RSS Feed

Doaku untuk seorg lelaki...

Posted by Alrasya^Syidah


Ya Rabbi

Aku berdoa untuk seorang lelaki

Yang akan menjadi sebahagian dariku

Seorang lelaki yang sungguh mencintaiMu lebih dari segala sesuatu

Seorang lelaki yang akan meletakkanku di hatinya

Seorang lelaki yang hidup bukan untuk dirinya sendiri

Tetapi untukMu

Seorang lelaki yang mempunyai sekeping hati

Yang sungguh mencintai dan dahaga akan Engkau

Dan memiliki keinginan untuk menauladani sifat-sifat agungMu

Seorang lelaki yang mengetahui bagi siapa

Dan untuk apa dia hidup sehingga hidupnya tidaklah sia-sia
Seorang lelaki yang memiliki hati
Yang bijak bukan sekadar otak yang cerdas
Seorang lelaki yang tidak hanya mencintaiku
Tetapi juga menghormatiku
Seorang lelaki yang tidak hanya memujaku
Tetapi dapat menasihatiku ketika aku berbuat salah

Seorang lelaki yang mencintaiku

Bukan kerana kecantikanku tetapi juga kerana hatiku

Seorang lelaki yang dapat menjadi sahabat terbaikku

Dalam tiap waktu dan situasi

Seorang lelaki yang dapat membuatku

Berasa sebagai seorang wanita ketika berada di sisinya

Seorang lelaki yang memerlukan sokonganku sebagai peneguhnya

Seorang lelaki yang memerlukan doaku untuk kehidupannya

Seorang lelaki yang memerlukan senyumanku untuk mengatasi kesedihannya

Sesungguhnya aku amat menyayanginya
Amat menyintai dirinya
Seorang lelaki yang diciptakan untuk membahagiakanku...


Terlints di fikiran lalu ku coretkan....

Posted by Alrasya^Syidah

Hari ni banyak sungguh kerja di office..siapkan invoice, arrange shipment, bankin chq (dekat 30keping cheque), filling do yg sales person bg, update untuk audit..banyak sesgt..namun alhmdulillah la settle juga semuanya..tpi invoice tu x la..nnt hari isnin la..*_* sbb printer rosak..bukan aku yg bg rosak yea..tah sape yg bg rosak tak nak ngaku..^_^.


Dlm kesibukan tu, aku asyik fikir tentang exam yg bakal menjelang..persiapan dah buat ka???NOPE!!!! Perghh, pandai sgt ke aku smpai x reti2 nak buat persiapan awal2...hehhe..*_* nak kata x study langsung..study la..org tdo 2..3.. pg..aku bgun ala2 pencuri duk ngadap buku..dah la buku tebal..kalu lah dgn merebus buku tu aku mampu mengingati kesemua yg ter catat di buku tu, 4 sure  aku rebus ja buku tu n minum..@_@.


6.11 & 9.11 EXAM!!!!!!! Apa yg aku fikirkan skrg adalah..balik jew keja nnt..pas solat isya..terus nak tdo..then bgun kul 2 pg..kalu x buat camtu nnt x dew masa nk study..bukannya x boleh study memlm..tapi dgn keriuhan suara anak2 kakak aku membuatkan hilang mood untuk aku study tapi timbul mood untuk bermain dgn imran dan izzah..heheh..


Dlm wkut yg sama aku x sabar menanti seseorg...heheh..x sabarnya..tapi kena meghadapi exam dulu..Hopefully leh jwp soalan tu ngn mudah..mak doakan adik yek..
Tolong doakan aku yea semua...~



Hargailah DIA..sebelum kehilangannya~_~

Posted by Alrasya^Syidah

DIA...sentiasa ada ketika kita susah dan senang, malah DIA lebih menemani kita ketika kita di ulit kegusaran di landa permasalahan..DIA hadir tanpa di pinta..Namun kerana DIA jugalah kita tegar berdiri mengukuhkan pendirian diri dan sentiasa cekal dlm hari2 yg di lalui...Siapakah DIA yg di mksd kan???? Bicaralah dengan hati siapakah DIA yg di mksdkan...~

Hargailah DIA selagi kita masih berpeluang menghargainya..Selagi nadi masih berdenyut..selagi kaki masih mampu melangkah..selagi mata masih terbuka..Jangan melukai hatinya dengan bicara yang bisa..Jangan sakiti DIA dengan kelakuan yg boleh membuatkan DIA menitiskan air mata...Tapi hargailah DIA dengan kasih syg yg kita ada..BENAR..DIA tidak pernah meminta namun sebagai anak tak mampukah kita untuk menghargainya selagi DIA belum menutup mata????

Mampukah kita kira berapa bnyk kah kita membahagiakan DIA??? & Berapa bnykah kita telah melukai hatinya..Masih ingatkah kita..DIA lah mengandungkan kita selama 9 bulan...di saat kita berada di dlm rahimnya DIA sudah pun menjaga kita dengan penuh kasih syg..DIA seorang wanita yg penyayang..DIA seorg wanita yg tabah...Masih ingatkah kita, kedua tgn nya itulah yg menjaga kita siang dan malam..DIA yg memandikan kita..menyuapkn kita mkanan, membelai,  memeluk, DIA jugalah yg akan membela kita jika di marahi oleh ayahanda tercinta..
dan tangan itulh yang sentiasa menadah berdoa kepada ALLAH moga di berikan kesejahteraan dlm hidup kita....
sungguh mulia hati mu duhai BONDA...Alangkah indah jika aku jua mampu menjadi seperti mu..

Selagi DIA masih ada mohon la ampun kpdnya ats segala kesalahan, kesasaran dan keterlanjuran bicara yg telah kita lakukan...HARGAILAH KEDUA IBU BAPA YG TELAH MEMBESARKAN KITA.. selagi mereka masih ada..Lakukanlah yg TERBAIK untuknya...


Kenangan Terindah Bersama MU~

Posted by Alrasya^Syidah

Sebut jer pasal kenangan terindah nih, mesti ada yang fikir pasal kenangan dengan yang tersayangkan… Sebenarnya ada yang lebih indah dr kenangan dengan yang tersayang yang xmungkin kita dapat balik sekarang… Apa yer? Kenangan kita masa sekolah dulu lah…
Cuba Ingat Balik peristiwa nih….
Berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?….hmm, mesti pegang cawan warna-warni kan .
mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat seblah… ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment. Pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. ada gigi yang berlubang, kene laa tampal. ni sure korang igt…program minum susu di skolah. nak galakkan budak2 time tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb…
cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. pukul tapak tangan… kan ?
semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 50 sen jek kat kantin. time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM Turbo atau Pallas Jazz. ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu…ada yang suka stoking tebal laaa… internet? email? Menda alah ape tu? CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr.. Tiket wayang pun 5 inggit je. kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee, Kum Kum, UFO, O-Ya, Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, ‘telur’ keras warna warni, ‘rokok’ chewing gum, KIKI Bubble Gum. tak dilupakan, ‘Ti Kam’. bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dlm class. tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. boleh beli aiskrim ngan apek kat luar skola tuh… lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kita pegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar awal. lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola laa, rounders laa… permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, ‘Pepsi Cola one-two-three’, ‘Police & Sentry’, main kejar2 duduk…
kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. yang tube aiskrim, ada byk2 color tu. kalau nak makan, kene
patahkan kat tengah2 die!lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu ni. baling2 kapur laa. hmm…
 Best sesgt waktu tu..dulu masa sekolah, nk sesgt cepat besar n abis sekolah sbb leh keja..pegang duit bebnyk..tapi skrg bila dah keja..pening kpla nk uruskan soal kewangan dan masalah kerja lebih susah dr soklan matematik yg cikgu bagi..heheh..Bila terpikir semua tu rasa alangkah bestnya jd dak sekolah semula..g sekolah belajar ja..duit mak ayah yg bg..heheh *_*..

1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum
2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin
3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer, selamba je
4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah menengah guna handphone
5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap hari
6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile bersembang pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time kecik2, nakal2 dulu…
7. last skali, bile dah bace artikel ni, korang akan terpikir utk sebarkan dkt member2 lame korg.
Sure diorg suke punye laa…hehehe

~Tak sabar menanti bulan 12/2009..reunion untk ex student primary schl skkj organize by ME ^_^ mesti semua dah lain..almost 10years x jmpa..miss that moment~


Terima kasih CINTA~

Posted by Alrasya^Syidah




 aSSaLammUaLaikuM...CINTA (^_^)




Kenapa saya suka dia????? Hmm kenapa yea...


~Sbb sy nmpk kesungguhannya dlm mjalinkan ikatan CINTA..

~Sbb dia sayangkan sy...

~Sbb dia owes manjakan sy...

~ Sbb dia owes take care sy...

~Sbb dia membahagiakan sy...

~Sbb dia menceriakan sya dengan warna2 pelangi yg indah ^_^ indah sesgt

~Sbb dia baik hati... #_#

~Sbb dia dah curi hati sy...

~Sbb sy suka tgk wajah dia ms dia pujuk sy yg tgh majuk..INNOCENT FACE *_*
  (itu pun akn di pujuk atas budi bicara) heheheh..

~Sbb dia funny..sumtime bg sy geram ja..but its ok..I LIKE..@_@


~Sbb suka dgr suara dia wktu dia alunkan ayat suci al-quran..( thanks dear...) itu pun selepas di pujuk :P

~Yang paling penting kenapa sy syg dia..sbb dia adalah doremon, berry(rebina), patric, & mucuk yg sy syg..

       *****Org happy sesgt..trimas coz membahagiakan org..Org x perlukan pendapat @ pandangan 'orang lain' tntg dia sbb bg org dia yg terbaik....N org owes trima dia seadanya....
Moga berkekalan kasih yg bersemi..
Terima Kasih CINTA.. ***


                  Dari...


~bby,mucuk,lemon,&sponbob


andai ku pergi dulu...~

Posted by Alrasya^Syidah


"Pertemuan kita di suatu hari menitipkan ukhuwah yg sejati bersyukur ku ke hadrat ILLAHI..di atas jalinan yg SUCI..namun kini PERPISAHAN yg terjadi..DUGAAN yg menimpa diri ini.. Bersabarlah di atas suratan
ku tetap PERGI JUA..."

Hidup adalah sebuah perjalanan yg kita harus lalui..Sewaktu melalui perjalanan itu kita akan mengalami dan menjumpai bermacam2 dugaan dlm berbagai bentuk. Hidup yg kita sedang jalani adalah fitrah kehidupan yg telah Allah SWT berikan buat kita sebagai hamba~nYa.. Perjalanan yg di jalani pasti akan terhenti..itu adalah suatu kepastian yg telah di takdirkan oleh illahi buat kita sebagai insani..Terhentinya perjalanan hidup seseorg bererti dia telah di jemput untuk menghadap illahi, namun apa yg pasti pemergiannya tidak akan kembali lagi.

Begitu juga dengan langkah perjalanan yg sedang aku lalui..Aku hanyalah seorang hamba~nYa yg serba kekurangan dan kedaifan di sis~nYa, masih mengharapkan keredhaan dan keampunan daripadanya agar.diri ku tenang ketika di jemput menghadapnya kelak, kerna ku sedar aku sekadar menumpang di dunia yang fana ini. Jika di fikirkan saat terpisahnya roh dari jasadku, akn mula terasa kehangatan air mata menitis di pipi ini.
Hmmm..jangan menangis duhai hati..bersabarlah..Jangan di tangisi permergian ku kelak kerna aku tidak mampu untuk memilik jasad ini selama-lamanya dan nyawaku ini tidak selamanya berada di setiap penjuru jasadku,kerna  itu ku harus kembali kan jasad ku pada yg maha berkuasa..ya rabbi~

Dia pasti mejemputku pulang..andai perpisahan terjadi..yakinlah itu adalah rahmat kurniaan yg MAHA ESA buat kita..Dia sedang menguji tahap keimanan, ketabahan  serta keredhaan kita sama ada kita mampu @ tidak ketika menerima qada' dan qadar yg telah di tetapkan olehnya. Oleh itu REDHAkanlah....

Andai ku pergi dulu sebelum ayahanda dan bonda tercinta..berikanlah seluruh kesabaran, ketenangan dan  ketabahan kepada mereka ketika menghadapi saat kehilangan ku. Kuatkanlah iman mereka dlm menerima qada' dan qadar darimu ya allah..Pinta ku agar kau ampunilah segala dosa kedua ibu bapaku, kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasih sayangi aku ketika aku kecil. Buat bonda ku..halalkanlah tiap titisan susu mu kepada ku ketika aku kecil, halalkan tiap saat, detik, waktu mu ketika  menjaga ku siang dan malam,  dan ampunilah  andai anakmu ini melukakn hati mu secara sengaja atau pun tidak sengaja. Buat ayahanda ku.. Halalkanlah tiap titis peluh mu bg membesarkan aku, halalkan apa shja yg engkau cuba penuhi dalam hidupku agar diriku tidak merasa kekurangan dalam hidup ku ini. Ampunilah juga tiap kesalahan ku..


Andai ku pergi dulu..tautkanlah kasih sayang ku dengan kedua kakak dan abgku, agar mereka tahu bahawa aku begitu mengasihi mereka. Mereka adalah contoh yang terbaik bg diriku. Berikanlah seluruh kebahagiaan miliku kepada mereka agar mereka tahu aku sentiasa dekat...dekat di hati mereka. Tabahkan hati mereka dlm menempuhi dugaan dari~Mu.


Andai ku pergi dulu... Hapuskan air mata dari wajah insan tersayangku..
Khabarkan padanya mgkin aku bukan pemilik tulang rusuknya..aku bukan gadis yg d tetapkan oleh Allah untuk membahagiakan dirinya.

Andai ku pergi dulu..duhai teman-temanku, sesungguhnya mengenali kalian adalah hadiah yg paling berharga yg pernah aku miliki. Lantaran itu ribuan kemaafan ku pohon dari hujung rambut hinga ke hujung kaki.

Andai telah di putus kan sekian hari..sekian waktu..untuk aku kembali kepada mu..Aku redha...andai ku pergi dulu usah lah..usah di tangisi dan d ratapi, kerna ianya adalah dugaan dari illahi, kerna ku pasti dan teramat pasti, saat itu pasti akan tiba tika dan waktunya..x akan terlewat walaupun sesaat kerna telah tertulis takdirnya untuk ku...ia adalah perjanjian yang MAHA ESA lg MAHA MENGETAHUI.

Adakah di saat itu, aku takut untuk menghadap~mU??? Adakah di saat itu aku tenang dengan wajah berseri untuk menghadap~mU???atau titisan air mata ku laju mengalir kerna terpaksa meninggalkn wajah2 insan yg ku sayang????Wajah-wajah yg ceria pengubat duka???Di saat itu, hanya mampu ku lafazkan adalah KEMAAFAN..Jangan..Jangan kau titiskan air mata untuk ku..Redhailah...Terimalah segala yg telah di tetapkan oleh Ya Rabbi..Tiada apa yg mampu ku harapkan d saat itu melainkan ketulusan doa dari insan2 yg masih menyayangi serta mengingati ku...Hidup ini hanyalah sementara..

Andai aku masih lagi mampu bersama2 insan2 yg ku sayangi....ku panjatkan kesyukuran kepada~mU..


Dari seseorg kepada seseorg..

Posted by Alrasya^Syidah

Kau gadisku yang cantik
Coba lihat aku di sini
Disini ada aku yang cinta padamu
Kau gadisku yang manis
Coba lihat aku di sini
Disini ada aku yang sayang padamu
Kini tak bermakna lagi
Sebab saya akan pergi dari kamu
Satu hal yang perlu kamu tahu
Saya tetap akan cintakan kamu......

~Jutaan trima kasih ku ucapkan pada insan yang mengirimkan puisi ini kepada ku.. Aku mengharagainya..