RSS Feed

sambungan daripada kisah- BICARA CINTA

Posted by Alrasya^Syidah





Sayup-sayup kedengaran suara bilal mengalunkan azan, mengejutkan tidur sya. Dia bgun lalu mengerjakan solat subuh. Sesibuk mana pun  tanggungjawabnya dengan allah sentiasa di laksanakannya. Usai solat subuh, sha terus mengapai al-quran hadiah dari ayah ketika dia mula2 mengaji al-quran ketika  kecil. Sejurus kemudian dia alunkan ayat-ayat suci itu..terasa tenang dan damai..Di luar jelas kedengaran bunyi dentuman guruh menandakan hujan akn membasahi bumi.


Slesai shja mengaji al-quran, sha tebarkan pandangannya ke luar jendela..kelihatan hujan mulai turun dengan lebatnya. Sungguh pun kehadiran hujan nmpk melecehkan namun bgus juga kpd sang awan bg melepaskan bebanannya, dan mengembirakan hati sang katak yang tidak putus memanggil sang hujan. Fikirannya jauh melayang mengenangakan apa yang di beritahu oleh doktor semalam..Namun dalam dia redha andai itu yang di takdirkan untuk dirinya.


Dentuman guruh mengejutkan dirinya dari terus mengelamun..'Tokkk...tokkkk..tokkk...sya...bgun syang"
kedengaran suara Pn. Faridah.


"Yea mama,sha dah bgun..dah solat juga'


"Sha, jum sarapan. Hari ni mama masak bihun goreng special, jum turun syg."


"Yea nanti sya turun yea".


Di capai handphone miliknya, "Ha...sudah jam 8.30a.m, lama benar aku aku mengelamun tadi.."getus sya.
Terpapar " 1 Message reveive" di skrin handphone, lalu di tekannya open..


Assalamualaikum...Maaf menganggu pagi mu dgn kehadiran msg yg x d undang ini..salam pershbatan ku hulurkan moga di sambut penuh keikhlasan" dari: Mr. Berry


"Eh, siapa pula Mr.Berry ni pagi2 sudah hantar msg..mgkin penghuni Kc" getus hati kecilnya.


Wa'alaikummusalam..Salam persahabatan yang di hulurkan ku sambut ia penuh keikhlasan, moga ukhuwahfillah ini di limpahi dengan rahmat dari~Nya. Maafkan sy awk penghuni Kc tempoh hari ke?


Di tekannya butang sent.. tidak smpai 5 minit hpnya kembali berdering.



"Yea saya..sy tahu pasti awk tertnya dr mana sy dpt nombor awak..Bila tiba masanya saya pasti akn beritahu awak".

...........................................................................................................


Persahabtan di antara Sha dengan Mr. Berry berjalan dengan lancar meskipun dia hanya mengenali anak muda itu dengan panggilan Mr. Berry. Bukan dia tidak bertanyakan nama, namun kata anak muda itu belum tiba masanya. Menjalinkan persahabatan dengan Mr. Berry, kehidupannya seakan berubah, di penuhi dengan gelak tawa dan ketenangan, makah dia juga mampu melupakan kekasih hati yg suatu ketika dahulu amat di sayanginya, Nazri Hakim.

Ada juga terdetik di hatinya bilakah pertemuan di antara dirinya dan Mr. Berry akan tiba, namun pertanyaan itu tidak pernah di luahkan pada anak muda.

"Sha, sampai bila korang hanya asyik berhubung melalui telefon dan ruangan sembang kC shja?? Kenapa tak jumpa yea? Rasanya dah masuk 5 bulan korang kenal kan?" pertanyaan Effa mematikan lamunanku dari meningati insan yang mula bertaktah di hati ini..Ahhh.bertaktah, ada-ada shja aku ni mana tahu dia sudah berpunya. Dalam tidak sedar rupanya sudah mencecah 5 bulan pershbatan antara aku dan dia.
Pertanyaan Effa hanya di balas dengan senyuman.

Hubungan Sha dengan kawan-kawan maya bertambah akrab, apatah lagi dengan Ieja teman baiknya di ruangan sembang kC. Pada Ieja dia merisik siapakah Mr. Berry yang serba tahu tentang dirinya.. Kata Ieja mgkin Mr. Berry sudah lama memerhatikan setiap kali aku berada di ruangkan sembang itu.
Deringan lagu Akan Tiba yang di popularkan oleh penyanyi Alif Satar kedengaran. Telefon bimbit di sebelah keyboard di capainya. Senyum mekar di bibirnya.

"Buah hati Mr Rebina Berry telefonlah tu" Effa tersenyum lebar.

"Hello, Assalamualaikum." kedengaran suara garau di hujung talian.

"Ark..Yea, Wa'alaikumusalam, kenapa yea awak call sy waktu keja mcm ni? Ada hal penting ke?" Ahh banyak pula pertanyaan aku, bukankah aku sentiasa menanti dan menunggu panggilannya.

"Hani busy ke? Maafkan saya kerna menganggu. Saya sekadar ingin bertnya,hmmm..." terdengar helaan nafas milik lelaki yang sudah pun mencuri hatinya.

"Tanya la, kenapa yea?"

"Jika sya sudi hujung bulan ini, sy akn turun Penang nak berjumpa dengan Sya. Sudi ke berjumpa dengan saya? Sampai bila kan kita nak berhubungan dalam ruangan chitchatroom dan di telefon."

" HA!!! JUMPA!!!" sya seakan menjerit kerana terkejut. Effa yang berada di sebelah turut bersorak keriangan. Rakan-rakan pejabat, menoleh ke arah dirinya dan juga effa.

"Kenapa, Sya x sudi jumpa saya tak mengapa".suara garau itu kembali bersuara dengan nada yang seakan-akan merajuk.

"Jumpa, yea boleh tapi kenapa awak kata "turun Penang" awk tingga dimana?" pertanyaan yg selama ini aku sering persoalan kpdnya aku ajukan sekali lagi. Terdengar gelak halus yang membuatkan jantungku makin berdengup kencang.

" Sebenarnya saya berasal dari Selangor dan sekarang menetap di Selangor, sy akn turun Penang hujung bulan ini atas urusan kerja dan di samping itu ingin berjumpa dengan Sya".

Jauhnya Selangor, mcm mana la aku boleh kenal ngn org Selangor ni..ku fikirkan dia org Utara. Ngomel hati ku sendirian.

"Hellooo...Hani..Are u still there dear?"

Aku terpaku lagi. Gulp! Biar betul apa yang aku dengar ni. DEAR??? Sudahlah dia satu2nya lelaki yang memanggil aku hani..sepolah-olah honey pula..aku tersenyum.

"Baiklah kita jumpa hujung bulan ini yea, nanti ape2 bgtahu sya. Ada report yang nak kena siapkan ni" aku kembali bersuara.

"Betul ke??? Trima kasih sbb nak jumpa juga ngn saya. Ok..Have a nice day dear..Assalamualaikum."suaranya kembali ceria.

"Wa'alaikumusalam."  Talian di putuskan. Wajahnya yang ceria bertukar menjadi murung, kepala terasa sakit dan berpinar..semuanya kelihatan berpusing..samar..kabur.suara effa kedengaran sayup di cuping telinga, suasana di saat itu seakan menjadi kalut dan akhirnya pandangannya gelap.


..................................................................................................................................................................

                                                       


Matanya di buka dengan penuh kepayahan, sayup-sayup kedengaran suara tangisan..

"Sha, anak mama".. bisik Pn Faridah sambil mengelus lembut rambut puteri kesayangannya itu.

"Mama, Sha ada di mana, kepala Sha sakit mama" begitu lemah suaranya.

"Syg, ada di hospital..Syg pengsan masa di pejabat pg td.." suara Pn. Faridah lirih bercampur dengan sisa tangisannya.

"Kenapa mama menangis??? Sya belum mati lg mama." suaranya makin lemah.

" Syg kenapa syg merahsiakn penyakit syg selama ini dr mama? Kenapa syg tanggung bebanan ini seorg diri?"
"Hmm..mama dah tahu yea? Maafkan sya mama sya tak nak mama sedih..Sya nak mama bhgia."

Perbualan dia beranak itu terhenti dengan kehadiran doktor Ismadi.

"Hai Nur Shafrina Hani, bagaimana kesihatan kamu? Kenapa bersedih?"

"Mcm yg doktor tgk..hmmm berapa lama lg sy boleh hidup doktor" perttanyaannya diiringi dengan air mata, begitu juga dengan Pn. Faridah yang mendengar pertanyaan puteri kesayangannya.

"Shafrina, sebelum ini awak sudah berjanji dengan sy untuk menjalani rawatan fison tp awak tidak pernah mengikuti rawatan itu. Yea saya tahu awak rasa rawatan itu tidak sedikit pun mengurangkan apa yang awak alami bukan..tapi awak seharusnya mencuba Shafrina." doktor Ismadi menghabiskan bicara dengan senyuman.

Memang benar, dia pernah mengikuti rawatan fision tapi bg nya tiada perubahan dan dia bosan dengan ubat-ubtan yang terpaksa di telan saban hari, sedangkan kesihatannya masih seperti biasa dan tiada perubahan. Bg nya tumor otak yang di alaminya tiada penawarnya.

"Doktor belum menjawap pertanyaan saya lagi?"

Terdengar keluhan dr Doktor Ismadi, " Bergantung pada ubat, dan kamu harus menjalani rawatan fisio, & selebihnya berdoalah kpd Allah moga akn berlaku keajaiban terhadap penyakit kamu Syafrina. Sy keluar dahulu."

Dia memmerhati kelibat Doktor Ismadi berlalu meninggalkn bilik serba putih yang di diaminya. Beralih ke arah wajah insan yang amat di sayanginya. Di lemparkan sekuntum senyuman lesu dan akhirnya dia terlena.

...............................................................................................................................................................

Puas Shafrina cuba memejamkan matanya, namun gagal. Semenjak pulang dari hospital dia di beri cuti rehat selama seminggu dan dia juga terpaksa mendengar bebelan dari teman baiknya Effa kerana tidak mengikuti rawatan fisio yang di sarankan. Masih dia ingat, wajah redup milik teman baiknya setelah mengetahui peyakit yang di alaminya.

Fikirannya segar teringatkan Mr. Berry yang tiba-tiba menyepi selama seminggu. Anak muda itu tidak tahu dia di masukkan ke hospital. Semalam Effa meminta kebenarannya untuk menghubingi Mr. Berry untuk memberitahu kesihatannya, namun dia tidak membenarkan. Syafrina menyeka air mata yang mengalir, mengenangkan dugaan yang menimpa dirinya.

Telefon bimbitnya berdering menandakan ada panggilan untuknya. Di lihat skrin telefon yang memaparkan nama Mr. Berry. Sepantas kilat aku mencapai telefon bimbit ku.

" Hello..Assalammualaikum . Awak sihat?"

"Wa'alaikummusalam, saya sihat. Kemana awak menghilang seminggu lalu?" nada suaranya seakan merajuk.
"Awak rindukan saya yea Lemon ku..? Maaflah saya selama seminggu saya outstation di pahang, terlalu banyak kerja yang harus saya selesaikan di sana"

Arkk lemonku...dia menguntum senyuman meskipun anak muda itu tidak melihatnya.

" Sya, awak masih ingat x tentang pertanyaan sy untuk berjumpa dengan awak?"

 "Yea, ingat." jawap sya ringkas.

" Hujung minggu ini kita jumpa yea, x sabar rasanya saya nak jumpa dengan awak and one more thing Hani, saya dah mula sukakan awak meskipun saya belum melihat wajah awak..That is true Hani..."

Ha!!! Terkedu aku mendegar butir bicara dari lelaki yang aku mula rindui itu.

"Ark..nanti kita jumpa yea..sy rasa awak mesti x akan sukakn saya sbb sy x cantik,..ok jumpa hujung minggu ini. Assalamualaikum."

Belum sempat anak muda itu bersuara, talian di putuskan. Terkejut benar Sya mendengar apa yang di katakan oleh pemuda itu. Telefon bimbitnya sekali lagi berdering menandakan 1 sms diterima.


Perkenalan kita tidak di rancang, namun suatu perasaan mula bertandang lalu hati ini mula berbunga sayang, moga kasihku ini di sambut dengan kerelaan. Menanti jawapan dari Amir Haziq

AMIR HAZIQ, ahhh indah sungguh namanya.Terpana aku membaca bait katanya. Seriuskan dia ingin mendampingi diri ku ini? Benar-benar ikhlaskah dia? Berbagai soalan mula bermain di fikiran ku. Dalam rasa bahagia terselit perasaan sedih yang tidak terhingga mengenangkan hayatnya tidak lama untuk seorang lelaki mengasihi dan mencintai dirinya.

I cant answer your question untill we meet on this coming sunday. Lalu di tekannya butang sent.

..........................................................................................................................................................

"Ooii Sha hang dengar x apa aku cakap ni", suara Effa mematikan khayalan ku.

"Ark.. Hang ckp ngn aku ka?? Sorry aku x dgr la."

" Bila hang nak jumpa  Berry tu? Aku pun nak tgk juga" Effa tersengih menunjukkan sebaris giginya yang tersusun rapi.

" He's name Amir Haziq la..hujung mggu ni." jawap ku ringkas.

"Ala..x kisah la nama dia apa pun..Tapi yg aku perasan sejak hang kenal dia hang sentiasa ceria dan x ada dah wajah cokodok hang tu". Effa berseloroh.

"Ha!!! Hang kata muka aku cam cokodok.." satu cubitan hinggap di lengan Effa hadiah persahabatan aku untuknya.. Ha..rasakan.


" Adoii.." jeritan Effa membuatkan semua staff menoleh ke arah kami.. Kak Maznah memberi isyrat agar kami tidak membuat bising. Kami menyambung kerja masing-masing. Namun dalam hati ku penuh debaran menanti hujung minggu yang bakal tiba.


.........................................................................................................................................................


Aku menghempas tubuhku di katil. Ahh terasa letih benar hari ini..Kepala terasa berpinar lalu di capainya bungkusan ubat berserta segelas air. 'Hmmm smpai bilakah aku akn bergantung dengan ubat-ubatan  ini" hatinya berbicara. Lamunannya di kejutkan dengan getaran handphone yg berada di sebelahku.
<1 SMS RECEIVE>


Aku tersenyum sedirian pabila melihat nama yg muncul di skrin handphone, lalu ku buka sms tersebut.


<" Lambat benar masa berlalu untuk ku bertemu dengan lemon insan yg ku rindu, lg 2 hari. Miss u" AMIR HAZIQ>


lemon...Tidak ku sedar senyuman ku makin lebar di pipi ku. Tanpa berlengah aku membalas kembali.


<" Pandai mengalunkan bicara agar ianya indah di mata, namun bersabar dlm penantian yg makin tiba..Lemon also miss u.>


Tidak sampai 5 minit, handphone ku bergetar lagi.  

<" Thanks coz sudi menerima pelawaan saya untuk bertemu. Moga perasaan yg sy rasai kamu juga turut merasainya. Sayang lemon Rindu lemon..Lemon is refer tu you Hani ^_^'>


Entah mengapa hati ku tersentum membaca sms yg di kirimnya. Sebak mula bertandang di birai hati. Aku tidak mampu membohongi diriku bahawa aku juga benar-benar sudah jatuh cinta dengannya, biarpun tidak pernah sekali pun melihat wjahnya sepanjang perkenalan itu. Namun aku cuba menidakkan perasaan itu, kerana ku sedar hidupku ini semakin smpai ke penghujungnya.


.............................................................................................................................................................

Cepat benar masa berlalu, sejak semalaman Sya tidak dapat melelapkan matanya kerana gelisah menanti pertemuan pertamanya dengan Amir Haziq. Biarpun Effa menemani dari jauh dia tetap di lambung ombak kegelisahan. Sepanjang perjalanan Effa memberi semangat agar dia bertenang. Semakin hampir kakinya ke taman, tempat pertemuan yang telah di janjikan antara dirinya dengan Amir Haziq. Kelihatan......

p/s:  heheheh tnggu sambungan nya yek.. :P peace


Memori kita~_~

Posted by Alrasya^Syidah


Englau tiba bagaikan pelangi..
Tak bercahya namun
KAU berseri..
Tapi cukup menghiburkan hati ini...



** Counting days yg selama ni aku menunggu dan menanti akhirnya tiba juga..hati girang x terkira meskipun kesihatan ku kurang sihat/baik di sebabkan demam & selsema namun ia tidak sedikit pun membuatkan hati ku beralih arah kepada kemurungan..^_^HAPPY winks*
Tak tahu nak ku ungkap kan bagaimana kegembiraan ku ini..tak pernah rasa seHAPPY camni..
So nk mengambil kesempatan nak mengucapakn puluhan,ribuan,& jutaan 'TRIMAS' kat mucuk..
sebab:-


~TRIMAS dtg jumpa walaupun jarak kita jauh beribu batu (erks,beribu batu kew) hehehe..kalu tabur batu di sepjgn perjalanan dr KL ke PENANG..memg dah beribu batu kat jalan*_*



~TRIMAS dtg jumpa tetiap bulan pula tu..tersgt2 appreciate..(pasni x yah dtg tiap2 bulan yea mucuk, simpan duit tu untk ms depan ^_^)..


~TRIMAS sbb belanja mkn MCD..perghh ingat lagi Fillet O Fish & air Milo yg mucuk beli...


~TRIMAS sbb sabar memandu selama lebih kurang 5 jam perjalanan dr KL ke PENANG , dah la mucuk pun x sihat kan tapi tetap gak dtg c ni..


~TRIMAS sbb cari kedai bunga sampai jumpa..(tersgt2 happy)..


TRIMAS sbb melayan karenah yg kadang2 rasa cam nak sekeh jew pale ni..kan??kan?? hehe


TRIMAS sbb bwk g jejalan


TRIMAS sbb menghilangkan stress..(nak exam)


TRIMAS sbb menceriakan hari2 bby..


      TRIMAS sbb manja kan bby













With lots of LOVE,
Blups..blups.. *_*
(syidah)



















Doaku untuk seorg lelaki...

Posted by Alrasya^Syidah


Ya Rabbi

Aku berdoa untuk seorang lelaki

Yang akan menjadi sebahagian dariku

Seorang lelaki yang sungguh mencintaiMu lebih dari segala sesuatu

Seorang lelaki yang akan meletakkanku di hatinya

Seorang lelaki yang hidup bukan untuk dirinya sendiri

Tetapi untukMu

Seorang lelaki yang mempunyai sekeping hati

Yang sungguh mencintai dan dahaga akan Engkau

Dan memiliki keinginan untuk menauladani sifat-sifat agungMu

Seorang lelaki yang mengetahui bagi siapa

Dan untuk apa dia hidup sehingga hidupnya tidaklah sia-sia
Seorang lelaki yang memiliki hati
Yang bijak bukan sekadar otak yang cerdas
Seorang lelaki yang tidak hanya mencintaiku
Tetapi juga menghormatiku
Seorang lelaki yang tidak hanya memujaku
Tetapi dapat menasihatiku ketika aku berbuat salah

Seorang lelaki yang mencintaiku

Bukan kerana kecantikanku tetapi juga kerana hatiku

Seorang lelaki yang dapat menjadi sahabat terbaikku

Dalam tiap waktu dan situasi

Seorang lelaki yang dapat membuatku

Berasa sebagai seorang wanita ketika berada di sisinya

Seorang lelaki yang memerlukan sokonganku sebagai peneguhnya

Seorang lelaki yang memerlukan doaku untuk kehidupannya

Seorang lelaki yang memerlukan senyumanku untuk mengatasi kesedihannya

Sesungguhnya aku amat menyayanginya
Amat menyintai dirinya
Seorang lelaki yang diciptakan untuk membahagiakanku...


Terlints di fikiran lalu ku coretkan....

Posted by Alrasya^Syidah

Hari ni banyak sungguh kerja di office..siapkan invoice, arrange shipment, bankin chq (dekat 30keping cheque), filling do yg sales person bg, update untuk audit..banyak sesgt..namun alhmdulillah la settle juga semuanya..tpi invoice tu x la..nnt hari isnin la..*_* sbb printer rosak..bukan aku yg bg rosak yea..tah sape yg bg rosak tak nak ngaku..^_^.


Dlm kesibukan tu, aku asyik fikir tentang exam yg bakal menjelang..persiapan dah buat ka???NOPE!!!! Perghh, pandai sgt ke aku smpai x reti2 nak buat persiapan awal2...hehhe..*_* nak kata x study langsung..study la..org tdo 2..3.. pg..aku bgun ala2 pencuri duk ngadap buku..dah la buku tebal..kalu lah dgn merebus buku tu aku mampu mengingati kesemua yg ter catat di buku tu, 4 sure  aku rebus ja buku tu n minum..@_@.


6.11 & 9.11 EXAM!!!!!!! Apa yg aku fikirkan skrg adalah..balik jew keja nnt..pas solat isya..terus nak tdo..then bgun kul 2 pg..kalu x buat camtu nnt x dew masa nk study..bukannya x boleh study memlm..tapi dgn keriuhan suara anak2 kakak aku membuatkan hilang mood untuk aku study tapi timbul mood untuk bermain dgn imran dan izzah..heheh..


Dlm wkut yg sama aku x sabar menanti seseorg...heheh..x sabarnya..tapi kena meghadapi exam dulu..Hopefully leh jwp soalan tu ngn mudah..mak doakan adik yek..
Tolong doakan aku yea semua...~



Hargailah DIA..sebelum kehilangannya~_~

Posted by Alrasya^Syidah

DIA...sentiasa ada ketika kita susah dan senang, malah DIA lebih menemani kita ketika kita di ulit kegusaran di landa permasalahan..DIA hadir tanpa di pinta..Namun kerana DIA jugalah kita tegar berdiri mengukuhkan pendirian diri dan sentiasa cekal dlm hari2 yg di lalui...Siapakah DIA yg di mksd kan???? Bicaralah dengan hati siapakah DIA yg di mksdkan...~

Hargailah DIA selagi kita masih berpeluang menghargainya..Selagi nadi masih berdenyut..selagi kaki masih mampu melangkah..selagi mata masih terbuka..Jangan melukai hatinya dengan bicara yang bisa..Jangan sakiti DIA dengan kelakuan yg boleh membuatkan DIA menitiskan air mata...Tapi hargailah DIA dengan kasih syg yg kita ada..BENAR..DIA tidak pernah meminta namun sebagai anak tak mampukah kita untuk menghargainya selagi DIA belum menutup mata????

Mampukah kita kira berapa bnyk kah kita membahagiakan DIA??? & Berapa bnykah kita telah melukai hatinya..Masih ingatkah kita..DIA lah mengandungkan kita selama 9 bulan...di saat kita berada di dlm rahimnya DIA sudah pun menjaga kita dengan penuh kasih syg..DIA seorang wanita yg penyayang..DIA seorg wanita yg tabah...Masih ingatkah kita, kedua tgn nya itulah yg menjaga kita siang dan malam..DIA yg memandikan kita..menyuapkn kita mkanan, membelai,  memeluk, DIA jugalah yg akan membela kita jika di marahi oleh ayahanda tercinta..
dan tangan itulh yang sentiasa menadah berdoa kepada ALLAH moga di berikan kesejahteraan dlm hidup kita....
sungguh mulia hati mu duhai BONDA...Alangkah indah jika aku jua mampu menjadi seperti mu..

Selagi DIA masih ada mohon la ampun kpdnya ats segala kesalahan, kesasaran dan keterlanjuran bicara yg telah kita lakukan...HARGAILAH KEDUA IBU BAPA YG TELAH MEMBESARKAN KITA.. selagi mereka masih ada..Lakukanlah yg TERBAIK untuknya...


Kenangan Terindah Bersama MU~

Posted by Alrasya^Syidah

Sebut jer pasal kenangan terindah nih, mesti ada yang fikir pasal kenangan dengan yang tersayangkan… Sebenarnya ada yang lebih indah dr kenangan dengan yang tersayang yang xmungkin kita dapat balik sekarang… Apa yer? Kenangan kita masa sekolah dulu lah…
Cuba Ingat Balik peristiwa nih….
Berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?….hmm, mesti pegang cawan warna-warni kan .
mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat seblah… ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment. Pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. ada gigi yang berlubang, kene laa tampal. ni sure korang igt…program minum susu di skolah. nak galakkan budak2 time tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb…
cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. pukul tapak tangan… kan ?
semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 50 sen jek kat kantin. time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM Turbo atau Pallas Jazz. ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu…ada yang suka stoking tebal laaa… internet? email? Menda alah ape tu? CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr.. Tiket wayang pun 5 inggit je. kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee, Kum Kum, UFO, O-Ya, Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, ‘telur’ keras warna warni, ‘rokok’ chewing gum, KIKI Bubble Gum. tak dilupakan, ‘Ti Kam’. bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dlm class. tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. boleh beli aiskrim ngan apek kat luar skola tuh… lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kita pegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar awal. lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola laa, rounders laa… permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, ‘Pepsi Cola one-two-three’, ‘Police & Sentry’, main kejar2 duduk…
kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. yang tube aiskrim, ada byk2 color tu. kalau nak makan, kene
patahkan kat tengah2 die!lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu ni. baling2 kapur laa. hmm…
 Best sesgt waktu tu..dulu masa sekolah, nk sesgt cepat besar n abis sekolah sbb leh keja..pegang duit bebnyk..tapi skrg bila dah keja..pening kpla nk uruskan soal kewangan dan masalah kerja lebih susah dr soklan matematik yg cikgu bagi..heheh..Bila terpikir semua tu rasa alangkah bestnya jd dak sekolah semula..g sekolah belajar ja..duit mak ayah yg bg..heheh *_*..

1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum
2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin
3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer, selamba je
4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah menengah guna handphone
5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap hari
6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile bersembang pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time kecik2, nakal2 dulu…
7. last skali, bile dah bace artikel ni, korang akan terpikir utk sebarkan dkt member2 lame korg.
Sure diorg suke punye laa…hehehe

~Tak sabar menanti bulan 12/2009..reunion untk ex student primary schl skkj organize by ME ^_^ mesti semua dah lain..almost 10years x jmpa..miss that moment~


Terima kasih CINTA~

Posted by Alrasya^Syidah




 aSSaLammUaLaikuM...CINTA (^_^)




Kenapa saya suka dia????? Hmm kenapa yea...


~Sbb sy nmpk kesungguhannya dlm mjalinkan ikatan CINTA..

~Sbb dia sayangkan sy...

~Sbb dia owes manjakan sy...

~ Sbb dia owes take care sy...

~Sbb dia membahagiakan sy...

~Sbb dia menceriakan sya dengan warna2 pelangi yg indah ^_^ indah sesgt

~Sbb dia baik hati... #_#

~Sbb dia dah curi hati sy...

~Sbb sy suka tgk wajah dia ms dia pujuk sy yg tgh majuk..INNOCENT FACE *_*
  (itu pun akn di pujuk atas budi bicara) heheheh..

~Sbb dia funny..sumtime bg sy geram ja..but its ok..I LIKE..@_@


~Sbb suka dgr suara dia wktu dia alunkan ayat suci al-quran..( thanks dear...) itu pun selepas di pujuk :P

~Yang paling penting kenapa sy syg dia..sbb dia adalah doremon, berry(rebina), patric, & mucuk yg sy syg..

       *****Org happy sesgt..trimas coz membahagiakan org..Org x perlukan pendapat @ pandangan 'orang lain' tntg dia sbb bg org dia yg terbaik....N org owes trima dia seadanya....
Moga berkekalan kasih yg bersemi..
Terima Kasih CINTA.. ***


                  Dari...


~bby,mucuk,lemon,&sponbob