai lebam bijik mata oleh 'Husin and the gang' yang mengganggu Ina masa darjah tiga. Waktu darjah 4, bila dia mula lancar tulis baca dan tahu berpantun sikit-sikit diapun tulis surat kpd Ina "Pen merah pen biru, U baca I love U' bersama sebijik gula-gula Hacks sebagai hadiah harijadi Ina...gara-gara surat itulah dia jelingan tajam Mak Ropiah ibunya Ina yang terjumpa surat itu waktu menyemak buku sekolah Ina. Mak Ropiah memberitahu hal itu kepada ibunya, dan hasilnya dia terpaksa menadah telinga menahan leteran maknya. Nasib baik bapak tak tahu, kalau tidak naya.

Hakim gelak sorang-sorang waktu teringatkan peristiwa itu tapi fikirannya kembali cemas mengingatkan sms Ina tadi. Sudah hampir 15 kali dia cuba hubungi telefon Ina tapi masih tidak berjawab. Dia amat risau kala itu,fikirannya menelah perkara yang buruk-buruk saja. Dia risau kerana Ina tinggal seorang diri. Rakan serumah Ina, si Baizura sedang bekerja kala itu. Dia tahu, Ina kerja shift pagi tadi, Baizura kerja shift malam. Dia risau kerana panggilannya tidak berjawab. Dia risau takut-takut rumah Ina dimasuki penyamun yang memang menjadi-jadi akhir-akhir ini. Baru-baru ni, ada rumah di kawasan perumahan Ina dimasuki perompak. Dia berdoa jika rumah Ina dimasuki perompak sekalipun janganlah kekasih hatinya itu diapa-apakan, ambiklah barang apa saja yang mereka mahu asalkan Ina tidak diapa-apakan. Dia berdoa sungguh-sungguh.

Dia bercinta dengan Ina sejak darjah 6 lagi, sejak dia mengerti apa itu baligh bagi seorang laki-laki dan perempuan. Hingga sekarang mereka masih bercinta. Kasihnya pada Ina dah macam Gunung Everest, tak tergoyahkan. Jika tak ada aral melintang hujung tahun ini, (masa PERODUA cuti plant shutdown 2
minggu) keluarganya akan masuk meminang Ina. Ina akan menjadi surinya yang sah dan dia tak mahu apa-apa yang buruk terjadi kepada bakal isterinya itu.

Keretanya memecut laju memasuki kawasan perumahan Ina. Sebaik berhenti di depan rumah Ina Hakim terpa keluar dari kereta. Dia lompat pagar rendah rumah Ina. Dia terpa ke pintu sambil jerit "Ina, Ina". Dia pulas tombol pintu, pintu tak berkunci. Dia betul-betul cemas. Dia ketuk pintu bilik Ina. Dia dengar esakan Ina. Ina menangis. Hakim makin cemas. Dia ketuk lagi pintu bilik Ina sambil panggil nama Ina. Hakim tak boleh bersabar lagi, dia pulas tombol pintu bilik Ina. Juga tak berkunci. Dia masuk bilik Ina, dia tengok Ina teresak-esak atas katil. Rambut Ina kusut masai, Ina tekup muka sambil menangis.

"Ina, apa yang terjadi sayang" Hakim cuba pujuk Ina. Ina masih dalam sendu. "hu...hu..." "Ina, cakap kat abang elok-elok, apa yang dah jadi" "Hu..hu" esak ina Hakim dah tak sabar, dia dah tak peduli walau apapun yang akan keluar dari mulut Ina. Dia akan terima walau seburuk manapun berita yang akan keluar dari mulut Ina. Hakim goncang bahu Ina. "Ina,what hell is going on...tell me!!"

Suara Hakim kuat kali ini. Ina berenti menangis,

Ina tatap wajah Hakim, Ina renung mata Hakim.

MMmm "Bang,...... ..... Ina.. IInaaaa.. Ina... "katanya terhenti-henti. .

"Ina ........lapar, nak makan nasik . Duit gaji tak masuk lagi."

"Nanti cukup 27hb Dis nie, Ina bayar blk ek? Tak pun bila Ina dapat Bonus baru bayar."...

Terduduk si Hakim!
huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa





heheheheh..agak2 leh x aku wat camtu kat my mucuk.. ^_^ cam best ja..

sawan RINDU

Posted by Alrasya^Syidah

Tanya sama hati pernahkah merindu,
Tiba masa lena apa mimpimu,
Masa berjauhan apa nan dikenang,
Bila difahamkan itulah sayang.

Cam bez jgn layan lagu p.ramlee memlm cam nih..ala-ala touching gitu..So,janganlah ingat aku kena sampuk@ kena sawan tenuk tertelan nangka ker @ apa2 la..sebab mood aku untuk mengUPDATE blog nih semakin menjadi2..kena SAWAN JARI..hahah..manjang nk menaip..heheh..idea nih semakin mencurah2 sebelum banjir lebih baik aku bg empangan idea aku melimpah kat c ni kan..

Neway, few days nih aku windu sangat kat my MUCUK..mgkin sbb kitaorg jauh kowt..jauh pun bagus gak kalau dekat naik bowink plak tgk muka memasing..hahaha..n kalau dekat x dew la nk merasa RINDU.. Skrg nih aku duk counting day ja..heheh lagi sehari nk jumpa
my MUCUK..yeaaaaaaayyy^_^




Bufday aku

Posted by Alrasya^Syidah

     Syukur alhamdulillah aku masih lagi d beri peluang untuk menikmati hari lahir aku yg ke~22..semakin meningkat usia aku semakin singkat umur aku..so pepandai pk la sendiri nak kena buat apa..heheh..kena topup bebnyk la amalan aku agar nnt esok akhirat amalan tu leh la aku reedem, xkan lah aku nak wat share topup plak..Terima kasih ya ALLAH, aku benar~benar bersyukur atas nikmat-nikmat yg telah engkau berikan padaku. Memasuki umur 22 tahun smkin matang & semakin menghampiri kematian..semakin jauh dari dunia..

Kalau usia 21,org kata dah dapat kunci kebebasan..abis tu kalau usia 22?Dapat kunci keseronokkan kew??
Hmm..pd usia mcm ni malah lebih muda lg dah ada kgkwn yg dah pun d jemput illahi. Tak mustahil hari2 yg bakal d lalui hanya angan-angan..

    Tak terasa masa cepat sesgt berlalu..tingat kembali ...

Masa aku kecik2 dulu

Masa memula aku nk g sekolah


Masa aku merajuk

Masa first aku kalut bila terlewat p sekolah

Masa memula dapat laptop & pasang berukband
excited gila ah time tu..

Masa duk cintan~cintun..

Masa aku akan...berkahwin..
ops..no..no...ini belum terjadi lagi..heheh..insyaallah coming soon..heheh ^_^.

Malam semalam aku jadi penunggu setia menunggu jam ke angka 12,heheh..duk tggu2 gak la sapa yg paling awal wish kat aku kan..aku harapkn si dia lah yg bg ucapan yg awal..tp org lain..thanks HOMURA alias NICE alias ISHAM yg masih mengingati tarikh hari lahir aku n sekaligus memegang title insan pertama yg wish besday :) thanks NICE..also want to wish u HAPPY BIRTHDAY coz besday kita selang sehari dua ja tkan :)

Kira agak frust ah,sbb org yg aku tggu2 masih x bg ucapan kat aku..ati aku nih pada kecik terus-terusan jd kecik mcm belon yg kena cucuk ngn jarum..Neway,thanks dear untuk kejutan tu..aku pun x tau aku ngis sbb aku happy ngn kejutan tu @ sebaliknya..heheh..Aku rasa d hargai sesaat bila tgk inbox msg kat h/p aku..tgk beberapa sms yg d kirimkan tepat jam 12 tgh malam..tima kasih sesgt sbb x tidur hanya untuk mengucapakan SELAMAT HARI LAHIR buat aku.

Msg ini aku terima petang tadi..
`Assalamualaikum, Slamat Menyambut Hari Lahir Yg ke~22
Semoga panjang umur,murah rezeki,sihat sejahtera, bhgia
bersama family & org tersayang'
Hmm aku ingatkan dia dah lupa tarikh lahir aku,rupanya dia masih ingt malah x pernah lupa wish tiap kali besday aku..Trimas,atas ucapan tu..dengan berbekal adiah dari MAXIS iaitu bergayut tepon sehari suntuk hingga jam 12tghmlm, aku pun cll la semua kgkwn aku yg bg ucapan & doa untuk aku..n termasuk lah dia aku cll..tp dia x jawap..hmmm,mgkin dia x nk dgr suara aku kot..xpalah,whatever yg penting aku cuba untuk sampaikan terima kasih aku sbb sudi wish besday aku.

For my mucuk..thanks for da wishes..
`Happy Bufday 2u my dear. Semoga berada dlm lindungan rahmat~Nya.
Semoga segala yg di hajati tercapai & akn tercapai, pjg umur murah rezeki'
Thanks alot my dear,walaupun terlambat nak wish ur wishes tetap d hrgai..

For my family..mak..bpk.. thanks untuk doa kalian..kak ida,trima kasih bebnyk la sbb nynyikan lagu "Allah selamatkan kamu" untuk aku..heheh..sorry la,masa duk nynyi aku g wat loud speaker bg semua org dgr..heheh..untuk abg,trima kasih jugak sbb walaupun kita duk serumah tepat ja jam 12mlm sudi hntr sms kat aku wish besday n sekalung doa untuk aku..buat kak ina, maceh gak sbb bg ucapan..amat2 terasa d ingati & d hrgai..

Masa 24jam yg Allah kurniakan untuk aku menerima ucapan & doa2 tulus dari kgkwn & family terlalu pantas berlalu..namun aku tetap bersyukur..Masih bnyk perkara yg x mampu untuk aku sempurnakan & aku x tahu mampukah aku untuk kecapi & sempurnakan impian aku..Semoga allah permudahkan perjalanan hidup aku untuk mengecapi bg menyempurnakn satu persatu impian aku.

Terima kasih kerana mengingatkan aku bhwa usia aku mkin meningkat & semakin menghampiri kematian.Ucapan &fikir yg aku sebenarnya semakin jauh mengembara d dunia allah ni, semakin singkat masa yg ada untuk aku berbakti pada mak bpk & berbakti d jalan~Nya..




Malas - Tension = Jiwa Kacau

Posted by Alrasya^Syidah


Virus MALAS sedang menguasai diri aku buat masa ni..apa ja yg aku terfikir nak buat rasa malas..nak kata sbb d hasut setan,x mgkin la...sbb malam ni malam jumaat, pas mghrib bc yassin..
Rasa mls sgt, d tambah plak ngn sakit kepala tengkorak nih..tension semacam ja ari ni kat tmpat keja,sampai balik umh aku masih lg rasa BAHANG KETENSIONAN tu..walaupun tghari td staff kat tmpt keja bg aku adiah sempena besday aku yg bakal menjelang (ewaahh cam ari raya lak) pada 28 jun nih, sedikit pun x menghilangkan KETENSIONAN aku..

Bukan selama ni aku x pernah rasa TENSION kat tmpt keja,tp ari nih tahap KETENSIONAN tu dah abis limit..huhuh..ada la sbb2 tertentu yg x dapat aku nyatakan kat sini sbb apa aku TENSION..*_* Virus "M"alas semakin menular di setiap rongga2 & saraf aku hingga buatkan aku rasa semakin malas nk story kenapa aku TENSION..bikin sakit kpla lg ada la kalau pk..syooohhh..syooohhh..system DELETE.. ^_^



biar betuL..

Posted by Alrasya^Syidah


inilah kerja doktor haiwan bila haiwan jagaan mereka sakit..kalau aku mau x makn setahun bila pala dah masuk lam tu..camna la agaknya..guna lampu suluhka???haiyaaaaaaaa....wekkkkkkkkkkk

wanita bergelar isteri

Posted by Alrasya^Syidah

InGiN bErKoNgsI bErSaMa :)


* Jika seorang isteri menangis dihadapanmu, itu berarti dia tidak dapat menahannya lagi...
* Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
* Jika kau membiarkannya pergi,dia tidak akan kembali menjadi dirinya yg dulu, selamanya!
* Seorang istri tidak akan menangis dgn mudah, kecuali di depan org yg sangat dia sayangi, dia akan
   menjadi lemah!
* Seorang istri tidak akan menangis dng mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu, dia akan
   menurunkan rasa EGOnya.
* Wahai suami2,jika seorang istri pernah menangis krnmu,tolong pegang tangannya dng penuh
   pengertian. Karena dia adalah org yg akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau
   terpuruk terlalu dalam ...
* Wahai suami2, jika seorang istri menangis karenamu, tolong jng menyia nyiakannya.
* Mgkn, krn keputusanmu, kau merusak kehidupannya.
* Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis krnmu. Lihatlah jauh kedlm matanya. Dptkah kau
   lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya karenamu ?
Pada hari penciptaan PEREMPUAN. MALAIKAT bertanya kepada TUHAN
" Apakah keistimewaan dari ciptaanMU ini ? "
Lalu TUHAN menjawab
"Ada banyak KEISTIMEWAAN yang dimiliki oleh ciptaanKU ini".. Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
* TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
* SENYUMAN'nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
* PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
* Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
* Dia TERHARU,Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya...
* Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN'nya. .
* Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN.., Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
* TETESAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal..."...Apa itu Yaa TUHAN ??
Bahwa "Betapa, BERHARGAnya dia"...

Sebarkan ini ke SELURUH ISTRI2 yg soleha dan SUAMI2 yang sahabat semua kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTRI mrk begitu berHARGA...
Semoga bermanfaat..(",)

Penting diri sendiri

Posted by Alrasya^Syidah

Bila tiba ja ari jumaat mesti aku happy..muka tetiba jd suci murni..hihi..mood yg rasa nak marah terus jadi sejuk mcm baru keluar dr peti sejuk*_*  sbb tiap ari jumaat aku keja HALFDAY..cam biasa la, semangat awal2 pagi.. aku bgun..mandi..sembahyang subuh..bersiap..n terus pecut g keja ^_^ ngn harapan ari ni semua patient2 x mengubah mood aku yg sedia happy n ceria ni..

Sampai ja kat tmpt keja x yah nk story morry ah cam biasa peminat mesti ada x pernah la x ada,n kalau x da..aku ngn kgkwn akulah org yg paling bhgia..hihi..semua berjalan ngn lancar la..Nampaknya patient2 pg ni betul x buatkan jiwa aku kacau..hahahha..adakah mereka mengerti bhwa aku x nak mood aku tercalar..ceewaahhh ayat x bleh blah..

Dari jauh aku dah nmpk dah ada sepasang suami isteri jalan beriringan,kira cam seiring dan sejalan la..d samping diaorg tu ada sorg perempuan tua duduk atas kerusi roda, aku kira2 mgkin perempuan tua tu mak kpd suami isteri tulah..kalau x mak kpd si suami mgkin mak kpd si isteri..ahhhh,yg tu aku x mau ambik tau..yg aku nk bg tau kat c ni..ngn kehadiran diaorg terus mood aku yg ceria ala2 saluran ntv 7 saluran ceria anda tu terus ja berubah..berangin aku..nak tau kenapa???

Perbualan aku ngn diaorg...

"Cik, ini mak saya..nama..(............),dia nak jmpa ngn doct (bukan nama sebenar), kitaorg dah buat pendaftaran. Nanti cik boleh tak tolong tengok2kan mak saya ni..kitaorg nak p mkn..Mak sy x boleh jalan so lepas dia dah settle jumpa doct boleh x bwk dia g XRAY DEPT"

Huhuhu...sapa x berangin wey..aku hangin bukan sbb nak kena jgn makcik tu, aku berangin sbb dyaorg wat aku cam rumah org tua2 plak..haishhh...dah tu nak suruh aku g hantar mak dia g c tu lah..c ni lah...bukanlah 1 bebanan untuk aku jaga makcik tu tapi aku bukan kena tgk makcik tu sorg tp berpuluh patient lg..kalau jd papa kat mak dia,aku plak yg d perslahkan..huhu..

"Boleh,x Encik tggu sekejap.."ringkas ja aku jawap..
"Kitaorg lapar ni, pergi sekejap ja..Cik tolong ya.."

Arghzzzzzzzz...rasa cam nak ja aku bertukar jd raksasa..haiyaaaaaaaaa..Dyaorg blah camtu ja..Aku tgk la muka mkcik tu cam sedih ja. Aku tnya lah sama ada dia dah mkn @ x..dia jawap x...
Bertambah lg la marah aku..Anak apa diaorg ni,g mkn sedap2 tgal mak sesorg kat c ni....huhu..........Dulu kecik2 mak kita sangup berlapar sbb nk bg kita mkn tp skrg bila dah besar di tgalkn mak plak..

K lah,nnt aku story g..rosak mood aku~

soklan tak mencabar + tahap kekurusan terserlah

Posted by Alrasya^Syidah

Hurm..ari ni 16 jun 2010  tepat jam 7.40 aku dah sampai kat sepital...aku mulakn langkah aku ngn penuh slumber ( xda masa nk bergaya2 nih)..tetiba aku d tahan oleh seorang peminat perempuan nk kata muda x lah..nak kata tua pun x lah..aku bajet umo dia mgkin dlm lgkungan 35-an..heheh..

"Suster,sy mau tnya dikit..sy binggung..mana iya kaunter pendaftaran(receptionist)..ark..aku tgk ah keadaan sekeliling aku...haishhh..ngn penuh kesopanan (sopan sgt la konon) aku pun jawap.."Ibu,skrg nih kan kita berada dlm ruangan kaunter pendaftaran,ini depan ni aja.." uwaaaaaaaaaa..apa nasib aku pepagi ni..baru ja nk melalui kaunter receptionist,dah d ajukan soklan yg langsung x mencabar minda...Sekurang2nya bg la soklan yg mencabar..tnya lah "suster beruang putih x mkn penguin ka" ...hihi..(tiru soklan lam iklan susu apa tah)..Pas aku jawap soklan dia aku pun mulakn kembali langkah slumber aku ke tempat keja..huhuhu..
Apa yg nak aku story morry kat c ni tntg berat badan aku..mkn kemain banyak (ini x bermkna aku mkn x bc bismillah ya..hihi..) tp berat badan aku duk cam tu gak.. dah mcm bini popeye dah tahap kekurusan aku ni..

Harus kah aku mkn appeton weight gain tu..hahah..^_^

hari malang tahap tenuk..

Posted by Alrasya^Syidah

Rutin harian aku seawal pg bila tepat jam 8pagi,aku masuk keja..duduk ja kat meja aku tu..kompom ramai peminat serbu..kalu setakat sorang dua tu kira x heran sgt la..nih boleh di katakan lebih dari 50org..entah2 lebih..perghh..kalah artis2 tempatan..Mood pepagi ala2 ceria la kan, dengan senyuman yg agak manis setelah di campur ngn susu pekat manis aku pun kata.." Sabar..sabar..duduk dulu ya..klinik baru ja bukak,sekarang kita baru ja nak mula pgil nama pesakit".. Haishhh dalam aku duk suruh sabaq ada gak yg tak faham bhsa..boleh duk berdiri wat ala2 tugu negara kat depan kaunter aku,bikin semak ja..

Dlm duk suruh diaorg duduk tepon plak duk melalak suruh aku jawap...sebagai seorg pekerja yg berdedikasi (berdedikasi la konon), aku pun jawap la..Hello Good Morning...bla..bla..(greeting baik punya)..tetiba mcm kilat belum habis aku abiskan percakapan aku,org yg tepon tu ckp tnpa henti...sekali dia ckp cina la..sepatah apa pun aku x phm..dia ingat aku seangakatan ngn dia kot..haishh...Aku pun kata ah..aunty kita ckp bhsa melayu ya...kita rakyat mlsia..huh...~hahah

Belum abis aku ckp ngn aunty dlm tepon tu, dah ada dah 2..3..peminat aku duk berdiri cam tiang bendera kat depan meja..selesai ja ckp ngn aunty tu..salah sorg peminat aku tnya.." Suster,kapan mau pgil nama sy..udah lapar ni.." haishhh jam baru kul 8.05,klinik baru ja bukak dah mengadu nak mkn..depa ingat aku nih x lapaq ka..Aku wat derk ja...mls layan..kalau aku layan makin bnyk pertnya yg bakal dyaorg tnya..

Kekadang tu, aku rasa cam aku nih kaunter tmpt pertnyaan bg org2 yg kehilangan "ORANG".. haishh dah mcm kat shopping kompleks yg mak ayah yg hilang anak plak..tp nih terbalik..anak2 cari mak ayah diaorg..
"Suster,ada ngak nampak ayah saya namanya..baju warna..bla..bla.." perghh ngat aku nih cari org2 yg hilang ka..1 keja plak aku duk p cari mana mak ayah dyaorg g..bikin tension ja ah...

Yang aku amat2 "berangin" ari ni sbb KENTUT..huh..pas lunch time,meja aku masih sama d kerumuni peminat2 tp x seramai tiap pagi..tp ramai anggaran kasar aku mgkin melebihi dari 15org...duk tnya aku itu..ini..bla..bla..bila nak masuk la..bila nak sampai giliran diaorg la..bla..bla..mcm2 la...pastu aku terhidu sesuatu yg agak super dupper busuk ah,kalau aku tggu lama kat c tu kompom pengsan(wat teruk sgt..hahah)..huhu..sapa la yg melepas kentut..entah2 cirit sekali apa..gila busuk.. nak tuduh sapa???x kan aku plak kan..aku sudah semestinya x..nih mesti salah sorg dri peminat yg kerumuni aku..haishh..aku terus angkat kaki tgalkn dyaorg yg masih x abis2 duk tnya mcm2 soklan..

Ikutkan ati aku..nak ja aku guna maikropon tu & wat pgumuman.."Barang siapa yg kentut sebentar tadi sila masuk ke bilik doct sekarang" hahahah..nk tgk sapa yg mengaku..yalah..semua duk sbuk tnya bila leh jumpa doct..huh..Ingatkan dah settle la pasai bau2 yg x meyenangkan..rupa2nya ada g..haishh...ada sorg minah, pakai ala2 diva..jalan menuju ke arah aku ngn penuh keyakinan la..kononnya mcm "gaya mutu & keunggulan"..bukak ja mulut nk tnya soklan kat aku..tiba dia sendawa..perghhhhhh...aku cam nk sekeh tnpa henti ja dia..sekali bau durian daaaaaaaaa....adesss..malang nasib aku dpt jumpa ngn org2 yg mgkin lupa tatasusila..dah la x say sorry..dia terus ckp ngn aku bla...bla..bla...bla...

Bikin aku panas ja..walaupun tmpt keja aku ada aircond tp sbb peminat2 yg sering kali wat aku penat & hampir jadi gila ngn kerenah dyaorg wat aku suasana yg d lengkapi ngn aircond terasa cam aku duk kat bwh sinaran matahari..(ceewaahh ayat)....~

sesuatu antara waktu..

Posted by Alrasya^Syidah

Hmm..bila hati ingin sgt bersuara..ya allah berkatilah & redhailah perjalanan hidupku sehingga tiba masaku bertemu dengan~mU.PadaMu Ya Allah..Ku mohon,Berikan aku kekuatan untuk menghadapi semua ini Kuatkan iman ku agar aku mampu bertahan..Terus berdiri yakin di bumi-Mu ini
Sesungguhnya aku mengharapkan keredhaanMu, Ya Allah
Berkatilah perjalanan hidupku di muka bumi ini
Amin

bila jemari ku berbicara...

Posted by Alrasya^Syidah



Assalamualaikum..aku mulakan butir bicara ku dengan berkongsi apa yg dirasa...Andai aku tahu ini saat terakhir aku melihatmu terlelap,
aku akan memeluk erat dirimu, aku akan memohon kepada Tuhan untuk melindungimu.
Andai aku tahu ini saat terakhir aku melihatmu kau meninggalkan rumah, aku akan memelukmu. Andai aku tahu ini saat terakhir aku mendengar seruan doamu,
aku akan merakam setiap gerakan, setiap tatapan, setiap senyuman, setiap ucapan, agar aku dapat mendengarnya lagi, setiap hari.
Andai aku tahu ini saat terakhir,
akan kuluangkan waktu mengatakan kepadamu “Aku mengasihimu” meski kau sudah mengetahuinya.
Andai aku tahu ini saat terakhir kita, moment terakhir kita,
Aku akan di sisimu, berada bersamamu sepanjang hari daripada berpikir
“Ah, aku yakin kesempatan lain akan datang, jadi kubiarkan saja hari berlalu.”



Tentu saja akan ada hari untuk memperbaiki segala hal,
dan kita akan punya kesempatan kedua untuk melakukan segala hal dengan benar.
Ah, tentu saja akan ada hari lain bagi kita untuk mengucapkan, “Aku mengasihimu.”
Dan tentu saja akan ada kesempatan lain untuk saling mengatakan, “Dapatkah aku membantumu?”
Namun bagiku, tak ada lagi kesempatan itu!

Esok tidak dijanjikan kepada siapa pun, tua atau muda.
Hari ini mungkin menjadi kesempatan terakhir kita untuk memegang erat tangan orang yang kita kasihi dan menunjukkan perasaan kita.
Jika kita menanti hari esok, mengapa tak kita lakukan sekarang?
 Kerana jika hari esok tak pernah datang, kita pasti akan menyesalinya seumur hidup
kerana tak ada waktu lagi untuk senyuman, percakapan, pelukan, ciuman,
kerana kau terlalu sibuk memberi orang itu apa yang menjadi harapan terakhirnya.
Kerananya peluklah erat orang yang kita kasihi, teman-teman, keluarga,
dan biarlah dia ketahui betapa diri ini mengasihinya, dan ingin mereka berada dekat dengan diri ini.


Gunakan waktu yang ada untuk mengatakan
“Maaf,”
“Silakan,”
“Maafkan aku,”
“Terima kasih,”
Atau bahkan
“Itu tidak perlu,”
“Tak apa-apa.”
 Kerana jika hari esok tak pernah datang, kita tak perlu menyesal sekarang.
Andai esok aku mati, masa lalu tak dapat kembali, dan masa depan tak mungkin lagi akan datang..

Seribu kemaafan aku hulurkan kerana aku x pernah jadi yang terbaik untuk semua..Aku dah cuba untuk puaskan hati semua org, aku cuba untuk x menyakiti hati insan2 yg mgenali aku tp aku gagal...Aku cuba agar x menyakiti hati insan lain,namun tanpa belas kasihan hati aku yang di sakiti..hati aku yang di calari..CUKUP!!! CUKUP!!! AKU X INGIN LAGI D SAKITI!!!!! Aku mohon agar jangan cuba sesekali mencari kesempurnaan dlam diri seseorg itu, kerana itu x mgkin akan terjadi..kerana semua manusia tidak sempurna..~

 
Beberapa mggu lalu,aku dah lupa bila kejadian tu..,ada sesuatu yang terjadi d ruangan facebookku, yg membuatkan aku dilanda berbagai rasa..terkesima+sedih+kecewa... Sebaris kata yang benar2 menguji benteng kesabaran yg aku jaga selama ini..Saat itu,bergenang empangan kolam mata ku..Begitu sekali tuduhan darinya buat ku..Alhamdulillah, aku masih mempunyai kekasih hati begitu memahami yg buat aku tegar dengan segala tuduhan yang di beri..BIARKAN APA SAJA YANG NAK DI KATAKAN..ITU HAK DIA..MULUT DIA..JARI JEMARI DIA..Buat hamba allah yang hanya aku sendiri tahu siapa dia, aku memaafkan segalanya..hatiku bukan sekeras mahupun setajam kata2 yang lahir dari hatimu itu..Sebb bg aku kau juga manusia sama yg tak pernah sempurna. Aku x ingin punyai secebis dendam menguasi hati ku dan aku x mahu menghakimi apa yang terjadi, biar ALLAH sja yang mengadili..Yang aku tahu,apa yg ALLAH SWT telah takdirkan untuk ku adalah yang terbaik.


Kenapa kau datang kembali kononnya cukup sekadar menjadi sahabat sejati,tp kau hadir mempunyai misi..misi yang aku sendiri x pasti namun misi tu cukup membuatkan diri ini rasa di sakiti buat kesekian kali. Untuk apa kembali setelah hati ini benar2 bahagia..Jika hamba allah itu masih mengintai2 d sebalik ruanganku ini..untuk terakhir kali aku seru kau PERGI....!! Jangan kau menjelma lagi dlm hidup ku. Persetankan apa yg hendak di katakn yang penting aku BAHAGIA di samping insan yg benar2 myintai ku..benar2 bahagia d samping keluarga yg amat menyanyangi diri ku.


Malam ni banyak sungguh yang aku coretkan, aku sendiri x tahu kenapa..yang pasti aku ingin meluahkan apa sja yg terpendam selama ni..haishhhhhh...Aku hanya insan biasa yang punyai sekeping hati punyai satu ceritera suka & duka...andai aku tiada lagi,jangan khuatir..jangan risau insan2 yg mengenali kerana apa jua kesalahan yg di lakukan telah aku ampuni seikhlas hati..cuma aku sja yg risau masih ada kah kesalahan ku yang kalian blum maafi jika pernah suatu ketika dulu aku calari hati insan2 yang aku kenali..SALAM KEMAAFAN..