RSS Feed

PERMATA YANG DI CARI

Posted by Alrasya^Syidah


Hadirnya tanpa kusedari

Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi


Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini


Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu


Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki


Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu


Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu


~
~Ku masih mencari permata yg di takdirkan Allah untuk ku..

Akan Terhasilkah sebuah cerita???

Posted by Alrasya^Syidah

aSsalamualaikum...Langkah permulaan aku dlm mengatur langkah mengalun bicara agar terhasil sebuah cerita...Tajuknya..aku sendiri belum fikirkan ia. Tapi buat waktu ini biarkan saja ku khabarkan tajuk sementaranya: BICARA CINTA..





NAZRI HAKIM…Perkenalan kita tidak di rancang menitipkan ukuhuwah sejati, namun kasih yang di semaikan tak dapat kita rasai..Ku masih ingat kata-kata darimu, di kau akan sentiasa menyayangi dan mencintaiku selagi ada kepercayaan ku buat dirimu, ku cuba sedaya upaya menunjukkan bahawa aku mencintaimu setulus hatiku, tapi pabila kepercayaan ku kian menebal, pabila kasih, rindu, sayang dan cinta ku padamu kian berputik, kau khabarkan padaku yang hubungan kita adalah 1 bebanan buat dirimu..akhirnya kau turut meninggalkan diriku dengan alasan ibumu tidak merestui perhubungan jarak jauh…




AMIR HAZIQ…Ku kenali mu hanya dengan sebaris nama,Bicara kita tanpa suara bersua kita tanpa wajah hanya melenggokkan jari menyusun kata. Pertemuan kita sekadar di alam maya hanya sekadar sebagai teman bicara tanpa ku sedari kasih ku tertumpah padamu. Bicara dengan mu membuatkan hatiku berbunga riang. Ingin sekali aku bawa mu ke alam reality ku, namun ku tidak punyai keberanian untuk membuat sedemikian kerana ku takut hatiku bakal di kecewakn lagi. Ataupun kau kan ku tinggalkan sendiri. Namun jauh di sudut hati, perasaan padamu ku kunci rapi.


AKU..Ingin sekali memesan erti dan reality, ingin membuang segala angan dan mimpi agar aku tak kan hidup dengan ilusi kerana ia akan membuatkan aku merasa sangsi. Bila ku serahkan hatiku pada insan yang aku sayangi akhirnya di pulangkan kembali hatiku dengan penuh kelukaan. Inikah yang di namakan CINTA? Sungguh aku penasaran…Dapatkah ku mengecapi nikmat cinta hingga nyawa terpisah dari jasad..


......................................................................................................................................

KRINGGGG!!!! KRINGGG!!!!!! Sha meraba-raba meja di sisi katilnya mencari jam loceng manchester united hadiah dari kawan baiknya effa. Panas hatinya bila mendengar jam itu berbunyi nyaring serta merta mematikan segala mimpi-mimpi indahnya. Terdengar pula ketukan pintu biliknya. “Sha..Ooo Sha..Bgun la..dah pukul 6.30 pg ni.” Terasa begitu berat hendak membuka mata. ‘Aduh, ada saja ganggu bila aku sedang di ulit mimpi indah’ getus hati kecilnya. “Sha bgun la, solat subuh lepas tu mandi” suara Puan Hamidah sekali lagi memecah kesunyian pagi. “Ia mama, sha dah bgun ni”.Dengan langkah yang lemah sha mengambil tuala dan berlalu ke bilik air. Selesai mandi tanpa melengahkan masa terus dia menunaikan solat subuh.



TOKKK!TOKKKK! “Sha..dah sudah ka?Awat lama sangat, duk wat apa dalam bilik tu lama-lama? Keluar sarapan sekejap lagi Effa datang” . Pintu bilik di buka dari dalam. “Mama, masuk la. Sha tengah cari baju untuk pakai g keja la..Dah tak tahu nak pakai baju apa ni” getus Sha kepada mamanya. “Eh, nak pilih apa lagi, baju tu punya lah banyak dalam almari, sampai tak muat almari tu mama tengok”.


“ Baju memang banyak mama, tapi sha tak tahu nak pkai yg mna 1 hari ni.. mama bagi la cadangan yea” satu kucupan mesra singgah di pipi Pn. Faridah. Pn. Faridah sudah masak benar dengan telatah anak bongsunya itu. Sehelai baju kurung berwarna hijau di keluarkan dari almari, “Sha pakai baju ni mama suka tengok anak mama pkai baju kurung”


“Ok thanks mama” kejap yea sha nak bersiap nanti kalau effa datang suruh dia sarapan dulu yea.


Di dapur kedengaran suara Pn. Faridah melayan karenah effa.


“Eh, effa lama dah ka kau sampai”


“Dah dekat 2 tahun aku tggu ko kat dapur ni sha oi”, usik si effa.


“Sorry beb, jum ah kita g nanti lewat lak sangkut traffic jem, Mama sha g dulu yea.” Seperti selalu sha tak pernah lupa mencium tangan ibu tercintanya sebelum melangkah keluar dari rumah. Bagi dirinya Pn. Faridah adalah segala-segalanya dalam hidupnya.


………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………






Sha membaca sekali lagi laporan bulanan yang baru di siapkannya untuk di hantar ke bilik bosnya. Selepas meneliti siap laporan yang di siapkannya dia menarik nafas lega. Dia begitu teliti dalam melaksnakan tugas yang telah di amanahkan kepadanya.


“Oi, sha..apa yang kau tengah menungkan tu? Semacam ja aku tengok kau ni. Teringat si Nazri lagi ke?” suara Effa memecah kesunyian. “Jum keluar lunch, perut aku dah mengalunkan lagu rock metal ni Sha.” Seloroh effa.


“Eh, aku mengelamun ka? Tak sedar plak aku..heheheh..” Sha tersengih menunjukkan sebaris giginya yang begitu bersih di tambah pula dengan sepasang lesung pipit menghiasi kedua-dua pipinya menyerlahkan lagi keayuan di wajahnya.


“Kau pehal Sha? Sejak ko break off ngn Nazri aku tengok kau selalu termenung. Sudahla tu, mgkin dah x ada jodoh antara kau dan dia. Tapi kan sha, aku berpendapat yang ibu Nazri tu berfikiran kolot la. Takkan la di sebabkan kau duduk di penang dan dia duduk di pahang terus ibu dia tak setuju dengan pilihan hati dia kan?Lg pun masa bcinta sebelum ni ayat penuh jiwang-jiwang..selagi jantung berdenyut kau milik ku lah..selagi masa bgnti masa la..tah apa-apa lg...eeee..geram sungguh aku”


“Tah la Effa, bgi kau senang la cakap lupakan tapi bg aku susah nak lupakan . Aku tak salahkan ibu dia, mgkin ada rahmat di sebalik perpisahan ini Effa”Sha bersuara sayu.


“Sebab ni la yang aku kagum dengan kau Sha. Kau tak pernah simpan dendam malah kau selalu mengalah. Ishkkk, kalau aku la peduli apa ibu dia suka atau x yang penting aku dapat miliki apa yang aku nak” seloroh Effa dengan nada protes.


“Sudahla Effa malas aku nak fikirkan. Jom, tadi kau kata laparkan so lets go for having lunch”.


“Jom"


………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….






Fail di tangan ku letakkan di atas meja. Aku berkira-kira agar menbuat semakan fail itu sekejap lagi kerana aku telah meyiapkan semua kertas kerja yang lain terlebih dahulu. “Aduh, rindunya pada teman-temanku”, getus hati kecil ku. Mataku tajam memandang skrin komputer, dan dengan pantas ku menaip ruangan sembang yang aku huni sejak 1 tahun lalu.


BaselineHeart..login


“Wah ramai juga kawan-kawan ku yang masih online..” getus ku..


BaselineHeart : Assalamualaikum semua..rancaknya sembang apa topik hari ni.


Ieja: Wslm Base..lama kau x online kau g mna?


Chipsmore: Yealah Base, ko g mna? Aku rindu sangat kat kau.


BaslineHeart: Aku sibuk sikit sejak akhir-akhir ni la..thanks ya sbb korang still ingat n rindukan aku.


Di skrin komputer aku lihat ada satu nick name yang tak pernah aku kenali sepanjang aku berada di ruangan sembang, dan sedang aku rancak berbual dengan kawan-kawan ku di laman sembang MiRc, nick itu telah menghantar pesanan untuk berbual dengan ku di P2P iaitu Private to Person. Ini bermakna dia ingin chat dengan ku sahaja.

Mr.Berry: Assalamualaikum BaselineHeart. Salam perkenalan. Nampaknya awak begitu di kenali di sini.


BaselineHeart: Wslm. Salam pekenalan. Saya kenal awak ke atau awak kenal sy ke? Sy tak pernah nampak nick awak sblum ni?

Mr. Berry: Sy masih baru di sini, chat sekadar suka2 di samping mencari kegembiraan yang telah hilang dalam diri sy.


BaselineHeart: Ark..bunyi cam siyes ja wak..story la”


Mr. Berry: Aku mencari makna CINTA dlm sebuah kehidupan namun ku temui hati ku yang terluka..Aku mencari CINTA dlm tinta seorg pujangga dan akhirnya ku temui CINTA yg penuh rahsia


‘Aik, bermadah pula mamat ni, kenapa yea dengan dia.’ Getus hatiku.

BaselineHeart: Pandai awak mengarang puisi tapi di sebalik puisi tadi ada mksd tersirat kan? So if u don’t mind may I knw ur probs?

Mr. Berry: Tak apa lah wak, maybe next time. I have to go now. Hopefully kita akan chat lg pas ni.


BaselineHeart: Awak nak g mna? Nama awak? Umur awak?


Mr. Berry: Ada hal sikit. Sy akan beritahu kemudian yea Shafrina Hani
Meranti has sign out from this room


Uit..sapa plak yang inform nama aku kat mamat ni??? Alamak, dah pukul 4.30 la..aku blum semak lagi fail yg En. Fizie td. Dengan pantas ku bawa kurso tetikus ke tanda signout yang tertera di skrin. Aku kembali menyambung kerja ku.






…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………


Satu cubitan hinggap di pipi kanan milik Sha..”Aduh” Jerit Sha. Di lihatnya tuan punya tangan yang mencubit pipi nya. “Mama, napa cubit Sha”, dia bersuara dengan nada yang manja.


“Mama tengok dari tadi lg jauh benar anak mama mengelamun. Dah sampai mana kamu mengelamun ni?”


“Ark? Yeaka Sha mengelamun? Tak perasaan pula.” Sha cuba berpura-pura tidak tahu. Padahal betapa jauh perjalanan fikirannya sebentar tadi.


“Apa yg Sha fikirkan?Cuba beritahu mama” Tanya Pn. Faridah merenung wajah satu2nya ank tunggal perkongsian kasih antara dirinya dengan suami tercinta En. Azam. En Azam ayah kepada Shafrina yang sudah lebih 5 tahun meninggal dunia akibat serangan jantung berlubang. Anaknya itu lah racun dan madu bg dirinya, bertapa kasih dan sayangnya dia pada Sha.


“Tak ada apa-apalah mama. Mama, Sha masuk bilik dulu yea, mengantuk benar pula rasanya. Mama jangan tidur lewat tau.” Lalu di kucupnya pipi Pn. Faridah dengan penuh mesra.


Di dalam bilik, Sha merenung bungkusan ubat yang di berikan oleh jururawat sebelum dia meninggalkan ruangan klinik. Terngiang-ngiang tiap butir bicara dari doctor yang memeriksanya.


Semasa hendak pulang dari pejabatnya petang tadi, terasa sakit benar kepala. Akibat tidak tahan menanggung kesakitan, Sha singgah dahulu di klinik Aman.


Di capainya bungkusan ubat, lalu dia mengeluarkan 2 biji ubat, di capai nya gelas berisi air. “Cik Shafrina Hani, sy sarankan agar Cik mengikuti jadual fisoterapi yang telah di sarankan dengan teratur agar kesihatan CiK Shafrina  lebih terjamin. Sy x nak berlaku sebarang kesulitan terhadap Cik Shafrina, kami sedang sedaya upaya melaukakn yang terbaik.” itulah kata dari Doktor Ismadi. Kata-kata itu masih terngiang di telinganya. Akhirnya dia terlena.

 ..............................................................................................................................................................

Nothinng to SAY??????

Posted by Alrasya^Syidah

Assalamualaikum...hmmm what should i write for this time???THINGKING @_@ actually i really dont know what should i write but now i'm feel really stress..STRESSTED OUT today, huh..Y? becoz i'm thingking bout my upcoming exam on Mon & Tuesday..& this Wednesday i have to go to a job interview, so wish me LUCK..Hopefully i will pass the exam and i will not have to worry about taking class again..^_^ I dont hope for highest marks, if I just get PASS it's ok...x kisah aslkn lulus, tat subject killer subject..owes stress ngat subject tu.

Hmmm..Bout my life..it's still the same..nothing change,sumtimes feel life its complicated and difficult..am i rite?? I admit it. Becoz i feel terrible..SICKNESS???huh...alhamdulillah dah ok but sumtimes rasa gak sakit2..tak mcm hari tu dah^_^ syukran. Life is like a spider's web Allah, we get caught in its tricky snave so i really hope my life continues to go well becoz i know Allah will always be with me for a long time as i never forget him, he will never forget me.

I am just pretending everything is fine..pretending to be enjoying my life..Pretending to be always happy with my friends and pretending accepting when they rejected me..huhu.. like i told that only Allah is knw n always with me coz he;s really close and always counting my tears..All praise be to ALLAH.

This is the first 5 wishes that comes to my mind:~

~> Wanna be happy with my family,friends and my future soulmate
~> Hopefully i will pass my exam & will get better job and good salary
~> Buy my favourite car using my own money (MyviSport/Honda Jazz)
~> Get a bouquet of a pink roses frm someone special
~> Praise to Allah hopefully one of my wishes will came true or all of my forth wishes came true ^_^

~@Lr@sY@~

Rungkaikan bersama~Bila HATI syg pada dia~

Posted by Alrasya^Syidah


BILA HATI SYG PADA DIA

Bila kita syg org tu
Kita terima je apa yg org tu kata
Tp bila dia kata kita?
Ati kata takpe semua manusia tak sempurna.
Bila kita syg org tu
Kita tunggu dia lama pun x per
Tp bile dia tunggu kita? Dia marah2
Ati kata ala..adatlah ada yang menunggu dan ditunggu.
Bila kita syg org tu
Kita x tido pun x pe janji layan dia yg tgh bosan,
Tp bila kita bosan Ada dia layan kita?
Ati kata x pe dia busy kot.
Bila kita syg org tu
Kita gaduh ngan dia, kita diam je
Ati kate x pe, dia tension tu.
Bila kita syg org tu
Kita call nak cakap dgn dia
Tp dia gayut dgn org lain.. Bila jd camtu,
Ati kata x pe, dia ada hal nak cakap dgn kwn dia.
Bila kita syg org tu
Kita bercerita dgn dia, cerita ngan tunggul lg baik
Tp biler dia bercerita ngan kita. Kita dgr, sepatah2 kita ingat
Ati kata x pe syg katakan.
Bila kita syg org tu
Kita n dia lapar
Tp kita bg semua roti kita kat dia
Ati kata, ala jagalah hati dia, sian dia.
Bila kita syg org tu
Kita sanggup bg dia rest bila dia letih,
Tp bila kita letih, dia nak jugak kita layan dia bila dia bsn.. Adil ke?
Ati kata, ala bukan selalu pun.
Bila kita syg org tu
Kita jadi macam org gila dgr dia sakit,
Tp bila kita sakit, Dia siap bole kuar ngan kwn2 dia
Ati kata, ala x pe, x kn dia nak berkepit ngan kita 24 jam.
Bila kita syg org tu
Kita x penah pentingkan diri sendiri
Tp dia hpokrit tahap cipan gaban
Ati kata x per, dia mmg camtu kena lah terima.
Bila kita syg org tu
Nmpk lalat kat makanan dia, kita halaukan
Tp dia lak kalau Nampak lalat kat makanan kita, dia biarkan je
Ati kata, takpelah, takkan dia asik nk buat semua benda utk kita.
Bila kita syg org tu
Kita x sanggup tgk dia derita
Tp dia x prnh hargai diri kita,

Ati kata, tau x betapa kita syg kan dia?






aLrasya^Shidah

Persoalan demi persoalan..

Posted by Alrasya^Syidah


Copy n Paste perbualan ku (SMS) dgn seorg insan bergelar sahabat:-
 
=> Kadangkala bila kita mendapat k.syg yg d dambakan kita mulai takut saat khilangan k.syg itu..boleh beritahu kenapa ada perasaan sedemikian??
    =>Kerana ketakutan itu Allah hadirkan supaya kita lebih menghargai kasih syg itu
    => Jika kita kehilangan kasih syg itu juga??
    => Anggaplah ianya bukanlah yg diciptkannya buat kita
    =>Tapi kenapa sering kali hati d kecewakan??
    => Sbb Allah nak tgk sekuat mana kita menghadapinya
    => Andainya kita tidak kuat??
    => Carilah kekuatan itu di hati kamu..pasti kamu menjumnpainya

Terima kasih duhai teman kerna sudi menjawap setiap persoalan dari ku...






Raya Ohhh Raya

Posted by Alrasya^Syidah

Biar hilang di dunia fana
Biar hina d mata manusia
Biar semangat semakin tua
Biar akal semakin berusia
Biar jauh kedudukan kita
Biar jurangnya pangkat kita
Jgn tergadai silaturahim antara kita
~Salam Aidilfitri~


Hari raya yang di nanti telah pun tiba, pejam celik dah hampir selesai aku lalui hari pertama beraya bersama family tersayang..yahoooooo..dah beso2 pun aku masih dapat duit raya..bestnya..
alhamdulillah dapat gak aku beraya ngn family aku thn ni sama seperti tahun2 yg lepas..

Riuh sungguh suasana di rumah ku..kedengaran suara putra dan putri (anak buah aku) bermain..kadang ilang gak kesabaran ku melayan kerenah imran(putra yg paling nakal), mana x nya brooch yg sepatutnya aku pkai raya pertama di rosakkn nya..adoi la imran, acu rasa cam nak sekeh jew..tp x sampai aty lak sbb kasih syg aku melebihi tahap kemarahan aku wktu tu ^_^

Izzah (Putri), plak asyik meragam plak pg tu..tapi apa2 pun kehadiran Mohammad Imran & Nur Izzah Insyirah menceriakan suasan di hari raya...diaorg la yg paling bnyk dapat duit raya..eheheh..Hmmm..tapi *_* yg sedihnya, raya pertama dlm kul 2ptg kakak dan abg aku semuanya bertolak pulang ke kampung mentua mereka..uwaaaaaaaaaa....nmpknya aku la yg kena wat kontrak cuci pinggan dan layan tetamu yg dtg ke rumah..mak n ayah sure layan tetamu..AKU... uwaaa CUCI PINGGAN..eheheheh..

Alhamdullillah, masalah yng aku alami akhirnya menemui jln peyelesaian. Betul kata mak, jika ada masalah mohon la pada YG ESA insyaallah masalah kita akn selesai dgn izin~nYa..Tima kasih mak sbb owes bg smgt untk adik...LOVE u so much...muahhhkss.

Hmmm..aku nak kongsi lirik lagu dari kump dehearty berjudul wanita istimewa. 1st time aku dgr lagu ni aku terus suka..hahah lagu ni khas untuk sahabatku kaum hawa, sesungguh kita begitu istimewa...untuk kaum adam cuba la hayati lirik serta lagu ini, ia nya amat bererti dan bermakna :) wanita di jadikan untuk di jaga, di hormati, dan di kasihi.


~WANITA ISTIMEWA~

Kau digelar sebagai penyeri dunia

Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa


Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh
Tercipta engkau dari rusuk lelaki


Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat di bahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok

Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita mengharap pada yang binasa
Engkaulah wanita istimewa


Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan
kecantikan





Hopefully korang appreciate kaum hawa yea..^_^ kaum adam juga punyai keistimewaanya *_*.

A SiLenT LOVE...~

Posted by Alrasya^Syidah

From the very Begining, the girl's family objected strongly on her dating this guy. Saying that it has got to do with family background & that the girl will have to suffer for the rest of her life if she were to be with him.


Due to family's pressure, the couple quarrel very often. Though the girl love the guy deeply, but she always ask him: "How deep is your love for me?"


As the guy is not good with his words, this often cause the girl to be very upset. With that & the family's pressure, the girl often vent her anger on him. As for him, he only endure it in silence.
After a couple of years, the guy finally graduated & decided to further his studies in overseas. Before leaving, he proposed to the girl: "I'm not very good with words. But all I know is that I love you. If you allow me, I will take care of you for the rest of my life. As for your family, I'll try my best to talk them round. Will you marry me?"


The girl agreed, & with the guy's determination, the family finally gave in & agreed to let them get married. So before he leave, they got engaged.
The girl went out to the working society, whereas the guy was overseas, continuing his studies. They sent their love through emails & phone calls. Though it's hard, but both never thought of giving up.


One day, while the girl was on her way to work, she was knocked down by a car that lost control. When she woke up, she saw her parents beside her bed. She realised that she was badly injured. Seeing her mum crying, she wanted to comfort her. But she realized that all that could come out of her mouth was just a sigh. She has lost her voice......
The doctors says that the impact on her brain has caused her to lose her voice. Listening to her parents' comfort, but with nothing coming out from her, she broke down.




During the stay in hospital, besides silence cry,.....it's still just silence cry that companied her. Upon reaching home, everything seems to be the same. Except for the ringing tone of the phone. Which pierced into her heart everytime it rang. She does not wish to let the guy know. & not wanting to be a burden to him, she wrote a letter to him saying that she does not wish to wait any longer.
With that, she sent the ring back to him. In return, the guy sent millions & millions of reply, and countless of phonecalls,.. all the girl could do, besides crying, is still crying....




The parents decided to move away, hoping that she could eventually forget everything & be happy.
With a new environment, the girl learn sign language & started a new life. Telling herself everyday that she must forget the guy. One day, her friend came & told her that he's back. She asked her friend not to let him know what happened to her. Since then, there wasn't anymore news of him.




A year has passed & her friend came with an envelope, containing an invitation card for the guy's wedding. The girl was shattered. When she open the letter, she saw her name in it instead.
When she was about to ask her friend what's going on, she saw the guy standing in front of her. He used sign language telling her "I've spent a year's time to learn sign language. Just to let you know that I've not forgotten our promise. Let me have the chance to be your voice. I Love You. With that, he slipped the ring back into her finger. The girl finally smiled.


~Touching LOVE story~

iN LOVE with U

Posted by Alrasya^Syidah

I fell in love with you

It was like a dream come true
You chased away my pain & sadness
And replaced it with joy & happiness


I want you to know my love is true
I will forever and always cherish you
We've shared many first times
And we'll have many more to come


I promise I'll never leave
'Cuz you make my life complete
They shine like the stars in the moonlit sky



Shine on me so beautiful and so bright
They're like beams of light
That light up my dark and lonely night

I love everything you say and do
'Cuz who I love... is you
I just want you to know I love you
And nobody will ever love you like I do




~really LOVE him so much..



~@Lr@Sy@~

Dugaanku dari~MU

Posted by Alrasya^Syidah

Apabila semua jalan keluar terasa buntu oleh anda
maka fikirkanlah janji yang ada dalam alam nasyrah (surah Al-Insyirah)

Bulan ini adalah bulan yang begitu menguji tahap kesabaran ku serta menguji tahap ketabahan ku..Rasanya tak perlu aku ungkapkan apa yg berlaku. Aku tak pernah terfikir yang aku akan di uji oleh Allah SWT dgn ujian yg begitu hebat..mgkin bg kalian ujian ini tidaklah sehebat mana namun bg ku ia adalah 1 ujian yg besar dalam kehidupanku sepanjang aku meniti perjalananku selama 21 tahun ini.
Aku tak tahu bagaimana aku akan menghadapinya namun yang pasti aku sedang menghadapi kenyataan yg terbentang di hadapanku...Ya Allah begitu besar ujian~Mu kepadaku, namun ku pohon padamu agar di berikan kekuatan untuk mengharungi dugaan ini..Namun aku bersyukur sgt sbb aku ada family yg owes support aku bila aku hadapi masalah..cuma buat masa sekarang fikiran ku tergangu.
Mak owes pesan jangan pk bnyk sgt, doa pada Allah insyaallah segala permasalahan dapat di selesaikan kerana Allah yg menduga kita dengan masalah dan dengan~nYa juga permasalahan itu dapat di selesaikan kerana Allah sudah menetapakan apa yang terjadi. Hmm, aku tahu mak risau bila tgk aku owes pikir tntg masalah, mgkin mak takut kesihatan aku akn kembali terganggu seperti dahulu.
Mcuk, kata mgkin x dew rezeki aku & mgkin ada hikmah di sebalik apa yg telah berlaku. Yea, aku tahu...aku akui..namun mengapa sukar untuk aku tempuhi...?????????  Life is something hard if we used to be hard..we can change our faith but if we try hard..we owes mite change it bcoz Allah owes with us..kata2 ini di berikan seseorg kepada ku...terima kasih duhai teman..
Semoga aku tabah dalam menempuhi dugaan yg seterusnya..
Buat ayahanda & bonda tercinta terima kasih adik ucapkan sebab selalu ada di samping adik tak kira bagaimana pun keadaan adik. Inysa~allah, akan adik balas jasa kalian.
Buat kedua2 kakak ku dan abg ku yg tersayang, pertolongan yg kalian hulurkan teramat bermakna dan akn ku kenang selamanya. Terima kasih susah payah untuk adik. Moga tali persaudaraan kita akan mewangi seharum setanggi syurga.
Buat mcuk , hmmm thanks coz owes layan segala karenah2ku yg kadangkala ku tahu ia menguji tahap kesabaranmu..n tima kasih ngn kata 2 hari itu..maafkan aku kerana air mata ini x mampu ku tahan di saat itu..
Buat teman2 ku, maaf aku kerna ku tidak berkongsi tentang hal ini dengan kalian kerana aku tidak mahu membebani kalian dengan masalah ku.. Moga kalian mendapat dan berada di bawah naungan yang maha Esa..
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN

Jemariku terus mengalunkan bicara tanpa suara...

Posted by Alrasya^Syidah

Ku termenung seketika..
Mengimbas kembali tiap detik perjalanan yang telah ku lalui..
Ku ayunkan langkah kaki ku semula
Tempat menuju bait~Mu
Tempat di mana aku ingin tumpahkan rasa

Adakalanya aku menyesali apa yang telah terjadi dlm hidupku..
Namun pabila ku fikir berulang kali
Apa yg harus ku sesali
Apa yg x aku syukuri
Berlimpah nikmat dan rahmat yang telah aku dapati
Mengapa aku kadang masih tidak berpuas hati.....

Ya Rabbal Izzati,
Aku mensyukuri nikmat yg di beri,
Ku sedar dan ku akui,
Perjalanan hidupku sentiasa di uji,
Kanan & kiri..
Namun ku pohon pada mu illahi,
Moga kau kuatkan hati ini
Menyusuri setiap dugaan yang di beri..

Tunjukkanlah kasih sygmu Ya Rabbi,
Ku mohon keampunan dari~Mu..
Kau permudahkanlah setiap perjalananku
Untuk menghadapmu...


~@Lr@sY@~

Persoalan telah terjawap, Permasalahan telah tersingkap..Ku akur~

Posted by Alrasya^Syidah

Berbagai kesulitan yg telah ku alami kemudian hilanglah ia..
Di sana kesusahan itu pergi untuk tidak kembali lagi’..


Ku mulakan bicara ku dengan kalimah bismillahiromanirohim…assalamualaikum.. aku x tahu nak mulakan penulisan ku dari mana, sejak akhir-akhir ini kesihatan aku terganggu, adakalanya jiwa ini mengeluh kerana musibah yg menimpa padahal ada jalan keluarnya semudah membuka ikatan tapi aku sendiri tak tahu cara bg membuka ikatan itu.
Ini lah wajahku ketika aku sakit.. hmm takut benar aku untuk bertemu dgn doktor, namun ku gagahi juga untuk ke hospital.
Di dlm keramaian org yg sedang sibuk menunggu giliran untuk bertemu dgn doktor, aku terpandang seorg kanak-kanak bersama ibunya. Kasihan sguh..kanak-kanak itu tidak bermaya di atas kerusi rodanya, matanya kelihatan seperti menahan kesakitan, mgkin akibat batuk yg berpanjangan..Adakah budak itu di jangkiti penyakit H1NI?? “Ya allah, moga kau sembuhkanlah penyakit yang di alami oleh budak itu’ detik hatiku.


Aku masih setia menunggu giliran ku untuk bertemu dgn doktor..dalam hatiku d selubungi perasaan takut..yealah, aku cukup takut n cukup payah hendak ke hospital, apatah lagi untuk mkn ubat…Ahirnya tiba juga giliran ku..Aku sendiri tidak tahu kenapa sejak lebih 2 bulan bila aku hendak bernafas terasa sakit benar di dada ku, dan aku akn berasa pening.. hmmm tah la..


Ku masuki bilik doktor di temani oleh seorg jururawat. Terasa seram sejuk ja..yealah, aku takut…selepas pemeriksaan, doktor memberitahuku kmgkinan dgn keadaan cuaca yg tidak menentu d tambah pula antibody ku lemah mgkin sbb tu aku terasa sakit dada, sukar bernafas dan pening kepala. Hati ku lega mendengar butir bicara doktor itu…


Namun mgkin untuk mendapat lebih kepastian dia menulis sesuatu d kertas yg d sediakan, lalu memberikan kpd ku..Dia menyuruh aku ke bilik seterusnya..aku berfikir sejenak..kenapa pula aku kena pergi ke bilik seterusnya. Ku bertanya, ke bilik mana yg harus aku pergi..Lemah pula terasa kaki ku bila mendengar doktor memberitahuku agar aku ke bilik pemeriksaan jantung..


Tadi aku takut untuk ke hospital, lepas itu takut untuk jumpa doktor sekarang apa pula yg aku kena buat untuk ke bilik pemeriksaan jantung…Sudahlah aku tidak tahan bau ubatan2 dr hospital..hmmm..ku gagahi langkah kaki ke bilik tersebut…..

Ku layangkan tinta ku yang pertama : Kebahagiaan itu ada...~

Posted by Alrasya^Syidah

Hidup ini terlalu singkat untuk membenci.
Dekat kan diri pada Ya~Rabbi
Insya~ALLAH keBahAgiaN itu pasti menghampiri

Seseorg tidak mungkin mendapatkan kebahagiaan kecuali dari dirinya sendiri..hmm..aku masih mencari dan terus mencari adakah masih ada sinar kebahagiaan buat ku..ku cari dlm tiap solat ku..alhamdulillah ku temui kedamaian di situ…kedamaian hati..

Apabila kita telah dpt memahami erti kehidupan ini, kita akn mampu mengeksploitasi bnyk hal yg berguna dari dlm jati diri kita dan dpt membebaskan diri dr pelbagai penyakit yg menganggu ksihatan fizik dan kejiwaan kita dgn berbekalkan pengetahuan, potensi, dan kesabaran..Hmm oleh itu kita perlu tahu dan memahami apa erti kehidupan kita..

Syukur ke hadrat illahi, walaupun aku sering shja di uji kanan dan kiri aku masih kuat menghambakn diri pada Ya~Rabbi..walaupun kbhagiaan yg sering ketemui hnya dtg dan pergi meninggalkn sekeping hati namun aku masih bersyukur kerna Ya~Rabbi masih lagi sudi menghadiahkn kebhgiaan buat diriku ini..

Ku temui lagi kebahagiaan yg di kurniakan dari illahi..Ku harapkan kbhgiaan yg d beri akn bersemi hingga nadi ini terhenti..Ku tak mahu lgi berkeluh-kesah dan berputus asa kerna menyerah kan diri kpd kesdihan dan permasalahan merupakan permulaan awal kpd kehancuran..aku tak mahu akn kehancuran..dan aku juga x mahu berimplikasi pada kegagalan dan kelemahan.

Ku tidak mahu menunggu dtgnya kbhgiaan untk ku dpt tersenyum, tp ku akan tersenyum agar memperoleh kbhgiaan..moga kbhgiaan ini berpanjangan dan tidak seperti kbhgiaan yg aku peroleh suatu ketika dulu yg hadir bagaikan pelangi..