RSS Feed

Doaku untuk seorg lelaki...

Posted by Alrasya^Syidah


Ya Rabbi

Aku berdoa untuk seorang lelaki

Yang akan menjadi sebahagian dariku

Seorang lelaki yang sungguh mencintaiMu lebih dari segala sesuatu

Seorang lelaki yang akan meletakkanku di hatinya

Seorang lelaki yang hidup bukan untuk dirinya sendiri

Tetapi untukMu

Seorang lelaki yang mempunyai sekeping hati

Yang sungguh mencintai dan dahaga akan Engkau

Dan memiliki keinginan untuk menauladani sifat-sifat agungMu

Seorang lelaki yang mengetahui bagi siapa

Dan untuk apa dia hidup sehingga hidupnya tidaklah sia-sia
Seorang lelaki yang memiliki hati
Yang bijak bukan sekadar otak yang cerdas
Seorang lelaki yang tidak hanya mencintaiku
Tetapi juga menghormatiku
Seorang lelaki yang tidak hanya memujaku
Tetapi dapat menasihatiku ketika aku berbuat salah

Seorang lelaki yang mencintaiku

Bukan kerana kecantikanku tetapi juga kerana hatiku

Seorang lelaki yang dapat menjadi sahabat terbaikku

Dalam tiap waktu dan situasi

Seorang lelaki yang dapat membuatku

Berasa sebagai seorang wanita ketika berada di sisinya

Seorang lelaki yang memerlukan sokonganku sebagai peneguhnya

Seorang lelaki yang memerlukan doaku untuk kehidupannya

Seorang lelaki yang memerlukan senyumanku untuk mengatasi kesedihannya

Sesungguhnya aku amat menyayanginya
Amat menyintai dirinya
Seorang lelaki yang diciptakan untuk membahagiakanku...


0 comments: