RSS Feed

dari hati ke hati...

Posted by Alrasya^Syidah

assalamualaikum...hai..wink...wink...i'm back..with a bright smile :) heheh.. neway, x dew apa sgt yg nak aku coretkan di kanvas maya ku ini..hanya sekadar meluahkan rasa yg kian berbunga..wahhh..bak kata pepatah..dalam hati ada taman rama-rama..heheh ^_^ ...
Alhamdulillah syukuran...baru kini aku rasa yg diri ku benar-benar happy..^_^...sgt happy..di smping family tercinta & mucuk tersyg..neway, thanks mucuk..b epi sgt2 ngn planning kita..hopefully impian menjd kenyataan...
Sesungguhnya, hidup yg allah pinjamkan buat kita benar-benar indah jika kita tahu bagaimana menangani setiap ujian yg di berikannya...Bersama mucuk terasa diri ini benar2 d hargai..^_^ Terima kasih tuhan untuk nikmat yg kau pinjamkan melalui dia kekasih hati ku..mucuk wink..wink..:)

~Buat mak..bpk...
***Terima kasih bebanyak atas kasih syg,peluk cium,marah-marah, nasihat-nasihat mak &bpk pada adik selama 22 tahun ini.. adik sentiasa doakan moga d panjangkn umur..di murahkn rezeki kita sekeluarga..d beri kesihatan yg baik...andai kesakitan itu ingin menghampiri,biar shja adik yg merasakannya terlebih dulu..sesungguh adik teramat sygkn mak & bpk..smpai bebila pun adik x akn jumpa insan yg sesempurna mak n bpk..adik akn berusaha menjadi anak yg baik..

~Buat kakak & abg...
****adik syg sgt ah ngn korang..tnpa korang ngn siapa adik nk bgaduh..bermanja..bermasam muka..hehehe
Doa adik semoga hbgan kita adik beradik akan erat sehingga ke akhir hayatnya..dan moga korang bhgia d samping family dan anak2 korang^_^

~Buat mucuk yayunk...
**Doa b,semoga mucuk d beri kesihtan yg baik..d panjangkn umur..di limpahi ngn rezeki yg mencurah2..di beri ketenangan dlm mengharungi setiap dugaan dlm hbgan kita & moga allah memberkati setiap usaha yg di lakukakn..Semoga hubungan kita kekal hingga ke syurga dilimpahi rahmatNya


~Buat diri ku sendiri...
^_^ Doaku semoga allah permudahkan tiap perjalanan hidupku, agar aku mampu menjadi anak yg baik pada kedua org tua ku, moga aku mampu menjadi adik yg menghormati kakak & abg ku & semoga aku mampu membahagiakn mucuk kesyganku hingga terpisah ruh dari jasad ku.. berikan kesempatan itu pada ku ya tuhan ku..ku tahu allah maha mengetahui pada setiap takdirnya..
Terima kasih ya allah atas semua yg kau pinjamkan pada ku...sesungguh semuanya sgt bermkna dlm hidupku..amat menghargai pinjaman kasih dari ilahi..

Ucapan dari hati...

Posted by Alrasya^Syidah

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi
MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa
CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL...

Assalamualaikum..aku kembali di laman ini, dalam kesibukkan ku luangkan jua masa ku di sini..Mencoret apa yg terbuku di hati..Alhamdulillah perjalanan hidupku semakin ceria...moga ianya bertambah ceria seceria nTv7..saluran ceria anda ^_^..

"Tidak semua yang kita ingin mampu kita perolehi sebagaimana tidak semua yang kita perolehi adalah yang kita inginkan"..Dulu aku sering tertnya-tnya knpa hati aku sering kecewa..Dulu aku pernah berikan sekeping hati ini kpd insan yg terpilih, namun d pulangkn kembali hati ini dengan penuh kelukaan..aku redha di saat itu mekipun pelbagai soalan muncul d benak fikiran ku..namun aku akur itu ketentuan ilahi...biarpun di pulangkn kembali dengan kelukaan..biarpun janji di mungkiri..aku tetap ada sebagai seorg sahabat buat insan2 yg pernh mencuri hati ku..
Tak pernah ada dendam..kerna bg ku mgkin aLLah ingin berikan aku seseorg yg terbaik dalam hidup aku..
Kini...insan2 yg pernah memulangkn hati ku yang sarat dengan kasih-sayang dulu,muncul kembali..mula meminta maaf..menyemai benih2 kasih yg dulu mati..Katanya maaf sbb tidak menghargai..Wahai insan pencuri hati..maaf mu ku terima..antara kita x pernah ku anggap ada sengketa sbb aku hanya manusia biasa yg sentiasa mencari setitis nuR dri yg esa..Aku bahagia dengan seorang insan, ianya pinjaman kasih dari illahi bersyukur kerna di pertemukan dengannya dalam suasana  yg langsung x ku duga..
Buat insan yg pernah mencuri hati aku serta memulangkan ia dengan kelukaan..Aku ucapkan terima kasih kerana sudi pulangkn kembali hati aku, meskipun dengan kelukaan..kerana kelukaan tu juga la aku temui pinjaman kasih dari ilahi ^_^ aku harap kalian juga akan temui pinjaman kasih dari ilahi yg terbaik buat kalian....
Izinkan aku bahagia...


sLs

saat bibir mengukir senyuman palsu..hanya hati yg tahu

Posted by Alrasya^Syidah

Agak lama aku tak bertandang di ruanganku ini, masa membatasi segala2nya semuanya berlalu dengan pantas. Tahun 2010, bererti usia ku makin meningkat..22 tahun..Aku mengharapkn agar tahun nih membawa kebahagiaan yg berpanjangan buat diri ku..tapi entah mengapa malam ni hati aku rasa hiba sgt..Selesai menunaikan solat hajat, hati ku sedikit tenang berbanding sebelumnya...Ia benarlah jika hati yg luka..jika hati yg hiba..jika hati yg sedih pabila di serahkn pada allah, insyaallah akn di pulangkn hati ini dengan rasa tenang. Terima kasih ya tuhanku...
Sejak akhir-akhir ni aku rasa senyuman yg terukir di bibir ini palsu semata-mata sekadar mengaburi mata yg memandang..sekadar menutup segala kedukaan..menutup segala kesulitan yg terbelenggu di kotak fikiran ni. Badan terasa lemah sekali. Terasa seperti ruh disedut oleh perkara-perkara dunia. Tidur tidak cukup.Sukar untuk aku kongsi ngn sesiapa pun meskipun dengan bonda ku..maafkan adik mak, sbb x mampu tahan air mata adik malam tu, dan adik mintak maaf sbb x jawap pertanyaan mak kenapa adik menangis.. Adik x mampu ceritakannya....Biar adik mengadu pada yg eSa.. sbb adik tahu hanya~DIA yg mampu menolong adik...hnya DIA yg mampu menujukan jalan penyelesaiannya...hanya DIA yg mampu mendamaikan hati ku ini.

Mungkin ini adalah ujian dari aLLah buat diri ku. Hendak menguji keyakinan diri padaNya..Jiwa ini tidak boleh dikosongkan dan anggota tidak boleh didiamkan.Jika tidak diajar dengan perkara-perkara besar, jiwa dan anggota akan terdorong kepada perkara-perkara kecil dan melalaikan.




Ajarilah jiwamu untuk terbang tinggi, supaya ia akan benci kepada perkara yang rendah nilainya. Didiklah dirimu dengan perkara agung supaya ia bencikan hal remeh-temeh



(As-syahid Dr. Abdullah Azam)
Ya Allah, biarlah jiwaku terbang setinggi-tingginya hingga bertemu dengan kasih sayangMu...

BILA MAUT DATANG MENDADAK.......

Posted by Alrasya^Syidah

Aku bimbang .. sangat bimbang ..


Bagaimanakah kalau besok.. aku mati mendadak?

Sembahyangku masih banyak.. yang belum terqada'

Ingin membayar puasa yang tertinggal.. masih belum aku bertindak

Hutangku masih berlambak-lambak.

Finance kereta-ku belum lagi lunas tertunai

Hutang bank rumah-ku masih belum selesai

Kewajipanku masih banyak yang terbengkalai.



Aku bimbang.. sangat bimbang..

Apakah aku akan diberi VIP Welcome di alam barzakh

oleh Munkar dan Nankir dengan senyuman bermanis wajah

Atau ....apakah aku akan dibelasah

oleh pembengis-pembengis di alam barzakh ?

Apakah aku dapat menahan sakit

Bila ular kubur datang menggigit

Kerana sembahyangku yang amat sedikit.



Aku bimbang.. sangat bimbang..

isyak masuk.. ayah ke surau menyembah Allah

Aku depan! tv menonton AKADEMI FANTASIA,

Ayah bertasbih, bertahmid.. berzikir memuji Tuhan

Aku terjerit2.. MENYOKONG PESERTA REALITI TV TU.

Ayah menggunakan masa mencari redhaan Tuhan

Tapi aku masih berpoya-poya seperti NYAWAKU PANJANG LAGI.

Kalaulah besok subuh Izrail datang bertandang

Bagaimanakah nasibku.. setelah dunia aku tinggalkan?



Aku bimbang.. amat bimbang..

imanku masih terumbang-umbang

Ketika aku di dalam kubur.. adakah orang yang akan mendo'akan ?

Siapa akan menyedekahkan bacaan Yasin dan surah-surah Al-Qur'an

Buat meredakan siksa kubur yang datang tanpa kasihan

Nasibku di bawah tanah.. adakah siapa yang akan mengenangkan ?

Hilang aku dari pandangan.. hilanglah aku dalam kenangan.

Jadi.. kenapa aku kurang berusaha menyiapkan bekalan ?

Supaya di kubur nanti aku diberi VIP Welcome.



Aku bimbang.. sangat bimbang..

amal ibadahku sangat berkurang !

WAHAI MANUSIA ... taubatlah engkau dari sekarang

Tinggalkanlah padang bola..

TINGGALKAN HIBURAN MELAMPAU dan pergi ke masjid

seperti oranglain

Qada'lah sembahyangmu yang tertinggal, bayarlah puasamu

Berhentilah menjadi sahabat syaitan

Agar hidupmu mendapat keredhaan

Sebelum engkau kembali ke ALAM BARZAKH



Email ni rasanya antara yang terbaik yang pernah

saya dapat.. sama2 lah kita renungkan ya...

PINJAMAN KASIH DARI ILAHI BUAT DIRI KU

Posted by Alrasya^Syidah




Allah Yang Maha Pemurah, terima kasih Engkau telah menciptakan dia dan mempertemukan hambaMu ini dengannya.

Syukran Ilahi untuk saat-saat indah yang boleh aku dan dia nikmati bersama.
Syukran Maha Mengasihi untuk setiap pertemuan yang boleh aku dan dia lalui bersama.
Syukran untuk setiap saat-saat yang berlalu.
Syukran untuk pinjaman kasih sayangMu ini
HambaMu si kerdil ini datang bersujud dihadapan-Mu,
Sucikan hati Ya Allah, sehingga dapat melaksanakan kehendak dan rencana-Mu dalam hidupku ini
Maha Mengasihi, jika hambaMu ini bukan pemilik tulang rusuk si dia,
Usahlah Engkau biarkan si kerdil ini merindukan kehadirannya.
Usahlah Engkau biarkan hambaMu melabuhkan hati di hati si dia.
Kikislah pesonanya dari pelupuk mataku dan usirlah dia dari relung hati kerdilku
Sedarkanlah aku bahawa dia adalah hanya kurniaan pinjaman dariMu dan hanya Engkau berhak untuk memberi dan mengambilnya dariku
Tetapi ya Allah Maha Mengetahui,jika telah diciptakan dia pinjaman kasih untuk hati kerdilku ini,satukanlah hati aku dan dia
Bantulah aku untuk mencintai, mengerti dan menerima dia seutuhnya.
Berikan aku kesabaran, ketekunan, dan kesungguhan untuk memenangkan hatinya.
Peliharalah dia agar dia juga mencintai, mengerti dan mahu menerima aku
dengan segala kelebihan dan kekuranganku sebagaimana telah Kau ciptakan.
Yakinkanlah dia bahwa aku sungguh-sungguh mencintai dan rela berbahagi suka dan duka bersamanya
Allah Yang Maha Kekal, sesungguhnya Engkau sentiasa memberikan yang terbaik untukku.
Allah Yang Maha Pengasih,sesungguhnya aku menyedari dia adalah kurniaan pinjaman dariMu untuk diriku,
Sesungguhnya Engkau yang Mengetahui terbaik untuk setiap hambaMu
Ajarlah dan berilah aku ketenangan untuk tetap setia dan sabar menanti tibanya waktu yang telah Engkau tentukan.

Amin....


~Saya cintakan dia..Namun,biar sekuat mana hati saya menyintai dia, saya pohon agar Maha Pengasih melenyapkan perasaan itu sekiranya dia bukan ditakdirkan untuk saya..~


Syidah

Saat Itu Indah.. iNDAH sANgAT

Posted by Alrasya^Syidah







Ingatan ku kembali melayang-layang pada waktu lalu..waktu aku mula melangkahkan kaki ke alam persekolahan..Prasekolah..aku sering di buli, lantas aku tak pernah berkecil hati..mgkin sbb aku takut la kot..heheh..Masih aku ingat lagi..aku pnyai seorang kawan..dia juga jiran aku..pergi sekolah sesama..blik sekolah sesama..main sesama..mkn sesama..tidur??no..no..hahahha tdo lain2 umah ah..hahah..Dia la yg suka sgt buli aku..heheh..aku x pernah merungut walaupun sekali..(dlm hati jew ada rasa x puas ati wktu tu) haha

Ingatan ku menerjah kembali sewaktu aku berada di darjah 3...hurmm..beg sekolah aku hilang..Gila betul..beg yg ada buku pun bleh hilangkan..bukannya ada emas ka..berlian ka..Aku siap pgil bpk aku dtg cari beg sekolah aku kat sekolah..smpai la ke petang x jumpa2..at last jumpa gak..Aku ngis gila time tu..yea ah keja sekolah dah la bnyk kan..pastu beg plak hilang..pe kes..rupa-rupanya dia yg punya angkara..hehehe..

Ingatan ku menerobos sewaktu kami berada di darjah 6...kitaorg suka main getah pas sekolah..ala lompat getah tu..main ramai2 best sgt..Pas tu masa dia lompat dia jatuh..hahah..lam hati aku rasa cam nak gelak guling2..yea ah org yg buli aku selama ni jatuh gak..siap berdarah lagi..rupa-rupanya..tangan dia patah..Mula la aku isau..mana x isau..kang dia bg tahu kat ayah dia, tgn dia patah angkara aku pula..hati dia bukan leh d duga..akalnya pjg sedepa..wahh pndai aku wat ayat ni..hihihi..Timbul lak prasaan simpati aku...

Yg aku rasa klakar bila aku tingat kembali ialah, sebelah sekolah kitaorg ada Jabatan Haiwan, dlm tu ada la bintang seperti ular..burung unta.. bukannya ada haiwan bnyk sgt lam tu, tp kitaorg pas sekolah g reramai, siap bwk keropok la..coki-coki la..ala2 melawat zoo negara tu..hahah..^_^ sgt best waktu tu. Hurmm pas dpt result UPSR..aku dah mula nk pindah2..tah kenapa la waktu aku x terpikir plak kat dia..mgkin sbb dia pun sibuk kot nak masuk asrama penuh..Pas tu kitaorg terus lost contact..

Ada gak aku tnya ngn kgkwn lain cmna nk hubungi dia..yalah mana leh x hubungi org yg owes buli aku..tp semua x tahu..N awal thn ni, aku dpt tahu dia blajar kat oversea..bangga aku kawan aku g sna..Rindu pun ada gak..hahah rindu aku nk balas balik segala yg dia dah buli aku selama ni^_^... Alahmdulillah la, dapat gak aku cntx dia even kitaorg x jumpa g wat masa ni..dah lama x jumpa..lama sgt..hopefully kitaorg dpt jumpa semula..dlm situasi yg amat berbeza..


Semalam..19 Dec, for the first time..aku organise reunion untuk ex student SKKJ..Best dpt hangout ngn dyaorg even ada yg x dpt dtg..So wanna take this opportunity say a billion 10q pada yg hadir semalam..WE R da BEST.. ^_^

cinta ku ibarat serungkai tasbih..

Posted by Alrasya^Syidah

 Aku kembali di laman kesygan ku ini.. Insyaallah tentang kisah "BICARA CINTA", akan ku siapkn secepat mgkin kerna ku tahu ada insan-insan yg menanti sambungannya..tapi bukannya sekarang, kerana minda ku kekurangan idea buat masa ini. Maka dengan itu, bersabarlah kalian dlm penantian...
Hmm kali ini apa yg ingin aku coretkan untuk berkongsi..tentang diriku??? *_*


Langit tahu
betapa aku mencintaimu …
betapa aku merindukanmu …

berharap kau mengerti kasihku
berharap kau memahami kasihku
tataplah langit itu
maka bintang-bintang akan membisikimu

tentang diriku …
tentang cintaku …
sebab sayang dan kasihku hanya untukmu..


~sLs~ 




Serungkai tasbih adalah ibarat sebuah kehidupan..betulkan?? Cuba kita fikirkan..ianya bermula dan berakhir di titik yang sama. Bukan tasbih namanya, jika hanya terdiri dari satu butir. Bukan kehidupan namanya jika hanya satu dimensi. Kehidupan akan sempurna dan indah bila telah melewati serangkaian untaian butiran suka, duka, derita, bahagia, gembira, gagal, berjaya, pasang, atau surut.
Untuk melewati semua itu, kita perlukan keberanian, kesabaran, kekuatan, dan perjuangan untuk terus meniti, berjalan dan mendaki. Sebab, seperti tasbih yang melingkar, kehidupan  pun demikian. Kemana pun kita akan pergi dan berlari, tetap masih dalam lingkaran takdir Allah. Dari-Nya, kehidupan dimulai dan kepada-Nya akan berakhir.. 


C.I.N.T.A
Cinta adalah sisi lain yang tidak dapat dipisahkan dari kehidupan. Tasbih adalah keperluan yang diikat pada sebuah simpulan. Hal itu dilakukan agar butiran-butiran kecil dapat menyatu, saling bertautan, seimbang, dan bila dilihat tampak indah. Cinta juga akan menjadi indah jika diterima sebagai sebuah keperluan. Mencintai adalah perkara berat yang memerlukan keberanian untuk menerima yang dicintai dengan seikhlas hati. Sisi kelebihan, sudah pasti mudah menerimanya. Tapi, bagaimana sisi lainnya yang pasti ada : kekurangan, kelemahan. Semudah itukah menerimanya?Agar cinta juga menjadi abadi dan kuat, memerlukan kesediaan dua hujungnya untuk diikat dalam satu simpulan ikatan yang kukuh. Tanpa ikatan, tanpa simpulan yg kukuh, cinta akan terburai menjadi butir-butir egoisme yang tercerai berai.



Karena cinta adalah kebahagiaan, maka tak perlu ada air mata. Sebab, cinta adalah perjuangan, maka perpisahan adalah senyuman yang tertunda.
Cinta tidak pernah salah, sepanjang kita berani jujur, dan berani menjalaninya. Tentu dengan risiko yang harus kita tanggung.
Jika cinta kita adalah cinta sejati, maka cinta itu akan memimpin kita ke arah kebahagiaan dengan sendirinya. Tanpa paksaan, tanpa permasalahan, apalagi kepura-pura.
Jalan cinta adalah jalan rahsia yang tidak bisa dimengerti oleh siapapun, bahkan oleh yang mengalaminya sendiri.
Hanya Sang Pemberi Cinta yang tahu bahwa dua hati yang berdiri di belahan dunia yang berbeda bisa bertemu.
Hanya Sang Maha Cinta yang bisa menyatukan dua pribadi yang tumbuh dalam alam berlainan.

Aku merindukanmu sebagai belahan hati, penggenap hidup. Aku mencintaimu karena kutemukan cermin hidup di jiwamu. Aku tak kuasa menolak, sebab di pendengaranku terngiang ucapanmu, di penglihatanku terlihat wajahmu, dan di perasaanku tersimpan hatimu.


Rabbi …
jika cintaku Kau ciptakan untuk dia
tabahkan hatinya
teguhkan imannya
sucikan cintanya
lembutkan rindunya

Rabbi …
jika hatiku Kau ciptakan untuk dia
penuhi hatinya dengan kasih-Mu
terangi langkahnya dengan nur-Mu
bisikkan kedamaian dalam kegalauan
temani dia dalam kesepian

Rabbi …
kutitipkan cintaku pada-Mu untuknya
resapkan rinduku pada rindunya
mekarkan cintaku bersama cintanya
satukan hidupku dan hidupnya
dalam cinta-Mu
sebab, sungguh aku mencintainya karena-Mu..





~it's me~
  sLs