RSS Feed

saat bibir mengukir senyuman palsu..hanya hati yg tahu

Posted by Alrasya^Syidah

Agak lama aku tak bertandang di ruanganku ini, masa membatasi segala2nya semuanya berlalu dengan pantas. Tahun 2010, bererti usia ku makin meningkat..22 tahun..Aku mengharapkn agar tahun nih membawa kebahagiaan yg berpanjangan buat diri ku..tapi entah mengapa malam ni hati aku rasa hiba sgt..Selesai menunaikan solat hajat, hati ku sedikit tenang berbanding sebelumnya...Ia benarlah jika hati yg luka..jika hati yg hiba..jika hati yg sedih pabila di serahkn pada allah, insyaallah akn di pulangkn hati ini dengan rasa tenang. Terima kasih ya tuhanku...
Sejak akhir-akhir ni aku rasa senyuman yg terukir di bibir ini palsu semata-mata sekadar mengaburi mata yg memandang..sekadar menutup segala kedukaan..menutup segala kesulitan yg terbelenggu di kotak fikiran ni. Badan terasa lemah sekali. Terasa seperti ruh disedut oleh perkara-perkara dunia. Tidur tidak cukup.Sukar untuk aku kongsi ngn sesiapa pun meskipun dengan bonda ku..maafkan adik mak, sbb x mampu tahan air mata adik malam tu, dan adik mintak maaf sbb x jawap pertanyaan mak kenapa adik menangis.. Adik x mampu ceritakannya....Biar adik mengadu pada yg eSa.. sbb adik tahu hanya~DIA yg mampu menolong adik...hnya DIA yg mampu menujukan jalan penyelesaiannya...hanya DIA yg mampu mendamaikan hati ku ini.

Mungkin ini adalah ujian dari aLLah buat diri ku. Hendak menguji keyakinan diri padaNya..Jiwa ini tidak boleh dikosongkan dan anggota tidak boleh didiamkan.Jika tidak diajar dengan perkara-perkara besar, jiwa dan anggota akan terdorong kepada perkara-perkara kecil dan melalaikan.




Ajarilah jiwamu untuk terbang tinggi, supaya ia akan benci kepada perkara yang rendah nilainya. Didiklah dirimu dengan perkara agung supaya ia bencikan hal remeh-temeh



(As-syahid Dr. Abdullah Azam)
Ya Allah, biarlah jiwaku terbang setinggi-tingginya hingga bertemu dengan kasih sayangMu...

0 comments: