RSS Feed

Persoalan telah terjawap, Permasalahan telah tersingkap..Ku akur~

Posted by Alrasya^Syidah

Berbagai kesulitan yg telah ku alami kemudian hilanglah ia..
Di sana kesusahan itu pergi untuk tidak kembali lagi’..


Ku mulakan bicara ku dengan kalimah bismillahiromanirohim…assalamualaikum.. aku x tahu nak mulakan penulisan ku dari mana, sejak akhir-akhir ini kesihatan aku terganggu, adakalanya jiwa ini mengeluh kerana musibah yg menimpa padahal ada jalan keluarnya semudah membuka ikatan tapi aku sendiri tak tahu cara bg membuka ikatan itu.
Ini lah wajahku ketika aku sakit.. hmm takut benar aku untuk bertemu dgn doktor, namun ku gagahi juga untuk ke hospital.
Di dlm keramaian org yg sedang sibuk menunggu giliran untuk bertemu dgn doktor, aku terpandang seorg kanak-kanak bersama ibunya. Kasihan sguh..kanak-kanak itu tidak bermaya di atas kerusi rodanya, matanya kelihatan seperti menahan kesakitan, mgkin akibat batuk yg berpanjangan..Adakah budak itu di jangkiti penyakit H1NI?? “Ya allah, moga kau sembuhkanlah penyakit yang di alami oleh budak itu’ detik hatiku.


Aku masih setia menunggu giliran ku untuk bertemu dgn doktor..dalam hatiku d selubungi perasaan takut..yealah, aku cukup takut n cukup payah hendak ke hospital, apatah lagi untuk mkn ubat…Ahirnya tiba juga giliran ku..Aku sendiri tidak tahu kenapa sejak lebih 2 bulan bila aku hendak bernafas terasa sakit benar di dada ku, dan aku akn berasa pening.. hmmm tah la..


Ku masuki bilik doktor di temani oleh seorg jururawat. Terasa seram sejuk ja..yealah, aku takut…selepas pemeriksaan, doktor memberitahuku kmgkinan dgn keadaan cuaca yg tidak menentu d tambah pula antibody ku lemah mgkin sbb tu aku terasa sakit dada, sukar bernafas dan pening kepala. Hati ku lega mendengar butir bicara doktor itu…


Namun mgkin untuk mendapat lebih kepastian dia menulis sesuatu d kertas yg d sediakan, lalu memberikan kpd ku..Dia menyuruh aku ke bilik seterusnya..aku berfikir sejenak..kenapa pula aku kena pergi ke bilik seterusnya. Ku bertanya, ke bilik mana yg harus aku pergi..Lemah pula terasa kaki ku bila mendengar doktor memberitahuku agar aku ke bilik pemeriksaan jantung..


Tadi aku takut untuk ke hospital, lepas itu takut untuk jumpa doktor sekarang apa pula yg aku kena buat untuk ke bilik pemeriksaan jantung…Sudahlah aku tidak tahan bau ubatan2 dr hospital..hmmm..ku gagahi langkah kaki ke bilik tersebut…..

0 comments: