RSS Feed

bila jemari ku berbicara...

Posted by Alrasya^Syidah



Assalamualaikum..aku mulakan butir bicara ku dengan berkongsi apa yg dirasa...Andai aku tahu ini saat terakhir aku melihatmu terlelap,
aku akan memeluk erat dirimu, aku akan memohon kepada Tuhan untuk melindungimu.
Andai aku tahu ini saat terakhir aku melihatmu kau meninggalkan rumah, aku akan memelukmu. Andai aku tahu ini saat terakhir aku mendengar seruan doamu,
aku akan merakam setiap gerakan, setiap tatapan, setiap senyuman, setiap ucapan, agar aku dapat mendengarnya lagi, setiap hari.
Andai aku tahu ini saat terakhir,
akan kuluangkan waktu mengatakan kepadamu “Aku mengasihimu” meski kau sudah mengetahuinya.
Andai aku tahu ini saat terakhir kita, moment terakhir kita,
Aku akan di sisimu, berada bersamamu sepanjang hari daripada berpikir
“Ah, aku yakin kesempatan lain akan datang, jadi kubiarkan saja hari berlalu.”



Tentu saja akan ada hari untuk memperbaiki segala hal,
dan kita akan punya kesempatan kedua untuk melakukan segala hal dengan benar.
Ah, tentu saja akan ada hari lain bagi kita untuk mengucapkan, “Aku mengasihimu.”
Dan tentu saja akan ada kesempatan lain untuk saling mengatakan, “Dapatkah aku membantumu?”
Namun bagiku, tak ada lagi kesempatan itu!

Esok tidak dijanjikan kepada siapa pun, tua atau muda.
Hari ini mungkin menjadi kesempatan terakhir kita untuk memegang erat tangan orang yang kita kasihi dan menunjukkan perasaan kita.
Jika kita menanti hari esok, mengapa tak kita lakukan sekarang?
 Kerana jika hari esok tak pernah datang, kita pasti akan menyesalinya seumur hidup
kerana tak ada waktu lagi untuk senyuman, percakapan, pelukan, ciuman,
kerana kau terlalu sibuk memberi orang itu apa yang menjadi harapan terakhirnya.
Kerananya peluklah erat orang yang kita kasihi, teman-teman, keluarga,
dan biarlah dia ketahui betapa diri ini mengasihinya, dan ingin mereka berada dekat dengan diri ini.


Gunakan waktu yang ada untuk mengatakan
“Maaf,”
“Silakan,”
“Maafkan aku,”
“Terima kasih,”
Atau bahkan
“Itu tidak perlu,”
“Tak apa-apa.”
 Kerana jika hari esok tak pernah datang, kita tak perlu menyesal sekarang.
Andai esok aku mati, masa lalu tak dapat kembali, dan masa depan tak mungkin lagi akan datang..

Seribu kemaafan aku hulurkan kerana aku x pernah jadi yang terbaik untuk semua..Aku dah cuba untuk puaskan hati semua org, aku cuba untuk x menyakiti hati insan2 yg mgenali aku tp aku gagal...Aku cuba agar x menyakiti hati insan lain,namun tanpa belas kasihan hati aku yang di sakiti..hati aku yang di calari..CUKUP!!! CUKUP!!! AKU X INGIN LAGI D SAKITI!!!!! Aku mohon agar jangan cuba sesekali mencari kesempurnaan dlam diri seseorg itu, kerana itu x mgkin akan terjadi..kerana semua manusia tidak sempurna..~

 
Beberapa mggu lalu,aku dah lupa bila kejadian tu..,ada sesuatu yang terjadi d ruangan facebookku, yg membuatkan aku dilanda berbagai rasa..terkesima+sedih+kecewa... Sebaris kata yang benar2 menguji benteng kesabaran yg aku jaga selama ini..Saat itu,bergenang empangan kolam mata ku..Begitu sekali tuduhan darinya buat ku..Alhamdulillah, aku masih mempunyai kekasih hati begitu memahami yg buat aku tegar dengan segala tuduhan yang di beri..BIARKAN APA SAJA YANG NAK DI KATAKAN..ITU HAK DIA..MULUT DIA..JARI JEMARI DIA..Buat hamba allah yang hanya aku sendiri tahu siapa dia, aku memaafkan segalanya..hatiku bukan sekeras mahupun setajam kata2 yang lahir dari hatimu itu..Sebb bg aku kau juga manusia sama yg tak pernah sempurna. Aku x ingin punyai secebis dendam menguasi hati ku dan aku x mahu menghakimi apa yang terjadi, biar ALLAH sja yang mengadili..Yang aku tahu,apa yg ALLAH SWT telah takdirkan untuk ku adalah yang terbaik.


Kenapa kau datang kembali kononnya cukup sekadar menjadi sahabat sejati,tp kau hadir mempunyai misi..misi yang aku sendiri x pasti namun misi tu cukup membuatkan diri ini rasa di sakiti buat kesekian kali. Untuk apa kembali setelah hati ini benar2 bahagia..Jika hamba allah itu masih mengintai2 d sebalik ruanganku ini..untuk terakhir kali aku seru kau PERGI....!! Jangan kau menjelma lagi dlm hidup ku. Persetankan apa yg hendak di katakn yang penting aku BAHAGIA di samping insan yg benar2 myintai ku..benar2 bahagia d samping keluarga yg amat menyanyangi diri ku.


Malam ni banyak sungguh yang aku coretkan, aku sendiri x tahu kenapa..yang pasti aku ingin meluahkan apa sja yg terpendam selama ni..haishhhhhh...Aku hanya insan biasa yang punyai sekeping hati punyai satu ceritera suka & duka...andai aku tiada lagi,jangan khuatir..jangan risau insan2 yg mengenali kerana apa jua kesalahan yg di lakukan telah aku ampuni seikhlas hati..cuma aku sja yg risau masih ada kah kesalahan ku yang kalian blum maafi jika pernah suatu ketika dulu aku calari hati insan2 yang aku kenali..SALAM KEMAAFAN..

seandainya...

Posted by Alrasya^Syidah

"Kalau aku pergi dulu..jangan kau menangis..sbb itu tandanya tuhan sayang aku..satu yang aku harapkan sampai bebila pun,JANGAN LUPAKAN AKU..sebab aku sygkn kau lebih dr segalanya..JANJI! JANGAN LUPAKAN AKU TAU... "

"Aku janji..tapi, siapa lagi akan temankan aku??Siapa lagi akan tenangkan aku kiranya aku sedih? Siapa lagi akn pujuk aku d saat aku hiba? Siapa lagi yang akn mgusik aku dengan gelak tawa yg menyerlahkan kedua lesung pipitmu itu? Aku sudah tak ada sesiapa pun selain kau..tolonglah jgn tinggalkan aku.." Namun suara itu hanya bermain dalam hati..yang terkeluar hanyalah sendu-sendu duka,kerelaan yg terpaksa..mengangguk dalam gelengan..yg ada saat itu hanyalah kekosongan..'BANGUNLAH..BUKALAH MATA..AGAR KAU MASIH MILIK KU...' *_*

Kata hati hnya mahukan kau menemani perjalanan hidup aku..setelah kau pergi..semuanya akan menjadi sunyi..semuanya menjadi sepi..Yang ada cuma segala kenangan yg x akan terhapus antara kita...seandainyalah tuhan menizinkan kau masih milik ku...

ibu..

Posted by Alrasya^Syidah


“KAKAK, tolong ambilkan ibu air masak,” kata ibu pada suatu malam selepas ibu penat bekerja. Tanpa disuruh-suruh, aku mengambil segelas cawan yang berisi air yang telah tersedia dan memberinya kepada ibu. Sudah menjadi kebiasaanku. “Terima kasih anak ibu,” kata ibu sambil bersandar pada sofa yang dibelinya dari Paris . Suaranya lunak. Tanganku terus ke kepala ibu untuk memicit ibuku.

“Ibu penat?”

“Hmm…penat sangat. Tapi penat ibu terus hilang bila tengok kakak. Kakak dah siap assignment?

Buat apa tadi?’’

“Dah siap lama dah. Sampai tertidur tadi kakak tunggu ibu. ibu dah makan?”

“Dah. ibu nak solat kejap ye.”

“ok,”jawabku ringkas. Aku tinggal berempat sahaja bersama ibu, Mak Mah dan Pak Samat di teratak kami yang terletak di Country Heights ini. Maahad? Sekolah lamaku dulu yang meninggalkan banyak memori. Mentarbiah hati setiap waktu. Namun itu dahulu. Kini sekolah agama yang tersohor tidak lama dulu sudahpun bertukar menjadi SBP tanpa ‘i’ bersebelahan huruf ‘P’. Ayahku telah lama meninggal dunia. Ayah meninggal pada hari kelahiranku. Kata ibu, ayah tergesa-gesa ke hospital setelah mendapat panggilan dari pihak hospital yang mengatakan masa untukku lahir sudah tiba.

HUJAN turun dengan lebatnya. Sebagai seorang lelaki yang sudahpun bertukar ke title seorang bapa, Mustaqim berasa amat gembira menerima kelahiran puteri pertamanya. Tanpa menghiraukan hujan lebat yang mencurah-curah, Mustaqim sengaja menekan minyak mercedesnya meluncur laju ke hospital. Dengan hati yang berbunga-bunga riang. Dia mula terbayang-bayang wajah puterinya itu dengan senyuman isteri tercinta. Berkhayal. Indahnya! Tiba-tiba sebuah lori ESSO yang membawa muatan minyak membelok ke kanan lebuh raya Kajang Silk. Tanpa sebarang amaran. Bakal ayah ini panic dan menekan brek kereta. Kereta terperosok ke bawah lori tanker. Kepala ayah terkoyak menampakkan tengkoraknya apabila terhentak ke stering. Darah mengalir laju, tanpa segan silu. Selang beberapa minit lori itu “bom!” meletup!

TANGGG!

Dulang makanan yang dibawa nurse Munirah terjatuh. Ibu terkejut. Makanan bersepah di atas lantai hospital. “Maaf ya, puan,” ujarnya serba salah.

“Tak mengapa,” ujar ibu tenang. Namun gejolak dalam hatinya hanya Tuhan yang tahu. Ibu amat gembira kerana aku dapat lahir dengan selamat akan tetapi ibu berasa cemas apabila kelibat ayah masih lagi belum muncul. Akhirnya, pihak hospital memberitahu ibu tentang kematian ayah. Ibu bagai hendak histeria ketika itu. Ibu amat sedih. Setiap kali teringatkan ayah pasti mataku akan berair. Ngilu terasa menghiris jiwa.


“Kenapa ni anak ibu?” soal ibu apabila melihatku.

“Tak ada apa-apa, bu,” jawabku ringkas. Suasana menjadi hening seketika.

“guess what, sayang?”

“What?”

“ibu terpaksa outstationlah. Seminggu pulak tu. Kali ni ibu kena pergi ke Ireland. Ibu ada mesyuarat dan seminar di sana. Kakak tak apa-apa kan?” kata ibu, mengenggam erat-erat tanganku. Mataku sengaja aku bulatkan.

“Kenapa lama sangat, bu?’’ rungutku. Entahlah…. Berat rasanya untuk melepaskan ibu kali ini biarpun aku sudah terbiasa ditinggalkan ibu.

“Mestilah lama. Dah namanya pun outstation. Hari tu lagi lama kan? Sebulan ibu di Beijing. Semuanya akan okay. Kakak janganlah risau. Doakan ibu selamat pergi dan balik ye. Kakak kan anak solehah.’’

“Tapi, bu…….. Ibu tak payah lah pergi. You’re the big boss, bu. suruhlah orang lain.’’ Kataku dengan nada sedikit merajuk. Mulut muncung.

“Muncung dia….. sedepa! Anak ibu kan good girl? Kakak 6 tahun ke 26 tahun?’’ pujuk ibu sambil mencuit hidungku. Seperti memujuk budak kecil. Tawaku dan ibu terburai.

“Okay boss! Mari kakak tolong ibu kemas baju. Ibu pergi esok kan?’’

“Yes, darling.’’ Ibu tersenyum.

HARI ini mendung semendung hatiku. Rasa tak sedap hati masih menyucuk-nyucuk hati ini. Dari semalam aku asyik berdoa. Ya ALLAH selamatkanlah perjalanan ibuku. Selepas bersarapan aku menghantar ibu ke lapangan terbang.

“Betul ke ibu nak pergi ni?’’ soalku setelah tiba di lapangan terbang.

“Betullah. Dah sampai kat airport pun. Takkan nak patah balik kot?’’ Usik ibu sambil mencubit pipiku.

“Jaga diri ibu baik-baik tau. Ibu call lah kakak tiap-tiap hari. Sampai sana terus call jugak tau,’’ kataku sayu sambil memeluk ibu.

“Hmm… ibu mestilah call anak ibu yang sorang ni. Kakak belajar elok-elok tau. Mak Mah ada dekat rumah. Kakak janganlah takut.’’

“Bu, kakak minta maaf kalau-kalau ada perbuatan atau kata-kata kakak menyinggung perasaan ibu. Halalkan makan minum kakak, ibu,’’ entah kenapa tiba-tiba sahaja ayat itu terkeluar dari mulutku. Aku sendiri tidak pasti. Wajah ibu aku pandang dalam-dalam.

“Ibu dah lama maafkan kakak. Kakak pun maafkan ibu ye. Ibu ada marah-marah kakak tanpa sebab…’’

“Tak… tak pernah pun,’’ kataku. Setitis air jernih tertumpah jua. Mengalir ke pipi. Terasa sungguh syahdu. Itulah kali pertama aku menangis di depan ibu. jauh disudut hatiku mengatakan inilah kali terakhirku bersama ibu. Dari kejauhan pemandu kami, Pak Mat bergegas membawa bagasi ibu.

“Sabila Husna… janganlah menangis, sayang. Ibu pergi tak lama. Minggu depan ibu balik. Jangan macam ni. Walau apa pun terjadi, kakak kena ingat ibu sentiasa ada dalam hati kakak,’’ tanganku dipegang ibu dan diletaknya tepat di jantungku.

"Ibu pergi dulu, sayang…’’ Air mataku mengalir laju tanpa disuruh-suruh mengiringi pemergian ibu.

"Ibu, I love you!’’

“Love you too, kakak,’’ kata-kata terakhir ibu sebelum pergi. Kata-kata terakhir yang tak akan pernah aku lupa.

“IBU? Bila ibu balik? Tak call kakak pun. Kesian ibu balik naik teksi. Kenapa tak suruh Pak Mat ambil ibu? "Kakak rindulah dekat ibu,’’ soalku apabila masuk ke bilik ibu. kelihatan ibu diatas sejadah, siap bertelekung. Mungkin ibu baru sahaja selesai bermunajat kepada Yang Satu, fikirku. Aku mengambil tempat di sebelah ibu. bersalam dan mencium tangan ibu. Tangan ibu sejuk.

“ibu baru balik, sayang. Tapi kejap lagi ibu kena pergi,’’ kata ibu sambil mengusap kepalaku.

"Nak pergi lagi? Nak pergi mana? Ibu tak kesian kat kakak ke?’’ air mataku bergenang entah kenapa. Wajah ibu amat syahdu sekali. Sambil berdiri, ibu berkata,

"Kali ni ibu pergi lagi lama dan jauh. Kakak doakan ibu ya.’’ Aku menarik tangan ibu. namun, ibu melepaskannya dengan perlahan-lahan, meninggalkan aku sendirian.

"Ibuuuuuuuuu!!!!!!!!!!!!!’’

"KAKAK…Kakak… Bangunlah…’’ terdengar suara Mak Mah. Kenapa pulak lah Mak Mah kejut aku pagi-pagi ni? Subuh pun tak masuk lagi. Kelas mula pukul 10 pagi nanti.

"Mak Mah kenapa kejut kakak pagi-pagi ni?’’ soalku sambil menarik selimut.

"Ibu…’’

"Hah? Ibu ada call ke?’’ mataku terus cerah.

"Bukan…bila Mak Mah cakap kakak jangan terkejut tau. Janji?’’

"Yes promise,’’ kataku. Hatiku berdebar hebat. Aku membetulkan kedudukanku.

"Ibu… ibu dah tak ada.’’ Hatiku bagai direntap kuat apabila mendengar berita itu.

"Ap…apa Mak Mah cakap tadi? Dah tak ada? No, it can’t be. Baru tadi kakak jumpa ibu,’’ ujarku sungguh-sungguh. Rasa tidak sedap hati semakin memuncak bagai lahar gunung berapi membuak-buak meletus keluar dari mulut gunung berapi yang sudah lama pendam. Mataku berkaca. ‘’Ibu ada tadi.’’ Suaraku mengendur.

"Kakak… kakak mengucap. Bersabar. Tadi pihak hospital di sana telefon Mak Mah. Mereka kata ibu kemalangan dan koma. Kereta ibu terjunam ke dalam gaung. Banyak darah ibu hilang dan di kepala ibu ada darah beku. Mereka dah cuba sedaya upaya untuk selamatkan ibu tapi ALLAH lebih sayangkan ibu,’’ terang Mak Mah.

Air mataku seperti tiada nilai lagi. Mengalir deras sederas air sungai yang mengalir. Hidup ini terasa kosong dan tidak ada gunanya aku hidup. Mula-mula ayah, lepas tu ibu. Siapa lagi yang aku ada??? Ya RABB besarnya ujian yang KAU berikan padaku. Tika ini bergema dalam hatiku sebuah suara, yang tidak tahu datangnya dari siapa, membisikkan semangat dalam diriku, ’’Cukuplah ALLAH bagiku; tidak ada Tuhan selain DIA. Hanya kepada-NYA aku bertawakkal.’’

Ujian ALLAH dalam pelbagai bentuk
"ASSALAMUALAIKUM ibu, kakak balik dulu. Esok kakak datang lagi. I love you, ibu,’’ kataku setelah selesai membaca Yaasiin dan berdoa. Sudah sebulan ibu meninggalkan aku. Sambil melangkah pergi meninggalkan kubur ibu, dengan keadaan yang damai kurasakan, aku memejamkan mata.
“kakak…”
Tiba-tiba suara itu menerjah ke gegendang telingaku. Tidak pula aku membuka mata untuk mencarinya. Sungguh aku kenal suara itu kerana suara itu akan sentiasa bergema dalam hatiku buat selama-lamanya.

andai esok aku mati........

Posted by Alrasya^Syidah

Andai esok aku mati

Ku ingin mati tanpa ada beban
Agar hisab ku nanti ringan
Agar di akhirat aku senang

Andai esok aku mati
Moga bekal ini mencukupi
Moga iman tetap di hati
Moga semua insan meridhoi

Andai esok aku mati
Kuingin tiada sepeserpun utang yang blm tergantii
Tiada setitikpun salah yang blm termaafi
Tiada sebentuk hati pun yang tersakiti

Andai benar2 esok aku mati
Ya Robb ampunilah segala dosa diri
Cukupilah bekal amal ini
Agar ringan langkahku nanti
MenghadapMu ya ilahi Robbi
Andai memang benar telah datang waktuku

Mak..pak...saudara/iku...
Maafkan ya salahku...
Maafkanlah silapku...
Maafkanlah lancangku..
Maafkan jika aku belum sempat berbakti
Membalas segala jerih payah budi

Andai ajal itu telah menanti
Kawan...akhi...ukhti...
Relakanlah aku pergi...
Dan afwan jika selama ini ada salah dan dosa
yang ku perbuat...
Yakinlah, semua itu tanpa ku inginkan terjadi...
Tapi jika ditanya tentang keinginan diri
Sesungguhnya aku belum ingin mati
esok hari....
Karena aku belum punya sesuatu yang dapat di warisi

Dibumi ini....
Bagaimana mungkin surga terindah kan ku raih
Jika ridho suami blm ku peroleh
Bagaimana mungkin aku punya amal jariah
Jika ilmu dan harta tak kumiliki
Apalagi punya anak yang sholeh lagi berbakti
Sedang amal selama ini blm jelas apakah diRidhoi...

Ya Robb, jika diri boleh meminta
Berilah hamba kesempatan kedua
Kan ku isi hari-hariku dengan hal yang berguna
Kan ku usahakan semua amal tak sia-sia
Ya Robb, jika diri boleh memohon
Berilah hamba jatah rezeki yang lapang
Sempatkanlah hamba mereguh surga dunia

Seperti Rasulullah kata "Binnati jannati"
Ya Robb, Adakah waktu untukku
Ku ingin membahagiakan orang tuaku
Engkau Tahu kan Tuhanku...

Ku ingin menjadi akhwat sholeha karena JanjiMu
Karena janji Mu Tuhanku...
Bahwa Engkau akan mengabulkan doa anak kepada ortu
Tanpa hijab tanpa penghalang jika aku berbakti padaMU

Ya Robb, Moga umurku masih panjang
Moga Esok bukan waktuku pulang
Ini bukan karena kecintaanku pada dunia
Tapi lebih disebabkan karena Karunia dan kasih sayangMu semata....