RSS Feed

mak...adik syg sgt mak....

Posted by Alrasya^Syidah

Bila dahaga, yang susukan aku.... mak 
Bila lapar, yang suapkan aku.... mak 
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak 
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak
 Bila bangun tidur, aku cari.... mak 
Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak 
Bila nak bermanja, aku dekati.... mak 
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak 
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak 
Bila nakal, yang memarahi aku.... mak 
Bila merajuk, yang memujukku cuma.... mak 
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak 
Bila takut, yang tenangkan aku.... mak 
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak 
Aku selalu teringatkan .... mak 
Bila sedih, aku mesti talipon.... mak 
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak 
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak 
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak 
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak 
Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak 
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak 
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak 
Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak 
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak 
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak 
Yang selalu berleter kat aku... mak 
Yang selalu puji aku.... mak 
Yang selalu nasihat aku.... mak 
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak
Bila lepas kahwin orang yang paling sedih...mak.. sbb aku akan tgalkan dia...


Hmmm..entah knapa, berat hati aku nak tgalkan mak..Selama ni aku x pernah berjauhan dgn mak..aku tahu mak sedih..
Mak..adik pun sedih..sbb lepas nih ada x dgr lagi suara mak tiap pagi panggil adik bangun pagi..adik x dgr lagi suara mak ajaq adik teman mak g jalan2..
Subhanallah..saat nih..aku sgt2 merindui family aku kat penang terutaman sekali mak..
Mak..jaga diri bebaik..nanti adik balik lagi....

CINTA SEMESTINYA MEMILIKI...

Posted by Alrasya^Syidah


Pergh..agak bersawang blog aku....Seperti biasa kesibukkan membatasi..dan seperti biasa aku akan bertandang kat sini kalau ada sesuatu yang bersarang di benak fikiran aku..dengan meluahkan di sini aku dapat memberi ruang untuk kotak fikiran aku untuk kembali tenang..

Entri aku kali nih..seperti yang telah di nyatakan di atas..hmmm..CINTA SEMESTINYA MEMILIKI..sebelum nih aku hnya kerap kali mendengar dan skrg aku plak yang alami..Besar sungguh dugaan buat aku..Hmmm..aku x mampu nak mencoret lagi..entah knpa..

Perancangan allah lebih baik daripada perancangan kita..kita tetap akan jd kawan untuk selamanya.. 




Menghitung hari ^_____^

Posted by Alrasya^Syidah

 Assalamualaikum...agak berkurun dan berabad aku x menjengah apatah lagi lalu lalang kat laman maya aku nih..kesibukkan membatasi segalanya hingga aku terlupa akan laman yang ku bina ini..cewahhh ayat..heheh..

Actually apa yg aku nak kongsikan d c ni adalah saat menghitung hari..Menghitung detik demi detik yang berlalu sebelum diri ini bertukar status..bermacam perasaan berperang di dalam benak fikiran..syukur yang tak terhingga kepada ilahi kerana limpah rahmat nyer kepada aku..aku akan bergelar isteri tidak lama lagi..


untuk itu apabila aku muhasabah diri..memang bayak kekurangan yang ada pada diri aku ni..aku perlukan seorang suami untuk melengkap kan segala kekurangan diri aku..ketahuilah diriku ini banyak kekurangan..jgn lah penat untuk memenuhi kekurangan ini..
Dia Cinta Hatiku..Syahrun Alim bin Hali..

i'm NOT single..^_^

Posted by Alrasya^Syidah



Tanggal 9 Oct 2010 tepat jam 3.00petang (bajet cam tgk jam ja waktu tu..hahah)..aku sudah pun menjadi tunangan org....story sikit sebelum jam 3petang tu apa yg berlaku..~_________~
Awal2 pagi dah bangun,hahah..kalau x jangan harapla nak bangun awal pas smbhyg subuh terus sambung tidoq,tapi d sebabkan rasa XCITED bercampur NERVOUSE,aku dah x terasa nak tidoq pas smbyg subuh..

Jam dah hampir kul 11am tapi batang idung org nak makeup aku pun x nampak g..huh..bikin hangin ja..janji kui 10.30...makcik2 aku ada yg dah bertandang kat umah aku..adesss..aku masih g berseluar track ngn tshirt..camna nih...agak stress gak la waktu tu...pas seploh minit org tu pun dtg..bwk la barang2 makeup dia..lam ati aku duk berdoa..apa la yg nak jadi ngn muka aku nnt..harap2 jgn la jadi cam wayang cina..adess.
Hampir 1 jam gak la dia makeover kan diri aku nih....dan akhirnya TAARAAA...siap.. terkesima aku tgk perubahan aku..aku kah ini..hahah..pas ucapan MACEH kat org tu dia pun angkat kaki dari umah aku..

Tunggu punya tunggu datang gak rombongan pihak lelaki..jenuh gak la duk tggu..berpeluh jugak la aku menanti..huh..Perghh...terasa diri ini cam artis POPULAR beb..sinaran flash camera banyak..nasib baik dyaorg  x bwk pen n kertas suruh aku sign..kalau x memg dah tangkap feeling yg aku nih artis popular..hahah..memang syok gila ah..tapi kena cover gak..*__*cover ayu..hikhik..

Sesi membatalkan air sembyg..opss..sesi meyarungkan cincin pun bermula...perghh menggigil tangan..bukan tgn aku yg gigil tapi tgn bakal kak ipar aku yg gigil masa sarungkan cincin kat aku..heheheh..Mungkin dia pun terasa aura nervouse kot...Terasa sebak bila jari aku di sarungkan cincin..aku dah jadi tunangan org..buat yg masih duk menunggu aku tu..hahha...
SORRY I'M NOT SINGLE ^___^..

Tetiba ja aku makin nervouse..nak senyum pun dah terasa kekok..hahah..lenguh mulut2 nak senyum sbb bnyk sgt senyum untuk dyaorg snap pic..adess..terasa semakin nervouse bila nampak en.Nunang bwk bunga..hahah..itu pun setelah sesi paksa-memaksa dari aku..hahah..*__^ noty kah aku??? biar aku sendiri yg jawap..." X " ^__^ nak gak merasa suasana romantika de amour..

Anyway...sangat2 happy on that day...gila happy

ku layangkan tinta di alam maya....

Posted by Alrasya^Syidah


Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.....Terpanggil aku untuk menulis sebuah tinta khasnya untuk dirimu bakal teman hidup ku..bakal tunangku..pelengkap hidupku, pembimbingku, imam kepadaku,insyaallah jika di izinkan allah..dia akan menjadi bakal suamiku.. ketua keluargaku serta bapa kepada anak-anakku nanti.., coretan tinta yg lahir dari sudut hati ini. Hanya untukmu.. Yang Allah telah jadikan aku dari tulang rusukmu..Ku panjatkan kehadrat ALLAH SWT..Syukur alhamdulillah..kerana menemukan kita..Sesuatu yang tak pernah ku duga, aku akan menjadi bakal tunang pada seorang insan yg bukannya berasal & menetap dari daerah kelahiran ku..

Bakal Tunangku,
Bersedialah untuk menerima diriku yang penuh kekurangan & kelemahan ini yang di ciptakan selayaknya dari tulang rusukmu yang bengkok. Sesungguhnya saat ini hati ini masih terus menanti. Sabar itu memberi erti. Hati ini hanya mampu berkata dalam diam. Tidak perlu mengungkapkan semua itu sekarang kerana diri ini memahami yang itu semua akan mengundang rasa yang kurang enak di dalam hati.Waktu akan terus berlalu dan saat itu akan tiba tidak lama sahaja lagi..Moga nanti diri ini akan menjadi permaisuri yang berada di dalam hati abang hingga ke akhir hayat. Dan menjadi isteri yang solehah seperti yang diidamkan tiap suami…
Sekarang aku adalah tanggungjawab ibu&bapaku sehingga aku di nikahi mu.



Bakal Suamiku,
Aku akan menjadi tanggungjawabmu, penemanmu yang setia, pelengkap segala kekuranganmu, penghias indah duniamu, mengandung & melahirkan zuriat2 mu, menjaga hartamu, maruah & nama mu. Kamulah bakal sumber syurgaku & sebaliknya akulah dosamu jika aku tidak menjalan syariat yang telah di tetapkan. Maka dengan itu, bimbinglah aku agar aku mampu menjadi sumber syurga untuk anak-anak kita.
Maafkan aku jika kau bukan yang pertama yang bertakhta di hati ini. Maafkan aku. Aku tak berniat nak membiarkan dia yang bukan untukku berada dalam hatiku. Ia datang tanpa dapat aku mengawalnya.. Maafkan aku kerana sudah tersalah memberi cinta pada orang lain, sedangkan cinta ini, hati ini hanya layak untukmu.. Hanya milikmu.. Cintailah aku agar aku menjadi wanita yg kuat di sisimu..Bimbinglah aku agar aku akan mampu tersenyum menjadi bidadari syurga, bukannya menjadi kayu api untuk membakar dirimu di neraka.

Bakal Pembimbingku..
Aku tak mengharapkan kesempurnaan darimu. Aku tak mengharapkan paras rupa sehebat nabi Yusuf, aku tak mengharapkan harta bertimbun darimu, biarlah ianya semua bersederhana. Apa yang paling penting aku harapkan ialah agamamu. Itu yang paling aku harapkan. Kelak nanti, kau yang akan membimbingku, anak-anakku menuju ke Jannah. Kau ibarat nakhoda kapal, jika nakhoda itu tak dapat mengemudi kapal dengan baik, maka akan karam kapal itu. Jika kau tak mendidik keluarga kita dengan ajaran agama sebaiknya, kelak musnahlah kehidupan anak-anak kita




My Love..
Uniknya detik perkenalan kita..Dulu,terdetik rasa takut dan gusar di dalam hati ini kerana dirimu tidak pernah kutemui...Hanya Doa' yang dititipkan setiap kali selepas solat... Moga moga kehadiranmu adalah anugerah paling bermakna di dalam hatiku...Kelihatannya lucu bagi ramai orang, bagaimana kedua insan yang belum pernah bertemu boleh bercinta. Tetapi diri ini menyerahkan sepenuhnya kepada Allah akan urusan ini. Telah kuingatkan diriku, di setiap doa' dan sujudku, seandainya dirimu adalah milikku... dekatkanlah.Jika bukan, maka jauhkanlah... tetapi ternyata perjalan urusan ini semakin dimudahkan Allah..
SYUKUR ALHAMDULILLAH...Moga keyakinan kita padaNya makin kuat dan keputusan ini bukanlah sesuatu yang silap. Yakinlah pada rasa hati abang..

Bakal Suamiku,
Doa'kan diri ini di dalam solat malammu.... Moga keyakinan kita padaNya makin kuat dan keputusan ini bukanlah sesuatu yang silap. Yakinlah pada rasa hatimu....

Jagalah iman dan amalmu, semoga waktu yang dinanti akan menjelma nanti.Banyakkanlah berdoa' dan bertawakkal pada Allah swt.Semoga terus berada di dalam redhaNya.

Aku di sini,
Aku tahu kau memerlukanku.. Dan aku juga memerlukanmu.. Aku masih menunggumu.. Sabar menanti.. Kita sama-sama memerlukan antara satu sama lain..

**Dari hati yang tulus ikhlas.. hanya untukmu..
Bakal Zaujahmu,
~Syidah Baseline~
~Syahrun Alim~

mcm kena ja ngn aku..huh..heheh

Posted by Alrasya^Syidah

Bila kita keluar lepak sama sama
Lelaki lain senyum kat ayang, abang rileks tadak apa apa
Memang jeles tu ada tapi abang tetap bangga
Maklum la, marka lawa semua orang dok senyum dan perhati saja

Tapi tatkala kita lepak lepak berdua
Abang senyum kat pompuan lain, ayang dah naik murka
Mula mengata abang gatal, itu ini tak sedar diri la
Padahal senyum tu kan satu sedekah, salah ka abang buat pahala?
Semasa kita keluar makan berdua
Lelaki lain meja sebelah, dengan ayang dia cuba bermain mata
Abang cool dan steady makan pun rileks saja
Takat bermain mata, tadak gugat apa apanya

Tapi semasa kita berdua tengah makan
Abang terkenyit mata kat pompuan sebelah, ayang dah hempuk pinggan
Mula la mengata abang itu ini memang dasar jantan
Padahal mata abang masuk habuk, ayang langsung tak kesian

Bila kita keluar minum berdua
Tepon ayang SMS masuk bertalu talu, abang langsung apa tak kata
Memang la tensen, tapi abang pikir benda baik dan positif saja
Mungkin ada hal penting yang ada orang nak tanya

Tapi sewaktu kita dok minum berdua
Tepon abang SMS masuk, ayang dah masam mencuka
Mula dok sibuk tanya sapa la, nak apa la
Padahal SMS tu cuma notis dari servis provider saja

Bila kita dok borak kat telefon malam malam berdua
Ayang cerita itu ini, abang dengar dan kata OK saja
Dan bila kita dok borak malam malam kat tepon lama lama
Abang pun bukan kemain buka macam macam cerita
Tapi kadang kadang abang heran awat ayang diam saja
Alehaiii....rupa rupanya ayang dah membuta

Tapi walau apa pun yang ayang kata
Abang sikit tak amik hati punya
Walau kadang kadang perangai ayang buat abang gila
Buat masa ni, dalam hati abang cuma ayang yang ada

Tapi kalau pompuan lain nak kat abang pula
Ha! Ha! Ha! Babai ayang...!! Baru padan muka
Opss!!! Abang cuma melawak gurau gurau saja
Please laa...jangan merajuk lama lama..


sekali teringat plak...^_^

Posted by Alrasya^Syidah

Tangisan sanubari telah terhenti
Kala suram suria memancar sinarnya
Pertemuan seindah bayangan firdausi
Menjadi zikir kasih yang suci

Lukisan dua jiwa menjadi satu
Terkenang detik bertemunya kau dan aku
Santun berhikmah mengingatkan diri
Hidup dan mati hanya untuk Ilahi

Mengenggam janji cinta ini
Bertemu kasih tanpa jasad
Bicara tanpa suara
Hanya tulisan bahasa indah

Mengeratkan antara kita
Hinggalah ke akhirnya
Kau ku sanjung kerna pengorbanan
Bagai puteri di kayangan

Tika ku lesu hadapi hidup
Kau hembuskan nafas semangat
Penawar hati

nota kaki: tetiba ja tingat pertemuan antara aku & mucuk..