RSS Feed

mcm kena ja ngn aku..huh..heheh

Posted by Alrasya^Syidah

Bila kita keluar lepak sama sama
Lelaki lain senyum kat ayang, abang rileks tadak apa apa
Memang jeles tu ada tapi abang tetap bangga
Maklum la, marka lawa semua orang dok senyum dan perhati saja

Tapi tatkala kita lepak lepak berdua
Abang senyum kat pompuan lain, ayang dah naik murka
Mula mengata abang gatal, itu ini tak sedar diri la
Padahal senyum tu kan satu sedekah, salah ka abang buat pahala?
Semasa kita keluar makan berdua
Lelaki lain meja sebelah, dengan ayang dia cuba bermain mata
Abang cool dan steady makan pun rileks saja
Takat bermain mata, tadak gugat apa apanya

Tapi semasa kita berdua tengah makan
Abang terkenyit mata kat pompuan sebelah, ayang dah hempuk pinggan
Mula la mengata abang itu ini memang dasar jantan
Padahal mata abang masuk habuk, ayang langsung tak kesian

Bila kita keluar minum berdua
Tepon ayang SMS masuk bertalu talu, abang langsung apa tak kata
Memang la tensen, tapi abang pikir benda baik dan positif saja
Mungkin ada hal penting yang ada orang nak tanya

Tapi sewaktu kita dok minum berdua
Tepon abang SMS masuk, ayang dah masam mencuka
Mula dok sibuk tanya sapa la, nak apa la
Padahal SMS tu cuma notis dari servis provider saja

Bila kita dok borak kat telefon malam malam berdua
Ayang cerita itu ini, abang dengar dan kata OK saja
Dan bila kita dok borak malam malam kat tepon lama lama
Abang pun bukan kemain buka macam macam cerita
Tapi kadang kadang abang heran awat ayang diam saja
Alehaiii....rupa rupanya ayang dah membuta

Tapi walau apa pun yang ayang kata
Abang sikit tak amik hati punya
Walau kadang kadang perangai ayang buat abang gila
Buat masa ni, dalam hati abang cuma ayang yang ada

Tapi kalau pompuan lain nak kat abang pula
Ha! Ha! Ha! Babai ayang...!! Baru padan muka
Opss!!! Abang cuma melawak gurau gurau saja
Please laa...jangan merajuk lama lama..


sekali teringat plak...^_^

Posted by Alrasya^Syidah

Tangisan sanubari telah terhenti
Kala suram suria memancar sinarnya
Pertemuan seindah bayangan firdausi
Menjadi zikir kasih yang suci

Lukisan dua jiwa menjadi satu
Terkenang detik bertemunya kau dan aku
Santun berhikmah mengingatkan diri
Hidup dan mati hanya untuk Ilahi

Mengenggam janji cinta ini
Bertemu kasih tanpa jasad
Bicara tanpa suara
Hanya tulisan bahasa indah

Mengeratkan antara kita
Hinggalah ke akhirnya
Kau ku sanjung kerna pengorbanan
Bagai puteri di kayangan

Tika ku lesu hadapi hidup
Kau hembuskan nafas semangat
Penawar hati

nota kaki: tetiba ja tingat pertemuan antara aku & mucuk..

ENTRY TAK BERTAJUK *_*

Posted by Alrasya^Syidah

Few days my lifes bit sucks..seriously sucks..x tau ah camna aku nak decribe it..huh..dalam erti kata lain JIWA KACAU KEPALA TING TONG..
asyik mimpi benda yg sama ja..org yg sama..huh..
syoohh syoohh..
Rileks dowh..
away..

hensem + ngokngek = senget...

Posted by Alrasya^Syidah

Hari yang indah makin gelap..gelap x bererti malam akn melabuhkan tirainya..cewaaahh..ayat x bleh blah langsung..huhu...gelap sbb ari nak ujan..patient makin lama makin ramai..aku ingatkan bila ujan kurangla sikit patient..haishhh..tetiba ada la seorang lelaki yg agak hensem..
(bukan agak lagi dah..memang hensem pun)..
melangkah masuk & menuju ke arah aku..hahah..ayat kemain SKEMA lagi aku susun..

Setelah d soal selidik bak pak polisi, aku pun dapatla INFO yg dia nih nak jumpa doct, kiranya dia nih patient la..Hasil dari soal selidik aku dia nih org arab..huh,patutlah hensem..Lepas aku ambik keterangan dia aku pass dia kat member aku, suruh member aku yang settle. Bukannya aku x nak settle tp masih ada keja tertangguh yg blom aku settlekan..

Pas settle keja aku, aku pun ambik balik posisi aku kat kaunter..Rasa semacam ja..huh..patutla..patient tu duk tgk aku..dah tgk tu sudahlah..tetiba senyum plak..aku pun senyumla balik..haishh,aku senyum bukan bermksd gatai..satg ada ja otak2 yg NAKAL berpikiran aku senyum gatai..aku senyum sebab senyum itu 1 sedekah..heheh..lgpun x kan la aku nak wat muka sploh sen depan patient2 lak kan..huhu..IMPOSSIBLE!~

Aku duk usyar mamat tu x wat apa..asyik duk tgk aku ja..aku pun bangun nak g lah kat dia..
WHAT!!!! AKU G KAT DIA...WAHHH..MOTIFFFF????
Aku pun bagi kat dia sehelai kertas & sebatang pen... "Excuse me sir,can u help me to fill up this form" wahh kemain lagi aku duk susun ayat.. "this is survey form"...
"Yes, sure" jawap dia ringkas...huh..
Pas dia isi form tu, dia panggil aku..dia bg semula kertas(survey form) & pen kat aku...dia hulurkan sekeping kertas keras dalam erti kata lain name card..."pls ring me when u free"..wahhh motif aku nak call dia...huh....Dah tu siap mintak numb tepon aku..
WAHHH...Macam hebat sgt.. X MUNGKIN AKU BAGI..hhahah..biarlah dtg sehensem mana pun kalau bukan warganegara MALAYSIA..x hingin aku..hahah..bukannya aku nih prasan lawa, aku tau ja yg aku nih x lawa (manis tu ada la)...tapi nk bg numb tepon kat org lain.. x akan sama sekali aku bagi...

Satg sian plak kat family aku nnt duk iklan kan lam surat khabar...pulanglah anakanda ke pangkuan keluarga...hahahhaah..^_^ ..


Nota kaki: Jangan mudah percaya pada orang yg baru d kenali..
biarpun sehensem & sekaya mana org tu.. ^_^ ...

AKU SUDAH BERTUNANG

Posted by Alrasya^Syidah


Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.


Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.
"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"
Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."
"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."
"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."
Ibu angguk perlahan.

Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang
aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."

Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.
"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

"Bila enti menikah?"
Aku tiada jawapan khusus.
"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.
"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.

"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!" Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..."
Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.
"Insyirah, jom makan!"
Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.
"Tafaddal, ana puasa."
Sahabiah juga semakin galak mengusik.
"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"
"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."

Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.
.......................................

"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."

"Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar."

"Ya Allah, tenangnya..."

"Moga Allah memberkatinya...."

Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.

Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.

Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.

Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.

Dalam sedar tidak sedar...
Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.
"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."

Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...
"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"
Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."

"Allahuakbar..." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..."

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.

"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."

** Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.**


~ Kullu nafsin za'iqatul maut ~

Maafkan aku teman

Posted by Alrasya^Syidah


Kerana dia seorang sahabat, Yang hanya manusia biasa....
Jangan diharapkan sempurna, Kerana kita juga tidak sempurna


GILA HAPPY

Posted by Alrasya^Syidah

Actually aku nih x pandai sgt pun nak karang mengarang tentang kisah diri aku pd umum, lebih2 lagi cam skrg nih..2 alam..hahah 1 alam realiti, 1 lagi alam maya..wahhhh..alam maya cam penuh mistik plak....^_^..whateverlah..

Tengahari td kat tempat keja aku asyik duk tingat nk UPDATE blog aku nih..wat keja x khusyuk..hahah..bukan MAKAN GAJI BUTA plak..aku wat ja keja cuma pikiran aku agak TING TONG (jiwa senget) sket ari nih..

Gila happy aku dapat cuti ahad lepas..selalunya aku kena keja half day tiap ari ahad, tp supervisor aku ngn baik ati bg aku cuti..mula2 wat muka ala2 koala bear (protes la konon) sbb bg cuti tnpa bertnya kat aku dulu..hahah..ingat besar sgt ka pangkat aku sampai dia nak kena tnya aku kan..whatever...sebnarnya lepas ja dia bgtau aku cuti ari ahad,semua organ2 lam bdn aku cam jantung, peparu, pankreas semua meloncat kegembiraan sbb aku d beri cuti..

Mana x epi ari sabtu MUCUK datang penang..

Tarikh: 3 July 2010
Jam kat dinding: 2am
Lokasi kejadian: Lam bilik

Pusing kiri pusing kanan..mata x nk gak pejam di tambah plak ngn perut aku yg makin memulas cam mesin basuh baju n kepala aku yang makin ting tong sbb aku ngantuk sesgt tp x leh tdoq..perut aku plak
x abis2 buat hal..di samping ati yg x sabaq2 tggu kehadiran MUCUK..
actually tiap kali mucuk nk mai penang kompom ah aku x uleh tdoq, pastu akan senyum sensorang..cam biasa ah..suka berangan..hahah..sawan apa kah itu?? dah..dah..dah..jgn duk pk @pun dok cuba suai padankan sawan yg seswai ngn aku..

Cuaca cam biasa ja..tiap kali kitaorg nk jumpa mesti cuaca jd cam nih..


   HUJAN D PAGI ARI
----------------------------->>>>>>>>>>>>>>

mungkinkah cuaca ni telah d set kan tiap kali bila kitaorg jumpa..
(berfikir sambil menongkat dagu n atas kepala ada awan2 putih d samping tanda soal) hahah..gila ah..

Tapi apa2 pun memang aku happy sesgt jumpa MUCUK ari tu..dapat mkn hingga kenyang..penuh terus ruang dalam perut aku setelah d isi ngn DOUBLE FILLET O FISH, FUNFRIES, Sedikit suapan daging MCDULUXE dari mucuk, PIZZA HUT... wahhhhh
GILA HEBAT!!!!!!...

Aktiviti yg paling aku suka...g snap PIX..wahhh..maceh too my dear cousin IZZATI sbb snap pix kitaorg..
wahhahah..dah rupa COVER NOVEL la plak..credit to IZZATI :)

Thanks to my heart of jantung pisang tanduk kambing biri-biri..MY MUCUK coz membuat ari tu terasa sgt bermkna...










cerita menyayat hati

Posted by Alrasya^Syidah

Dengan berbekal image yg aku selongkar lam google akhirnya aku memilih image lam ujan nih..heheh..agar korang semua lebih menghayati cerita yang amat menyayat hati,hempedu,limpa,peparu.. kita sesama LAYANZZZ

petang itu....

" Abg...tlg dtg umah segera, URGENT!!!!! ". Hakim baca sms sepantas kilat. Terus call balik phone Ina. Tak berjawab. Hakim cemas. Tak pernah Ina hantar sms macam tu. Hakim kelam kabut hidupkan enjin kereta. Dia risaukan kekasih tersayangnya itu. Macam-macam dalam kepalanya waktu itu.

Dia kenal Ina sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Keluarganya berjiran dengan keluarga Ina. Dari kecik mereka bermain bersama, kalau main masak-masak dia sanggup bertumbuk dengan Farok semata-mata nak jadi bapak kerana Ina mesti jadi mak. Pernah Farok cakap dia pondan sebab sentiasa bermain dengan Ina waktu Farok dan Saleh ajak main askar-askar. Dia ajak jugak Ina main askar-askar tapi Ina cakap budak pompuan mana boleh main permainan kasar-kasar macam tu. Sebab itulah dia sukakan Ina, lembut, penyayang dan penuh ciri-ciri keperempuanan.

Bila masuk sekolahpun, dia dan Ina berbasikal sama-sama ke sekolah. Walaupun Farok dan Saleh selalu kutuk bila dia tak mahu 'Racing BMX' dengan depapun dia tak kisah. Dia rela dikutuk oleh kawan-kawan daripada meninggalkan Ina kayuh basikal sorang-sorang.

Dia pernah kena belasah sampai lebam bijik mata oleh 'Husin and the gang' yang mengganggu Ina masa darjah tiga. Waktu darjah 4, bila dia mula lancar tulis baca dan tahu berpantun sikit-sikit diapun tulis surat kpd Ina "Pen merah pen biru, U baca I love U' bersama sebijik gula-gula Hacks sebagai hadiah harijadi Ina...gara-gara surat itulah dia jelingan tajam Mak Ropiah ibunya Ina yang terjumpa surat itu waktu menyemak buku sekolah Ina. Mak Ropiah memberitahu hal itu kepada ibunya, dan hasilnya dia terpaksa menadah telinga menahan leteran maknya. Nasib baik bapak tak tahu, kalau tidak naya.

Hakim gelak sorang-sorang waktu teringatkan peristiwa itu tapi fikirannya kembali cemas mengingatkan sms Ina tadi. Sudah hampir 15 kali dia cuba hubungi telefon Ina tapi masih tidak berjawab. Dia amat risau kala itu,fikirannya menelah perkara yang buruk-buruk saja. Dia risau kerana Ina tinggal seorang diri. Rakan serumah Ina, si Baizura sedang bekerja kala itu. Dia tahu, Ina kerja shift pagi tadi, Baizura kerja shift malam. Dia risau kerana panggilannya tidak berjawab. Dia risau takut-takut rumah Ina dimasuki penyamun yang memang menjadi-jadi akhir-akhir ini. Baru-baru ni, ada rumah di kawasan perumahan Ina dimasuki perompak. Dia berdoa jika rumah Ina dimasuki perompak sekalipun janganlah kekasih hatinya itu diapa-apakan, ambiklah barang apa saja yang mereka mahu asalkan Ina tidak diapa-apakan. Dia berdoa sungguh-sungguh.

Dia bercinta dengan Ina sejak darjah 6 lagi, sejak dia mengerti apa itu baligh bagi seorang laki-laki dan perempuan. Hingga sekarang mereka masih bercinta. Kasihnya pada Ina dah macam Gunung Everest, tak tergoyahkan. Jika tak ada aral melintang hujung tahun ini, (masa PERODUA cuti plant shutdown 2
minggu) keluarganya akan masuk meminang Ina. Ina akan menjadi surinya yang sah dan dia tak mahu apa-apa yang buruk terjadi kepada bakal isterinya itu.

Keretanya memecut laju memasuki kawasan perumahan Ina. Sebaik berhenti di depan rumah Ina Hakim terpa keluar dari kereta. Dia lompat pagar rendah rumah Ina. Dia terpa ke pintu sambil jerit "Ina, Ina". Dia pulas tombol pintu, pintu tak berkunci. Dia betul-betul cemas. Dia ketuk pintu bilik Ina. Dia dengar esakan Ina. Ina menangis. Hakim makin cemas. Dia ketuk lagi pintu bilik Ina sambil panggil nama Ina. Hakim tak boleh bersabar lagi, dia pulas tombol pintu bilik Ina. Juga tak berkunci. Dia masuk bilik Ina, dia tengok Ina teresak-esak atas katil. Rambut Ina kusut masai, Ina tekup muka sambil menangis.

"Ina, apa yang terjadi sayang" Hakim cuba pujuk Ina. Ina masih dalam sendu. "hu...hu..." "Ina, cakap kat abang elok-elok, apa yang dah jadi" "Hu..hu" esak ina Hakim dah tak sabar, dia dah tak peduli walau apapun yang akan keluar dari mulut Ina. Dia akan terima walau seburuk manapun berita yang akan keluar dari mulut Ina. Hakim goncang bahu Ina. "Ina,what hell is going on...tell me!!"

Suara Hakim kuat kali ini. Ina berenti menangis,

Ina tatap wajah Hakim, Ina renung mata Hakim.

MMmm "Bang,...... ..... Ina.. IInaaaa.. Ina... "katanya terhenti-henti. .

"Ina ........lapar, nak makan nasik . Duit gaji tak masuk lagi."

"Nanti cukup 27hb Dis nie, Ina bayar blk ek? Tak pun bila Ina dapat Bonus baru bayar."...

Terduduk si Hakim!
huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa





heheheheh..agak2 leh x aku wat camtu kat my mucuk.. ^_^ cam best ja..

sawan RINDU

Posted by Alrasya^Syidah

Tanya sama hati pernahkah merindu,
Tiba masa lena apa mimpimu,
Masa berjauhan apa nan dikenang,
Bila difahamkan itulah sayang.

Cam bez jgn layan lagu p.ramlee memlm cam nih..ala-ala touching gitu..So,janganlah ingat aku kena sampuk@ kena sawan tenuk tertelan nangka ker @ apa2 la..sebab mood aku untuk mengUPDATE blog nih semakin menjadi2..kena SAWAN JARI..hahah..manjang nk menaip..heheh..idea nih semakin mencurah2 sebelum banjir lebih baik aku bg empangan idea aku melimpah kat c ni kan..

Neway, few days nih aku windu sangat kat my MUCUK..mgkin sbb kitaorg jauh kowt..jauh pun bagus gak kalau dekat naik bowink plak tgk muka memasing..hahaha..n kalau dekat x dew la nk merasa RINDU.. Skrg nih aku duk counting day ja..heheh lagi sehari nk jumpa
my MUCUK..yeaaaaaaayyy^_^