RSS Feed

Akan Terhasilkah sebuah cerita???

Posted by Alrasya^Syidah

aSsalamualaikum...Langkah permulaan aku dlm mengatur langkah mengalun bicara agar terhasil sebuah cerita...Tajuknya..aku sendiri belum fikirkan ia. Tapi buat waktu ini biarkan saja ku khabarkan tajuk sementaranya: BICARA CINTA..





NAZRI HAKIM…Perkenalan kita tidak di rancang menitipkan ukuhuwah sejati, namun kasih yang di semaikan tak dapat kita rasai..Ku masih ingat kata-kata darimu, di kau akan sentiasa menyayangi dan mencintaiku selagi ada kepercayaan ku buat dirimu, ku cuba sedaya upaya menunjukkan bahawa aku mencintaimu setulus hatiku, tapi pabila kepercayaan ku kian menebal, pabila kasih, rindu, sayang dan cinta ku padamu kian berputik, kau khabarkan padaku yang hubungan kita adalah 1 bebanan buat dirimu..akhirnya kau turut meninggalkan diriku dengan alasan ibumu tidak merestui perhubungan jarak jauh…




AMIR HAZIQ…Ku kenali mu hanya dengan sebaris nama,Bicara kita tanpa suara bersua kita tanpa wajah hanya melenggokkan jari menyusun kata. Pertemuan kita sekadar di alam maya hanya sekadar sebagai teman bicara tanpa ku sedari kasih ku tertumpah padamu. Bicara dengan mu membuatkan hatiku berbunga riang. Ingin sekali aku bawa mu ke alam reality ku, namun ku tidak punyai keberanian untuk membuat sedemikian kerana ku takut hatiku bakal di kecewakn lagi. Ataupun kau kan ku tinggalkan sendiri. Namun jauh di sudut hati, perasaan padamu ku kunci rapi.


AKU..Ingin sekali memesan erti dan reality, ingin membuang segala angan dan mimpi agar aku tak kan hidup dengan ilusi kerana ia akan membuatkan aku merasa sangsi. Bila ku serahkan hatiku pada insan yang aku sayangi akhirnya di pulangkan kembali hatiku dengan penuh kelukaan. Inikah yang di namakan CINTA? Sungguh aku penasaran…Dapatkah ku mengecapi nikmat cinta hingga nyawa terpisah dari jasad..


......................................................................................................................................

KRINGGGG!!!! KRINGGG!!!!!! Sha meraba-raba meja di sisi katilnya mencari jam loceng manchester united hadiah dari kawan baiknya effa. Panas hatinya bila mendengar jam itu berbunyi nyaring serta merta mematikan segala mimpi-mimpi indahnya. Terdengar pula ketukan pintu biliknya. “Sha..Ooo Sha..Bgun la..dah pukul 6.30 pg ni.” Terasa begitu berat hendak membuka mata. ‘Aduh, ada saja ganggu bila aku sedang di ulit mimpi indah’ getus hati kecilnya. “Sha bgun la, solat subuh lepas tu mandi” suara Puan Hamidah sekali lagi memecah kesunyian pagi. “Ia mama, sha dah bgun ni”.Dengan langkah yang lemah sha mengambil tuala dan berlalu ke bilik air. Selesai mandi tanpa melengahkan masa terus dia menunaikan solat subuh.



TOKKK!TOKKKK! “Sha..dah sudah ka?Awat lama sangat, duk wat apa dalam bilik tu lama-lama? Keluar sarapan sekejap lagi Effa datang” . Pintu bilik di buka dari dalam. “Mama, masuk la. Sha tengah cari baju untuk pakai g keja la..Dah tak tahu nak pakai baju apa ni” getus Sha kepada mamanya. “Eh, nak pilih apa lagi, baju tu punya lah banyak dalam almari, sampai tak muat almari tu mama tengok”.


“ Baju memang banyak mama, tapi sha tak tahu nak pkai yg mna 1 hari ni.. mama bagi la cadangan yea” satu kucupan mesra singgah di pipi Pn. Faridah. Pn. Faridah sudah masak benar dengan telatah anak bongsunya itu. Sehelai baju kurung berwarna hijau di keluarkan dari almari, “Sha pakai baju ni mama suka tengok anak mama pkai baju kurung”


“Ok thanks mama” kejap yea sha nak bersiap nanti kalau effa datang suruh dia sarapan dulu yea.


Di dapur kedengaran suara Pn. Faridah melayan karenah effa.


“Eh, effa lama dah ka kau sampai”


“Dah dekat 2 tahun aku tggu ko kat dapur ni sha oi”, usik si effa.


“Sorry beb, jum ah kita g nanti lewat lak sangkut traffic jem, Mama sha g dulu yea.” Seperti selalu sha tak pernah lupa mencium tangan ibu tercintanya sebelum melangkah keluar dari rumah. Bagi dirinya Pn. Faridah adalah segala-segalanya dalam hidupnya.


………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………






Sha membaca sekali lagi laporan bulanan yang baru di siapkannya untuk di hantar ke bilik bosnya. Selepas meneliti siap laporan yang di siapkannya dia menarik nafas lega. Dia begitu teliti dalam melaksnakan tugas yang telah di amanahkan kepadanya.


“Oi, sha..apa yang kau tengah menungkan tu? Semacam ja aku tengok kau ni. Teringat si Nazri lagi ke?” suara Effa memecah kesunyian. “Jum keluar lunch, perut aku dah mengalunkan lagu rock metal ni Sha.” Seloroh effa.


“Eh, aku mengelamun ka? Tak sedar plak aku..heheheh..” Sha tersengih menunjukkan sebaris giginya yang begitu bersih di tambah pula dengan sepasang lesung pipit menghiasi kedua-dua pipinya menyerlahkan lagi keayuan di wajahnya.


“Kau pehal Sha? Sejak ko break off ngn Nazri aku tengok kau selalu termenung. Sudahla tu, mgkin dah x ada jodoh antara kau dan dia. Tapi kan sha, aku berpendapat yang ibu Nazri tu berfikiran kolot la. Takkan la di sebabkan kau duduk di penang dan dia duduk di pahang terus ibu dia tak setuju dengan pilihan hati dia kan?Lg pun masa bcinta sebelum ni ayat penuh jiwang-jiwang..selagi jantung berdenyut kau milik ku lah..selagi masa bgnti masa la..tah apa-apa lg...eeee..geram sungguh aku”


“Tah la Effa, bgi kau senang la cakap lupakan tapi bg aku susah nak lupakan . Aku tak salahkan ibu dia, mgkin ada rahmat di sebalik perpisahan ini Effa”Sha bersuara sayu.


“Sebab ni la yang aku kagum dengan kau Sha. Kau tak pernah simpan dendam malah kau selalu mengalah. Ishkkk, kalau aku la peduli apa ibu dia suka atau x yang penting aku dapat miliki apa yang aku nak” seloroh Effa dengan nada protes.


“Sudahla Effa malas aku nak fikirkan. Jom, tadi kau kata laparkan so lets go for having lunch”.


“Jom"


………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….






Fail di tangan ku letakkan di atas meja. Aku berkira-kira agar menbuat semakan fail itu sekejap lagi kerana aku telah meyiapkan semua kertas kerja yang lain terlebih dahulu. “Aduh, rindunya pada teman-temanku”, getus hati kecil ku. Mataku tajam memandang skrin komputer, dan dengan pantas ku menaip ruangan sembang yang aku huni sejak 1 tahun lalu.


BaselineHeart..login


“Wah ramai juga kawan-kawan ku yang masih online..” getus ku..


BaselineHeart : Assalamualaikum semua..rancaknya sembang apa topik hari ni.


Ieja: Wslm Base..lama kau x online kau g mna?


Chipsmore: Yealah Base, ko g mna? Aku rindu sangat kat kau.


BaslineHeart: Aku sibuk sikit sejak akhir-akhir ni la..thanks ya sbb korang still ingat n rindukan aku.


Di skrin komputer aku lihat ada satu nick name yang tak pernah aku kenali sepanjang aku berada di ruangan sembang, dan sedang aku rancak berbual dengan kawan-kawan ku di laman sembang MiRc, nick itu telah menghantar pesanan untuk berbual dengan ku di P2P iaitu Private to Person. Ini bermakna dia ingin chat dengan ku sahaja.

Mr.Berry: Assalamualaikum BaselineHeart. Salam perkenalan. Nampaknya awak begitu di kenali di sini.


BaselineHeart: Wslm. Salam pekenalan. Saya kenal awak ke atau awak kenal sy ke? Sy tak pernah nampak nick awak sblum ni?

Mr. Berry: Sy masih baru di sini, chat sekadar suka2 di samping mencari kegembiraan yang telah hilang dalam diri sy.


BaselineHeart: Ark..bunyi cam siyes ja wak..story la”


Mr. Berry: Aku mencari makna CINTA dlm sebuah kehidupan namun ku temui hati ku yang terluka..Aku mencari CINTA dlm tinta seorg pujangga dan akhirnya ku temui CINTA yg penuh rahsia


‘Aik, bermadah pula mamat ni, kenapa yea dengan dia.’ Getus hatiku.

BaselineHeart: Pandai awak mengarang puisi tapi di sebalik puisi tadi ada mksd tersirat kan? So if u don’t mind may I knw ur probs?

Mr. Berry: Tak apa lah wak, maybe next time. I have to go now. Hopefully kita akan chat lg pas ni.


BaselineHeart: Awak nak g mna? Nama awak? Umur awak?


Mr. Berry: Ada hal sikit. Sy akan beritahu kemudian yea Shafrina Hani
Meranti has sign out from this room


Uit..sapa plak yang inform nama aku kat mamat ni??? Alamak, dah pukul 4.30 la..aku blum semak lagi fail yg En. Fizie td. Dengan pantas ku bawa kurso tetikus ke tanda signout yang tertera di skrin. Aku kembali menyambung kerja ku.






…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………


Satu cubitan hinggap di pipi kanan milik Sha..”Aduh” Jerit Sha. Di lihatnya tuan punya tangan yang mencubit pipi nya. “Mama, napa cubit Sha”, dia bersuara dengan nada yang manja.


“Mama tengok dari tadi lg jauh benar anak mama mengelamun. Dah sampai mana kamu mengelamun ni?”


“Ark? Yeaka Sha mengelamun? Tak perasaan pula.” Sha cuba berpura-pura tidak tahu. Padahal betapa jauh perjalanan fikirannya sebentar tadi.


“Apa yg Sha fikirkan?Cuba beritahu mama” Tanya Pn. Faridah merenung wajah satu2nya ank tunggal perkongsian kasih antara dirinya dengan suami tercinta En. Azam. En Azam ayah kepada Shafrina yang sudah lebih 5 tahun meninggal dunia akibat serangan jantung berlubang. Anaknya itu lah racun dan madu bg dirinya, bertapa kasih dan sayangnya dia pada Sha.


“Tak ada apa-apalah mama. Mama, Sha masuk bilik dulu yea, mengantuk benar pula rasanya. Mama jangan tidur lewat tau.” Lalu di kucupnya pipi Pn. Faridah dengan penuh mesra.


Di dalam bilik, Sha merenung bungkusan ubat yang di berikan oleh jururawat sebelum dia meninggalkan ruangan klinik. Terngiang-ngiang tiap butir bicara dari doctor yang memeriksanya.


Semasa hendak pulang dari pejabatnya petang tadi, terasa sakit benar kepala. Akibat tidak tahan menanggung kesakitan, Sha singgah dahulu di klinik Aman.


Di capainya bungkusan ubat, lalu dia mengeluarkan 2 biji ubat, di capai nya gelas berisi air. “Cik Shafrina Hani, sy sarankan agar Cik mengikuti jadual fisoterapi yang telah di sarankan dengan teratur agar kesihatan CiK Shafrina  lebih terjamin. Sy x nak berlaku sebarang kesulitan terhadap Cik Shafrina, kami sedang sedaya upaya melaukakn yang terbaik.” itulah kata dari Doktor Ismadi. Kata-kata itu masih terngiang di telinganya. Akhirnya dia terlena.

 ..............................................................................................................................................................

6 comments:

  1. ai_qirana

    hye dear..bila nak continue story ni...?? lame dah tergantung:P..n lame dah menanti kisah seterusnyer...

  1. Alrasya^Syidah

    owh..mengikuti kisah ini kew???bz sesgt smpai x dew masa nk update untuk kisah itu...insyaallah aku d update kan..~

  1. ai_qirana

    okey...i'm waiting~

  1. Alrasya^Syidah

    insyaallah pas exam bulan 11 nih cuba mencari ilham untuk menyambung kisah yg tertunda tu..but i thinks the ending lmbt g..sbb....sbb....hmmmmm^_^

  1. ღ Alya McFlurry ღ

    kak mucuk!
    huehueheuhe...cite tu cm ade kaitan ngn diri sndri jerk?
    anyway oke laa.. ^_^

  1. Alrasya^Syidah

    arks alya..ok la??/huh..will improve it..baru sikit..~_~ hey, why u said "cam ade kaitan ngn diri sendri'