RSS Feed

ku layangkan tinta di alam maya....

Posted by Alrasya^Syidah


Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.....Terpanggil aku untuk menulis sebuah tinta khasnya untuk dirimu bakal teman hidup ku..bakal tunangku..pelengkap hidupku, pembimbingku, imam kepadaku,insyaallah jika di izinkan allah..dia akan menjadi bakal suamiku.. ketua keluargaku serta bapa kepada anak-anakku nanti.., coretan tinta yg lahir dari sudut hati ini. Hanya untukmu.. Yang Allah telah jadikan aku dari tulang rusukmu..Ku panjatkan kehadrat ALLAH SWT..Syukur alhamdulillah..kerana menemukan kita..Sesuatu yang tak pernah ku duga, aku akan menjadi bakal tunang pada seorang insan yg bukannya berasal & menetap dari daerah kelahiran ku..

Bakal Tunangku,
Bersedialah untuk menerima diriku yang penuh kekurangan & kelemahan ini yang di ciptakan selayaknya dari tulang rusukmu yang bengkok. Sesungguhnya saat ini hati ini masih terus menanti. Sabar itu memberi erti. Hati ini hanya mampu berkata dalam diam. Tidak perlu mengungkapkan semua itu sekarang kerana diri ini memahami yang itu semua akan mengundang rasa yang kurang enak di dalam hati.Waktu akan terus berlalu dan saat itu akan tiba tidak lama sahaja lagi..Moga nanti diri ini akan menjadi permaisuri yang berada di dalam hati abang hingga ke akhir hayat. Dan menjadi isteri yang solehah seperti yang diidamkan tiap suami…
Sekarang aku adalah tanggungjawab ibu&bapaku sehingga aku di nikahi mu.



Bakal Suamiku,
Aku akan menjadi tanggungjawabmu, penemanmu yang setia, pelengkap segala kekuranganmu, penghias indah duniamu, mengandung & melahirkan zuriat2 mu, menjaga hartamu, maruah & nama mu. Kamulah bakal sumber syurgaku & sebaliknya akulah dosamu jika aku tidak menjalan syariat yang telah di tetapkan. Maka dengan itu, bimbinglah aku agar aku mampu menjadi sumber syurga untuk anak-anak kita.
Maafkan aku jika kau bukan yang pertama yang bertakhta di hati ini. Maafkan aku. Aku tak berniat nak membiarkan dia yang bukan untukku berada dalam hatiku. Ia datang tanpa dapat aku mengawalnya.. Maafkan aku kerana sudah tersalah memberi cinta pada orang lain, sedangkan cinta ini, hati ini hanya layak untukmu.. Hanya milikmu.. Cintailah aku agar aku menjadi wanita yg kuat di sisimu..Bimbinglah aku agar aku akan mampu tersenyum menjadi bidadari syurga, bukannya menjadi kayu api untuk membakar dirimu di neraka.

Bakal Pembimbingku..
Aku tak mengharapkan kesempurnaan darimu. Aku tak mengharapkan paras rupa sehebat nabi Yusuf, aku tak mengharapkan harta bertimbun darimu, biarlah ianya semua bersederhana. Apa yang paling penting aku harapkan ialah agamamu. Itu yang paling aku harapkan. Kelak nanti, kau yang akan membimbingku, anak-anakku menuju ke Jannah. Kau ibarat nakhoda kapal, jika nakhoda itu tak dapat mengemudi kapal dengan baik, maka akan karam kapal itu. Jika kau tak mendidik keluarga kita dengan ajaran agama sebaiknya, kelak musnahlah kehidupan anak-anak kita




My Love..
Uniknya detik perkenalan kita..Dulu,terdetik rasa takut dan gusar di dalam hati ini kerana dirimu tidak pernah kutemui...Hanya Doa' yang dititipkan setiap kali selepas solat... Moga moga kehadiranmu adalah anugerah paling bermakna di dalam hatiku...Kelihatannya lucu bagi ramai orang, bagaimana kedua insan yang belum pernah bertemu boleh bercinta. Tetapi diri ini menyerahkan sepenuhnya kepada Allah akan urusan ini. Telah kuingatkan diriku, di setiap doa' dan sujudku, seandainya dirimu adalah milikku... dekatkanlah.Jika bukan, maka jauhkanlah... tetapi ternyata perjalan urusan ini semakin dimudahkan Allah..
SYUKUR ALHAMDULILLAH...Moga keyakinan kita padaNya makin kuat dan keputusan ini bukanlah sesuatu yang silap. Yakinlah pada rasa hati abang..

Bakal Suamiku,
Doa'kan diri ini di dalam solat malammu.... Moga keyakinan kita padaNya makin kuat dan keputusan ini bukanlah sesuatu yang silap. Yakinlah pada rasa hatimu....

Jagalah iman dan amalmu, semoga waktu yang dinanti akan menjelma nanti.Banyakkanlah berdoa' dan bertawakkal pada Allah swt.Semoga terus berada di dalam redhaNya.

Aku di sini,
Aku tahu kau memerlukanku.. Dan aku juga memerlukanmu.. Aku masih menunggumu.. Sabar menanti.. Kita sama-sama memerlukan antara satu sama lain..

**Dari hati yang tulus ikhlas.. hanya untukmu..
Bakal Zaujahmu,
~Syidah Baseline~
~Syahrun Alim~

0 comments: